About AXIMUD

Saturday, October 30, 2010

AWAY

Akan bercuti dari 30 Oktober 2010 - 01 November 2010..

Till later Guys!

TAKE CARE!

Friday, October 29, 2010

KOTA KINABALU TRIP DAY 4 - PART FINALE

Salam Hari jumaat..

Ni part last sekali untuk Trip Kota Kinabalu..(fuhhhh lega..akhirnyaa...)

Just nak buat quick snippet:

-Dari pasar basah kami ke Pasar Filipina..beli barang barang kraftangan macam mutiara dan perhiasan serba sedikit..
-Ada pasar Ikan masin dan pasar kerepek kerepek..ada lah beli kuih cincin dan amplang(keropok ikan)
-dah penat berjalan minum air kelapa muda sementara tunggu abang bear datang ambik..dia tak ikut sebab duk nak memasak makan tengahari sebelum kami balik..
-Bila abnag bear sampai,sebelum balik sempat singgah di kampung warisan sabah(entrance jer lah.hahaha)
-Balik rumah siap siap kemas barang then kami sempat makan tengahari sama sama..banyak lauk abang bear masak..sedap sedap semuanya..Thanks abang bear..
-lepas dah siap makan kami di hantar ke Airport dan kembali ke semenanjung..

1 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 15 17 18 19 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44

Overall aku sangat lah seronok dengan Trip Kota Kinabalu ni..memang kena visit lagi since banyak lagi tempat tak sempat nak jejak..sabah ni besar dan luas so tempat tarikannya semua jauh jauh..mau kena bertapa seminggu kat sini baru boleh cover semua..

Terima kasih banyak banyak pada Travel mate ku semua,dan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat Abnag Shah dan Abang bear untuk tempat tinggal dan layanan yang sungguh tip top!!ada lori ada bas.ada hari kami balas..

Sekian.

Thursday, October 28, 2010

KOTA KINABALU TRIP DAY 4 - SARAPAN PAGI & PASAR BESAR KOTA KINABALU

Sambung lagi kisah Trip Kota Kinabalu..

Hari ke-4 menjelma..iaitu hari terakhir kami berkelana di bumi kota kinabalu..Pagi pagi bangun abang bear dan Abang Shah kejut ajak pergi pasar..mulanya kami semua agak liat nak bangun dan rasa macam malas nak ikut tapi mengenangkan entah bila lagi akan sampai di sini nanti so semua terus bersiap..aku tak mandi kot rasanya time ni.haha..nanti lambat pulak diorang nak tunggu..

1
6 of us..cukup satu AVANZA yang abang shah sewa dengan kawan dia.aku tak ingat harga berapa..tapi amat berpatutan sekai deal yang kami dapat..muka masing masing memang muka baru bangun tidor..

1A
so here we are at PASAR BESAR KOTA KINABALU..perancangan awal abang bear dia nak datang sini beli barang basah then masak kat rumah makan kat rumah sahaja.tapi alang alang semua dah ikut so terus aja kami sarapan pagi di sini, di medan selera pasar besar KK ini.

2 
merah mendominasi di situ..

3
PUSAT MEDAN SELERA BUMIPUTERA PASAR BESAR KK

4
Kat sini rata rata peniaga nya melayu..so takder lah masalah nak carik makanan Halal ker apa ker.konpem semuanya halal dan di jamin..so masa ni sebab awal lagi kot so orang tak berapa ramai di medan selera ni.

5
Antara lauk lauk tempatan yang menjadi tumpuan..aku tertarik dengan Rumpai Laut goreng(gambar belah kiri atas)..macam suhun jer..tapi lebih kenyal sikit.tapi sedap..kalau datang tempat orang kebiasaannya aku akan make sure nak rasa makanan penduduk setempat..just for the sake of been there done that.

6
ini dah kira BRUNCH dah ni..sarapan + lunch..

7
abang bear makan tanpa mempedulikan orang sekeliling..

8 
makan berjemaah itu seronok..

9
Masa tengah makan aku nampak lah mesin ais kacang ni kat belakang meja kami makan..lama tak nampak..aku ingat dulu waktu kecik kat sekolah rendah selalu jugak duk beli ais kacang kat gerai berhampiran,pakai mesin ni lah..sekarang semua dah pakai letrik..tak main lah guna tangan macam ni,,zaman dah berubah.

10
ececececee..sempat lagi tu posing kat sini..

11
Ok kuih ni aku tak taw nama..tapi tengok jer lah.tak berani nak rasa..macam dodol jer..tapi tak taw lah.tak tanya pulak ni kuih apa..lelepas dah siap makan kami beredar menuju ke Pasar bahagian bawah,pasar kering..

12
standard lah kan barang barang pasar..

13
14

 wow..

15
Bila sampai di bahagian Udang kering baru rasa terua sikit..orang kata Udang kering kat sabah ni murah murah..so aku beli lah jugak dua kilo untuk bawak balik ke kampung.mak suka lah bab bab udang kering ni..depa hat lain pun pulun beli jugak..

16
Setel beli udang kering kami ke pasar basah pulak..aku suka lah pasar basah kat sini,sebab tak kotor dan ok lah.takder lah bau busuk sangat dan tempat kotor gila gila..bersih lah..menarik perhatian untuk beli ikan sotong udang dan sebagainya.

17
terer kan diorang susun ikan..tak jatuh pun..

18
wow..besarnya sotong ni.tapi mesti liat isinya.

19
Kami tak beli apa pun.saja seronok berjalan sambil ambik gambar semata mata..sporting lah pulak peniaga kat sini bila kami nak ambik gambar.diorang sama naik..

20

Selesai jalan jalan di pasar basah ni kami ke Pasar Filipina pulak di mana ada jual kraftangan,Mutiara sabah,pasar ikan masin dan macam macam lagi..abang bear dah balik rumah dulu sebab nak memasak lunch..kami di tinggalkan dengan abang shah sebagai tourist guide..nanti aku cerita detail dalam entri seterusnya,dan juga merupakan entri penutup bagi Trip Kota Kinabalu ini..

Stay tune for the last episode of Kota Kinabalu 4D3N trip..:)