Apalah ertinya pergi ke Bali jika tidak singgah di JIMBARAN BAY.
Selesai menonton Kecak Dance di Uluwatu,kami bergegas ke Jimbaran Bay,untuk menikmati makan malam di sini.Orang kata kat sini pun Nice sesangat kalau nak tengok Matahari Terbenam tapi kami memilih untuk tengok sunset di Uluwatu.mana boleh nak ada di dua tempat pada satu masa.
Kawasan ni kata Pak Aris memang penduduk setempat yang meniaga.memang orang dari kampung berhampiran yang bukak Restoran di sini.One more thing,harga bagi setiap Restoran yang ada di sini adalah seragam.Mungkin itu strateginya.Standarkan semua Harga.Rasa sahaja yang berbeza-beza.
Pak Aris suggeskan DAMOS CAFE untuk kami.so singgah jer lah di sini,dan melihat makanan laut yang ada.memang lapar masa nih..
Kawasan makan kat sini Unik sebab betul betul berhampiran laut.Ombak kat sini kuat dan angin pun best jer..kami memilih untuk makan di meja yang berhadapan dengan laut.
Datang pelayan membawakan menu.Teliti punya teliti terkejut tengok harga makanan kat sini.Memang mahal.Memang harga untuk pelancong betul..kalau harga untuk pelancing europe memang munasabah la.untuk yang dari Malaysia ni alamat pikir dua tiga kali la masa nak membayor nanti.haha.Sekali sekala punya [asal,order jugak la apa yang patut..
ntah apa yang Zie duk ngumpat pasal aku ngan Yana
senyum dalam keletihan..
terserlah wajah kepenatan
pak aris jugak yang steady..
Sementara Tunggu makanan sampai,kami duk pulun bergambar jer lah..nak buat apa lagi..Liana pulak sibuk menguruskan Pak Aris.i mean,dia duk bersembang pasal sejarah ngan Pak Aris.Topik berat tu so aku malas nak masuk campur.haha..baik layan bergambor..
tengok tu..Khusyuk Liana bersembang ngan Pak Aris
happy peoples
dari macam macam sudut ni.bagus bangat dong!
Tidak lama kemudian,makanan yang di order pun sampai..Kami order dua set lah sebab meja panjang.actually Pak Aris tak nak join pada mulanya tapi setelah mendapat desakan hebat dari kitorang akhirnya dia akur dan turut serta..sapa tanak makan free beb..lagi pun kami insist sebab sebelum ni time makan mesti dia hilang..ni dinner terakhir kami di Bali tu yang ajak dia makan skali..
Sementara tunggu makanan semua sampai,sempat lagi Liyana duk pi mengorat abang jual jagung bakar kat tepi pantai..hehehe..macam mamat kat Malaysia dah takder kan..nak taw apa yang kami makan malam tu:
Kangkung Goreng Belacan
Sambal ni wajib ada
Ikan Kerapu Tiga Rasa
Ikan Kerapu Sambal Pedas
Udang Bakar Sambal
Sedap udang nih..!
Sotong Goreng Tepung
Nasik dalam bakul
Meh jemput makan..Bismillah..Tengah-tengah makan tetiba datang la sekumpulan pemuzik freelance ni duk mai menyanyi..siap boleh request lagu.tapi sah sah la kena bayar tips kan.jangan lupa,hehe..Kami request suh diorang nyanyi lagu ISABELLA..ingat diorang tak taw,skali sedap pulak diorang nyanyi..
Tengah diorang nyanyi Nikli,aida,zie dan Yana pi join skali..menari nari kat situ.amboihh sakan sangat korang ni kan..
gelek jangan tak gelek..
menikmati lagu sesudah dinner..
Alhamdulillah.selesai makan.Rasa?ok lah.boleh tahan.tak la sedap sangat.tapi memang boleh layan..nak tau harga kami makan ni berapa seorang?200 ribu rupiah seorang..bersamaan dengan 90 hengget kita.Mahal tak mahal laa kan sorang sampai RM90..Wuhhhuuuuuuuu...memang Graph makin menaik nih..(u know i know)
Tengah bayar tetiba Dessert sampai.lambat sangat lah diorang hantar Dessert.kami makan buah ni depan Cashier tu jugak.haha.Tak paa lah.janji ada buah juagk..
Ni bergambar depan Kedai.sebelum kami semua pulang Ke Hotel.Untuk berehat dan bersantai..Ingatkan nak rehat tapi rasa macam rugi pulak kalau berehat.so bila sampai Hotel kami bersiap dan keluar jalan jalan sekitar Pekan Kuta tengah-tengah malam.
Nantikan Entri yang seterusnya k..:)
*Selamat Hari Jumaat semua!!dan selamat berhujung minggu..Hujung minggu ni jom kita pi Oversea lagik.hehe