About AXIMUD

Friday, February 29, 2008

Antara Mimpi dan Realiti

Hari ini saya memutuskan untuk pulang sedikit awal daripada biasa..cuma mahu mencari ruang untuk melepaskan lelah seharian bekerja....saya sedikit penat hari ini..dan terfikir untuk merebahkan badan pada tilam yang empuk dalam kamar..namun belum sempat saya berfikir dengan lebih panjang,saya sudah hanyut,dibawa mimpi entah ke mana-mana.

4 jam kemudian..

Telefon bimbit saya berbunyi,memisahkan antara mimpi dan realiti...saya bangkit,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.. dalam hati saya tertanya-tanya siapa pemanggil ini..

Bila saya lihat di skrin telefon untuk memastikan siapa pemanggil itu,saya terkaku..kerna nombor itu amat saya kenali.

'hello...awak..tengah buat apa tu...just want u to know that i just really miss u so much...'

Dan kata-kata itu sudah cukup untuk mengungkai kembali segala kenangan lalu satu-persatu.

Time to Say GewdBYe

Kitorang check-out dari hotel pukul 11 pagi.Hope to see u guys again.its nice to get to know all of you.At least pasni kalo pegi KL ada orang nak belanja..hehe(kak ton ni kata kalau aku pi KL nanti bagitau jer dia nanti dia nak belanja satay kajang..)




*Semua AJK dari KL datang satu bas.

Sayonara ya kepada semua..harap dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

*tau tak kenapa aku pakai office attire?jap lagi nak kena masuk opis terus..just dapat pelepasan separuh hari jek hari ni..

Last Meal@Vistana

Pagi ni pakat-pakat untuk sarapan pagi ngan rakan-rakan AJK yang lain.Diorang akan terus balik ke KL pukul 11 pagi ni.

*yang belah kanan tu kak zaharahton dari HQ bangsar,KL
*menu pagi ni:nasi goreng kampung + sambal pedas kupang + bilis,timun dan telur.
*ubat untuk kasi sakit perut di pagi hari,hehe
*yang belah kanan tu brader driver standby dari TNBD jalan anson
*ni plak dua-dua dari Sj Gelugor.

Rasa makanan pagi ni boleh lah...sambal pedas kupang tuh aku suka..yang lain-lain tu biasa jerk.takder yang lain-dari yang lain pun.Lupa lak nak merasa air kiwi tadi..hmmm takder rezeki la tu.

*orang kata breakfeast kena makan banyak-banyak...betul ker?

Thursday, February 28, 2008

Madah CintA Part 1


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

*Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

WordS of WisdoM




*sometimes we always forget that things always happen for a reason...

Time for MyselF

Akhirnya selesai la majlis yang julung-julung kalinya aku join untuk terlibat sama menjadi urusetia,dan atas kerjasama semua pihak majlis tadi berlansung tanpa sebarang masalah pun.agak penat juga bila dah kena berlari ke sana dan ke sini untuk kelancaran program..tak apa lah,bukan selalu dapat sertai program yang macam ni..at least dapat lupakan hal-hal pejabat buat sementara.

Selesai majlis semua penerima anugerah beransur pulang ke hotel masing-masing..aku pun balik sekali la,apa lagi mau tunggu kan,hehe..hal-hal lain tu biarlah AJK di sana yang uruskan..Bila masuk je ke bilik hotel aku rasa nak merelakskan badan...teringat bath tub dalam bilik mandi,hmmm ni kalau berendam ni best jugak...bleh la relaks sket dan berkhayal ke alam fantasi..haha

*huuuhhhh...leganya dapat merehatkan badan......ni kalo tido pun best jugak..


*dan nak jadi kisah memang aku tertidur betul,(dalam 20 minit),nasib baik tak terlemas ke dalam bath tub ni...



*lega rasanya dapat mandi + merehatkan badan + tido sekejap..


*mana pegi baju-baju aku ni?

Untuk hari ni da takder aktiviti apa pun,semua dah mengorak langkah wat hal masing-masing...aku?jap lagi juz nak lepak-lepak jer dalam living hall ni tengok star movie lagi bagus...malas la nak kuar...tunggu malam la baru kuar jalan-jalan..


*layan citer lama kat cinemax,tah apa citer ntah main tengok je lah..tapi ok la,citer action pax

LuncH MenU

Senarai menu untuk lunch :




HIDANGAN PERINGKAT PERTAMA..(warming up..)
HIDANGAN PERINGKAT KEDUA..(ni dah start nak masuk gear dua...)



HIDANGAN PERINGKAT KETIGA...(ni main course ni...terus bantai gear lima masing-masing)







HIDANGAN TERAKHIR.(pencuci mulut untuk warming down..)



Alhamdulillah,semua makanan yang di hidangkan sedap-sedap belaka...dan fakta yang paling best ialah majlis dah pun berakhir...fuuhhh...lega...

*alamak,nak kena uruskan bas plak untuk semua para penerima anugerah yang menginap di Vistana...

LuncH TimE






Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB ni diakhiri dengan jamuan makan tengah hari (ala carte) di grand ballroom.

Incredible NEWs

Tengah jalan-jalan sekitar hotel equotorial ni tadi tiba-tiba dapat panggilan dari kak Tie(my eldest sister)..hmmm da lama kami tak berbual-bual..mesti ada sesuatu yang nak di beritahu ni..

Kak Tie:hello...assalamualaikum....zim...kat mana tuh?

axim:wslm....saya kat penang ni lah..naper..kak tie apa khabar?

Kak tie:baik...alhamdulillah...tadi ayah atau mak ada telefon tak?

(masa ni aku dah pelik,dan penuh tanda tanya nih..)

axim:hmm takder la pulak,naper..ada apa-apa berlaku ker?

Kak Tie:ni,kak tie nak bagitau ni,pagi tadi dalam pukul 5 lebih kak ina da selamat bersalin,dapat anak perempuan...alhamdulillah semuanya selamat..

(kak ina ialah my sister yang kedua in my family..)

axim:(dengan nada yang terkejut + gembira)OHHH YE KE..saya ingat apa tadi..hehehe da bersalin yek kak ina...anak perempuan..dapat anak sedara perempuan lagi la saya..

(sebelum ni 3 anak kak tie semuanya perempuan,so ini anak sedara perempuan aku yang ke empat..)

Kak Tie:tu la pasal,kak tie excited ni sebab dapat anak sedara pertama,hehe,ayah pun da cakap tadi dapat cucu pompuan lagi la..haha

axim:takpe lah kak tie,yang penting semua selamat...suka sangat la kak ina ngan suami yek da dapat anak..

(kak ina da kawen lebih lima tahun dan ini merupakan cahaya matanya yang pertama...alhamdulillah...rezeki tuhan nak bagi..)

Kak Tie:takpe lah zim,kak tie nak tepon ina pulak ni,nak tanya keadaan dia,nanti jangan lupa tepon dia tau..

axim:ok ok...thanks for da very great news....assalamualaikum..

Saat ni aku rasa macam nak balik kampung terus jer hujung minggu ni,nak sambut kelahiran anak saudara yang baru..yang paling penting ni anak pertama kak ina setelah berusaha dalam lima tahun lebih..rezeki dari Allah...alhamdulillah..tapi mengenangkan next week pun nak kena balik kampung untuk mengundi aku kena sabar sket la...hmmm tak sabarnya nak balik kampung...nak kena cari hadiah ni untuk her new born baby...

*kak ina,tahniah atas kelahiran cahaya mata pertama tuh...semoga hubungan kak ina suami isteri akan lebih berseri dengan kehadiran orang baru tu..insya Allah..

Hotel Equotorial Penang

















*This hotel is very privacy and very nice place for a vacation...its located on da hill near da bukit Jambul P enang,far away from the city madness-thus make dis hotel an ideal place to pick if u are on vacation-thats if u've got a lot of pennies in ur pocket to deal with this 5 star hotel..

While Waiting

Bila majlis dah bermula kitorang pun dah boleh relaks sket ler,dah tak busy sangat macam tadi sebelum majlis bermula..so far takder masalah atau rungutan lagi yang timbul daripada semua jemputan.Sementara menunggu majlis berakhir meh kita snap-snap gambar dulu..



*Yang paling kanan tu Tuan haji Jamal,senior manager bahagian HR kat SjG

*wanita berbaju merah tu orang HQ,juga urusetia bersama di sini
*ni semua wakil AJK dari SJ Gelugor
*bersama Kak Ton-nurse standby if anything happen regarding to health of da guests


*macam majlis tari menari plak bila duk kat tangga nih..hehe

*sumer da kebosanan menunggu...+ lapar skali...