About AXIMUD

Monday, January 31, 2011

KAMDAR vs WHITE HOUSE COFFEE @ BUKIT JAMBUL KOMPLEKS

Baru sampai rumah.

Tadi dari Opis lepas maghrib aku ke Bukit Jambul Kompleks.Tujuan utama nak ke KAMDAR  sebab nak cari baju melayu.untuk apa beli baju melayu akan aku kongsikan kemudian..tapi sebelum ke KAMDAR perut aku sangat lah kelaparan..makanya terpaksa lah layan kerenah perut dulu..entah mana ya tempat makan nak pergi.melilau lilau jugak lah aku pusing kompleks bukit jambul ni.

1
Akhirnya aku menjejakkan kaki di sebuah Restoran Kopitiam yang dikenali sebagai White House white Coffee..memang konsep Kopitiam sangat laku sekarang..boleh jual.tengok menu kat sini lebih kepada Nyonya cuisine dan asian Cuisine.sesuai untuk tekak orang kampung macam aku.pilihan makanan nya juga menarik menarik.

2
Agaknya sebab ada gambar white House ni nama kedai ialah White House Coffee.aku duk terbayang macam white House kat Amerika sana.apa apa je lah.aku dah lapar..bila teliti menu berikut merupakan apa yang aku order:

3
WHITE COFFE ICE-air ni sedap!!pekat dan memang bila minum terasa ingin menyedutnya lagi sekali.Boleh Celen dengan Old Town white coffee lah.oh ya,dah lama gila aku tak melepak kat Old Town.Entah.maybe sebab dah boring.

4
Ini ialah DIM SUM SHARK FIN..jangan risau..dim sum kat sini HALAL..ada banyak Choice pulak tu..3 keping macam ni harganya RM2.60..susah nak cari dim sum halal.now i know kat mana nak cari Dim Sum halal yang sedap.

5
Masa duk teliti menu tadi mata aku tertancap pada Laksa lemak ni..agaknya sebab aku berasal dari TERENGGANU so laksa Kuah putih memang biasa makan.terus aku order NYONYA LAKSA LEMAK seperti yang tertera dalam menu.dan ternyata aku membuat pilihan yang tepat sebab Laksa ni sangat sedap!sumpah tak tipu.kuahnya lemak dan pekat.memang sedap!tapi beware of Cili Padi Potong yang bertaburan.kalau tak tahan pedas asingkan dulu siap siap sebelum makan.aku suka pedas so taksder masalah.semua dalam pinggan masuk dalam perut.

6
Alhamdulillah.Syukur atas rezeki untuk kesekian kalinya.Licin semuanya.Harga untuk makan malam tadi ialah RM13.ok lah kot.reasonable price.janji sedap.kalau tak sedap walau murah pun buat apa.Dah setel makan baru aku menuju ke KAMDAR.

7
Masa masuk ke KAMDAR aku ambik gambar,tetiba sekuriti India kat Kamdar ni kejar aku duk stress banyak kali no photo no photo!!aku pulak jalan cepat cepat malas nak layan pakcik sekuriti tu.hehhee..last last pakcik tu surrender,dia malas nak kejar aku.hahaa

8
Aku nak cari baju kaler Off white atau Krim.puas duk cari tapi takder..ada lah sepasang macam kaler yang aku nak tapi saiz XXXL.kalau aku beli kang macam pakai langsir pulak..so tanya akak Kamdar tu kat mana lagi ada Baju melayu.dia kata kat MYDIN ada.ohhh dah ada Mydin kat Bukit Jambul rupanya.

9
MYDIN baru bukak..besar jugak..masuk Mydin duk cari Baju melayu tapi takder..ada lah satu bahagian tu sikit sangat dan takder Choice.Kecewa lagi sekali..Helpp..mana nak cari Baju Melayu ni..aku dah buntu.last last aku try cari kedai tepi tepi yang jual baju pompuan kot kot ada terselit jual baju melayu.ada lah jugak tapi jual baju saja.maybe esok aku try carik kat Metrojaya Gurney plaza lah pulak.

10
Tanglung bergantungan sana sini..ye lah dah dekat nak Tahun Baru Cina..Gong Xi fa cai!!walaupun aku tak dapat nak cari baju melayu yang aku nak tapi tetap puas sebab makanan sedap.hehe..Ni aku nak siapkan kerja kerja yang aku bawak balik dari Opis.

Till later ya.

Bai.

*What a wonderful life I've had!  I only wish I'd realized it sooner.I just have to do my own thing no matter what anyone says.it's my life after all.:)
 

KISAH EMO BODOH

Aku ada kawan.

Nama kawan aku Markonah.Kami memang kawan baik..dalam masa yang sama markonah pun ada kawan baik.nama kawan baik markonah ialah pukina.Pukina memang merupakan kawan baik markonah yang sangat setia.pendek kata isi luar dalam markonah semua pukina tahu.Tapi aku tak peduli pun pasal tu.Apa hubungan Markonah dan Pukina bukan my concern at all.Baguslah markonah dan Pukina berkawan baik.Orang kata berkawan biar beribu..berkasih biar satu.

Pada suatu hari yang kelam aku dan Markonah bergaduh.atas sebab yang tertentu.

Mungkin aku yang terlebih sensitif atau Markonah yang melampau batas,Biar Tuhan saja tentu kan.Tapi itu antara aku dan Markonah.bukan ada sangkut paut dengan orang lain.Keadaan menjadi buruk bila Pukina masuk campur.What The Fish.apa jadi antara aku dan Markonah biar lah kami sahaja setel kan.yang ada pihak lain emo lebih pasal apa.What The Fish lagi sekali.Memang aku tak faham.Maybe Markonah ada meluah rasa apa apa pada Pukina,maklum lah berkawan baik..tapi still,aku rasa that should not be a reason untuk Pukina memusuhi aku.sebab aku takder kacau hidup dia lansung.

Pukina,

Aku nak kau tahu aku tak pernah campur hidup ko,ataupun masalah rumah tangga ko.Jadi nasihat aku better ko jangan masuk campur hal aku,dan stop jaga tepi kain orang lain.kalau ko nak tahu,ko jugak antara punca aku dan Markonah dah tak sehaluan sekarang.Ayat ayat sarkastik ko kat Twitter tu u can have them back.Aku memang meradang tengok ayat sarkastik ko kat twitter,tapi again,aku nak tanya-ada aku kacau hidup ko?aku rasa tak pernah ada so better ko SHUT UP and do mind your own business.Agaknya sebab kau tengah serabut kot.Lagipun akal satu.Emosi lebih dari segalanya.sebab tu ko jadi macam tu.Hal tak bersangkut paut tiba tiba nak sibuk sibuk.Pathetic.meluat betul.

After all,i have nothing to lose pun.Cuma aku kesian.Kesian dengan orang yang macam Pukina.Sibuk sangat dengan masalah orang lain.padahal masalah diri sendiri melambak lambak tapi tak mahu pikir.Sengal gila lah ko.Takder sangkut paut tiba tiba nak menyibuk hal orang.Nanti ko meroyan lah lagi pasal ni kat Twitter.Biar semua Follower ko tu simpati dan beri pandangan sempit,sesempit tweet ko di ruangan maya tu.

Sekian.

Sunday, January 30, 2011

CONGRATS!! : YAYA ENGAGEMENT'S CEREMONY

Pertama sekali,Saya ingin memohon maaf.

Maaf kepada Rakan Blogger,Diyana atas kelambatan untuk menyiapkan album dan gambar di majlis pertunangan adik nya,Nadia..Kekangan masa dan kesibukan yang melanda sejak akhir akhir ini melambatkan saya,dan saya pohon maaf sekali lagi.saya tahu ini bukan alasan yang sesuai tapi hakikatnya begitu lah.Maaf sangat-sangat.Kepada Nadia,Tahniah atas pertunangan..semoga cepat kahwin dan semoga bahagia ke akhir hayat.Mari kita layan beberapa keping gambar dari Majlis Pertunangan ini.

Enjoice!!


1 2 3 4 5 6 7 8
1
9 10 11
This is Diyana,Rakan blogger merangkap teman sekerja kak tie..lebih kurang kan muka diorang adik-beradik..hehe..saya akan bagi soft copy dalam masa terdekat ni.saya pass kan pada kak tie, nanti dia bagi..at least you can upload kat blog nanti..sorry ya..

Saya minat bidang fotografi.

Saya suka ambil gambar, dan saya suka untuk merakam kan kejadian penting..That's what make me a real blogger.Tapi saya sedar yang saya kurang skill dan kurang kreatif..saya tahu skill dan kreativiti boleh di bentuk,tapi kalau ia merupakan bakat semulajadi maka ianya lebih baik..so i'm decided-Tahun ni saya tak nak ambil lagi wedding job ataupun job yang melibatkan fotografi sebab saya akui saya tak punya banyak masa.Masa yang ada saya nak gunakan untuk perkara yang lebih utama seperti keluarga dan career.itu lebih penting.

I'm not that creative anyway.

To be a professional photographer, you must live with it,and sharpened your skill day by day with a new skills and techniques.And its even better if you got a talent.i mean a real talent like some of the photographer i've known.aku boleh belajar,Insya Allah.tapi i think biarlah mender ni goes natural.i learn as da day goes by, and thats what i'm trying to say-wedding photography is not my strength..i can shoot your event for free, but dont blame me if it doesn't goes well like you want it to be.

*Tahun 2011-tahun untuk aku hidup secara aman dan mengutamakan perkara yang lebih utama.did i've ever told you i already deactivated my FB & Twitter account?

Saturday, January 29, 2011

SEPETANG DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

26 JANUARI 2011

*Sambungan dari Entri sebelum ni.

Dari Petaling Jaya,aku ngan abang jalee straight away ke Hospital Kuala Lumpur..Lalu Federal Highway masya Allah jemnya jalan..bila duk mengharung jem macam ni rasa bersyukur sangat sebab aku kerja kat Kawasan yang tak teruk sangat jem nya..kalau kat KL ni mesti banyak masa habis dalam kereta jer..

0
Oleh kerana kesesakan lalu lintas sangat dashyat,sampai HKL dah dekat nak maghrib..pukul 7.15pm dah masa ni..Kak tie,shuk,kak Ija dan Faiz semua dah ada..aku akan balik ke Penang malam ni jugak.

1
Normally sebelum kitorang makan,kena make sure ayah makan dulu..beri lah apa yang berkenan di hati dia..Kak Tie dan Shuk ada bawak balik makanan banyak jugak..

2
Sebelum siap siap makan aku mandi dan solat dulu..

3
Ayah teringin nak makan ayam tandoori..Shuk pergi cari kat mana ntah..aku pun rasa lah sikit ayam tandoori ni..sedap!!

4
Then kami pun bersiap siap untuk makan makam sama sama..dah macam berkelah la pulak dalam wad ni..masa ni dekat pukul 9..patutnya tak boleh duk dalam wad lama lama tapi entah.aku pun tak paham.kitorang memang macam ni.ikut main suka hati jer masuk wad sesedap rasa..janji boleh teman mak ngan ayah kat wad..sekuriti pun dah tak tahu nak buat apa dah.heheee

5
Banyak makanan yang ada..Kak Tie beli Yong Taufoo,Sotong masak lemak,ikan keli bakar,pau goreng,dan macam macam lagi..Kepak ayam pun ada..Shuk pulak beli nasi lemak,mee sup,ngan lauk apa ntah..memang meriah makan..actually bila ramai ramai macam ni makan lah apa pun.semua akan jadi sedap.betul.aku tak tipoo.

6
Dalam pukul 10pm Makcik aku dari kerteh datang melawat..kebetulan dia ada meeting kat sini..sambung sembang lagi..dalam pukul 11 pm baru diorang beransur sebab aku nak kejar bas pukul 12 tengah malam kejap lagi ke Penang.

7
Hentian Duta

8
Family aku memang macam ni..kalau nak hantar sapa sapa antara kami naik bas mesti semua pakat nak ikut..dua buah kereta datang hantar aku..terasa seperti aku ni macam nak balik asrama pun ada family members hantar macam ni..tapi that's how we treat each other in our family..kalau ada peluang berkumpul mesti akan di gunakan sebaiknya..Love you all so much!!aku dapat bas jam 12.30 am,dan all the way back to Penang aku nyenyak lena tak sedarkan diri..

*sampai Penang pukul 6 pagi..Hari khamis sepatutnya travelling day tapi ada hal tu yang aku ba;ik juga malam ni..Sempat lah servis kereta..It's major service..kopak duit gaji yang baru dapat.

MET HAKIM @ KFC PETALING JAYA

13 14 15 16 17
Just a simple recap..

Dari Hotel Hilton aku sempat luangkan masa lepak bersama Hakim,member zaman Uni dulu..dia kerja dekat PJ ni..dah dekat sangat dah opis dia dengan PJ Hilton..Lepak kat KFC berdekatan.aku teman dia lunch sebab dia busy sangat sekarang sampai tak sempat nak makan tengahari katanya..heheee..Then just sembang sembang apa yang patut berkaitan kerja dan beberapa hal lain..

Tengah bersembang abang jalee mesej kata dah sampai depan PJ Hilton dia nak fetch aku.lor awat tak habaq awai awai..aku ingat nak balik sendiri jer..takpe lah.senang kerja aku since dia datang ambik..so sempat sembang kejap jer lah ngan mamat ni..sorry

Hakim,ada umur kita jumpa lagi ya!!

MOOG SERVOVALVE SEMINAR @ PJ HILTON HOTEL

Sekarang aku berada di Kuala Lumpur.

Masih lawat ayah di HKL..dah dua minggu ayah di hospital KL..doktor still buat testing untuk kaki ayah yang tak boleh nak berjalan..Fisioterapi dan ada lah beberapa treatment lain di jalankan..Harap ayah dapat menunjukkan kemajuan..

Kali ni nak sambung cerita hari rabu lepas masa aku ada seminar di Hotel Hilton Petaling Jaya.Lets check it out yaa..

**************************************************************************

26 JANUARI 2011


Pagi-pagi aku bangun pukul 6..dari Port Dickson..Sehari sebelum ada meeting di Port Dickson,and hari ni ada seminar di Hotel Hilton Petaling Jaya pula.so pagi pagi dah bangun takut terlambat untuk ke Seminar di PJ.dari Port Dickson ke Petaling Jaya ada lah lebih kurang dua jam.

1
Ahli keluarga lain masih lena di ulik mimpi..biar lah diorang check out nanti..aku ngan abang jalee yang gerak dulu dari sini..Abang Shuk,wife dia,Kak Ija dan Faiz akan menyusul kemudian lah lepas Check out..berakhir sudah our short trip to Port Dickson.

2
On the way ke petaling Jaya abang jalee yang drive..aku mengantuk sangat..boleh pulak kitorang sesat..sampai kat area Hotel jam 8.30 am.kira ok lah sebab biasa seminar macam ni pukul 9 baru mula..masuk Hotel ada refreshment Bihun ngan sandwich..so makan lah dulu sementara menanti peserta lain sampai..

3
Seminar bertajuk MOOG Servovalve Technology..Company dari Singapore organize this event for our company..bagus juga pendedahan benda baru untuk aku especially on oil degradation punya topic.

4 5 6
Sweet Ending-Gula gula Hilton..menarik!!

7
tea time..ada kuih Rainbow ngan cucur badak

8
Macam biasa lah,seminar macam ni bagus sebab beri pendedahan benda baru dan paling best dapat jumpa member lama dari seluruh stesen lain..Seminar rehat dalam pukul 12.30 pm untuk Lunch time.

9
Time lunch @ Paya Serai Restaurant..based on the review rata rata kata Food kat sini sedap dan choices nya banyak..i agreed.memang best!!banyak choice dan rasanya pun sedap..

10
Pehhhhh banyak gilerrrr aku makan!!

11
Lepas Lunch,seminar bersambung balik pukul 1.30 pm.start awal supaya boleh balik awal..time break petang tu ada pulak cucur udang ngan apa ntah satu lagi kuih aku tak ingat.padat dengan makan makan..likes!!dalam pukul 4.30pm seminar habis..Alhamdulillah.

12
Habis seminar aku telefon Hakim,member masa zaman belajar dulu..dia sekarang pegawai sains kat PJ ni jugak tempat kerja..dekat sangat dah..so dia kata ok boleh jumpa tapi kena tunggu sampai kul 5pm..aku cross the road dan tunggu dia kat KFC seberang jalan.Entri seterusnya laha ku buh gambar.

Adios!!

Friday, January 28, 2011

SEKADAR LUAHAN RASA HATI SEORANG AKU

Salam bersiaran di Hari Jumaat..

Still in my office,ambik masa rehat kejap nak tulis blog..dah pukul 6.20 pm..jawabnya hari ni nak kena berkampung di pejabat sampai kerja siap baru boleh balik..and this is what i get bila weekdays baru baru ni duk sakan sangat pergi PD dan berseminar di Hotel Hilton Petaling Jaya..sudahnya kerja di Opis pending dan hari ni nak try siapkan juga.suppose boleh buat hujung minggu tapi esok nak kena turun KL lagi..My dad still admitted in Wad Institut Urologi dan Nefrologi,so esok akan lawat dia dan ambil kesempatan jumpa member-member sekejap.

Time is never enough.

I have many things to do yet i have a little time.bukan nak merungut or komplen tapi hakikatnya itulah yang aku rasakan sekarang..masa 24 jam tu macam cepat sangat berlalu.korang pun perasan kan tetiba jer dah tahun 2011..lepas ni tetiba dah tahun 2020 pulak..apa apa pun,utilize lah masa yang ada bebetul..agar tak menyesal di kemudian hari.Its all about how we managed our time actually..if you manage you time well,i believe you will be so successful in so many area in your life.

So many things hapened lately.

Family,friend,career,Lovelife, and all of the people around me.they all always important to me in a different way.i mean,i cannot quite put family and career in one box and try to prioritize them,because they belong to a different category..all i can say,career and family is important to me,as well as all of my friends.But rules of thumb,Family is always gonna be my first priority.Kerja dan kawan kawan boleh tolak tepi bila bicara pasal family..especially in a time like this,time where my dad is not in a really good condition.luckily i have a very understanding brothers and sisters, and we all gonna stick together as one-in a time like this.i love my Family so much-till death do us part.This i promise you.

I try to be cool and act like nothing happened.

But deep inside, i know something crash and burned within me.There will come a time when you feel like you dont belong to anywhere, and nobody can help you except yourself. Maybe i've tried too much. and at the end of the day it's all backfired on me..But it's not a sin when you fail after trying.The real sin is not trying at all!!and thats how i telling myself to be more calm and try to enjoy this life..Because Regret is a waste of time..When we regret we are crippling our present with our past and the conclusion is sorrow,tears and pain. Instead,utilize the time to enjoying yourself..and that's what i'm trying to do..try to enjoy my life and not bother about the past too much.

Let bygone be bygone.

Barang lepas jangan dikenang.and you know what,at this point i have no regret.sebab dari pengalaman lah yang akan ajar aku jadi lebih dewasa.lebih matang.dan lebih tabah untuk jalani hari mendatang tanpa rasa gentar.aku menjadi lebih berani.apa yang terjadi biarlah tersemat di lubuk hati sebagai pengajaran di masa akan datang.yang baik akan aku jadikan teladan.Lumrah hidup-tak semua yang kita nak akan kita dapat.we cant always get what we want,but we always get what we need.itu kerja Tuhan.DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya..Just have faith.

Aku yakin korang mesti tertanya tanya what happened to me.But aku rasa takder apa yang aku nak luahkan di sini.cuma konflik dalam jiwa sahaja yang berlaku.semua bercampur gaul dalam satu masa.Pasal Family,Kerja dan Orang keliling yang rapat..semuanya bercampur aduk dengan permasalahan yang berbeza buat aku pening dan lansung jadi bingung..This is the time that will determine myself,sama ada aku ni tahan tekanan atau tidak..jatuh terduduk dan bangun semula atau jatuh terduduk dan terus terkulai layu..dan sekarang aku sedang bangkit,tapi memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya..masih banyak yang perlu di perbaiki dan di perjuangkan.Dan aku yakin aku mampu.

Biar masa yang jadi penentu segala.

Until that day, aku akan terus berjuang dan mengorak langkah dengan gagah.Biar satu dunia tahu aku bukan selemah yang korang semua sangka kan.aku bukan mudah mengaku kalah macam yang kalian dakwa.aku bukan kaki pengecut seperti yang kau pernah lontarkan pada aku.aku juga mampu berdiri sendiri tanpa perlu kalian di sisi.This is something i should do on my own.Terima kasih atas sokongan dan pedoman.akan aku aplikasikan sampai jiwa aku rapuh dan di mamah usia.Doakan aku berjaya.

Aku mohon,agar Tuhan memberkati setiap hela nafas yang aku sedut setiap hari,dan beri kan kekuatan serta ketabahan hati untuk aku teruskan sisa hidup di Bumi Mu yang sementara ini..

Ameen Ya Rabbal Alamin.

*Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca AXIMUD. Saya sedar Blog ini meruapakan wadah terbaik untuk saya ekspress kan rasa hati dan meluahkan apa yang terpendam.Tidak berkait dengan mana mana pihak,sekadar coretan pelepas rasa agar ia tidak menyeksa jiwa..Terima kasih atas masa anda.

KARI KEPALA IKAN @ RESTORAN PEN MUTIARA

Ini kisah minggu lepas masa Auditor dari SIRIM datang.

Biasa lah,kalau time auditor datang ni lah peluang untuk rasa makan tengahari di Restoran yang fancy..sebab memang kitorang ada peruntukan untuk entertain auditor.Untuk kali ni aku arrange makan tengahari di Restoran Pen Mutiara,yang terkenal dengan kesedapan kari kepala Ikan nya..Nasib baik dah tempah sehari awal.kalau tak memang tak dapat lah sebab this restaurant sentiasa penuh dengan orang..memang laku sangat bisnes diorang.Tanpa membuang masa,

Lets Check It out yoo!!

************************************************

18 JANUARI 2011

Lokasi restoran ni terletak di Batu Maung..Agak jauh jugak lah sebenarnya dengan my Station.tapi auditor punya pasal pukul 12.30pm dah keluar..takut tak sempat nak masuk pukul 2 pm nanti.

2
Dah lama aku tak singgah.just wonder adakah rasa makanan nya adalah sama jugak macam dulu..bukan apa,kualiti kena jaga kan.kalau tak sedap takkan lah asyik penuh jer restoran ni.

3
Yang belah kiri sekali tu lah Auditor dari SIRIM..Puan Sharizah tul Eliza Othman..our GM yang tengah tengah dalam gambar kat atas.Orang kampung aku tuh..orang ganu kiter jugok..berehhh bohhh..Yang belah kanan sekali tu Haji Shukree,my new boss yang akan ganti Haji Ibrahim yang akan bersara tak lama lagi.

4
Ok lansung aja ya kita pada agenda utama.

KARI KEPALA IKAN ialah killer menu kat sini.kalau datang sini tapi tak order kari kepala ikan ibarat makan megi kari tanpa telur.maksudnya macam tak lengkap jer lah.actually aku dah order siap siap lauk sebelum kami sampai,so masa sampai dah ada meja reservekan tingal tunggu kejap jer..

5
SOTONG GORENG TEPUNG ni masih sama rasanya macam dulu..sotong goreng tepung ni dah sedap,cuma still tak boleh celen sotong Goreng tepung Wong solo ayam penyet..but overall the taste is good.menu wajib jugak ni kalau aku datang makan sini.

6
KANGKUNG GORENG BELACAN- sedap juga kangkung belacan..tekak orang kampung macam aku ni memang lah damba kan belacan tak kira di mana jua aku berada.tetap lah telan budu dan belacan.hatta kalau di Korea sekali pun aku lebih rela makan nasi kosong ikan kering sama sambal belacan..hehe..opss dah terlari topik ni.ok ok rasa kangkung ni sedap.and now we back.

7
Ulam-ulaman penambah rasa..sama itu sambal belacan

8
Last but not least,TELUR DADAR..

9
Air order dua jag..air asamboi..memang sedap lah..dan lazat berkhasiat.tak rugi korang try..

10
Sessi makan makan bermula..macam banyak jer lauk sebab aku buat dua set kecuali Kari kepala Ikan satu set..yang datang makan 10 orang..tapi bila dah hujung hujung aku tengok macam dah habis..Alhamdulillah.takder lah membazir.risau jugak kalau terlebih order tapi tak habis.

11
Masing-masing dah kekenyangan..our Auditor makan sikit jer.. yang duk bantai makan banyak kitorang ni.hahaa..Lain kali datang laha udot lagi,boleh merasa makan kari kepala ikan..masa ngam ngam sudah makan pukul 1.30 pm.so we all manage to be in the station again pukul 2 pm.Tapi kalau sampai lambat pun takper..GM ada sekali ni.heheeeee

12
Yang pasti,servis di Restoran ni sangat cepat dan mesra..Tambahan pula environmentnya sungguh cozy dan enak mata memandang,di tambah pula dengan alunan Piano brader dalam gambar kat atas.dia siap menyanyi lagu Broery marantika Biarlah Bulan Bicara ..memang sedap suara dia!nak jer aku suruh dia pi audition Akademi Fantasia.mesti boleh menang.

13
Alamat Restoran ni tertera dalam gambar kertas tisu di atas.Untuk makluman Restoran Pen Mutiara ada satu lagi cawangan di Butterworth..so orang butterworth tak perlu lah susah payah nak redah jem di Penang Bridge atau naik feri untuk merasai keenakan Kari Kepala Ikan..just pergi ke alamat yang tertera di atas.

Kalau sedap bagitau kawan.Tak sedap bagitau kami.

Chewwwwaah.

Ok bai.