About AXIMUD

Wednesday, June 29, 2011

WORKSHOPS @ SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA

Baru balik dari Port Dickson minggu lepas..This week Kursus di Hotel Sunway pula..Masuk Opis hari ni sehari jer.Then esok aku akan cuti satu hari..Pandai pandai lah nak hidup kan janji kerja di Opis yang penting penting dah disiapkan.


 














Kursus-kursus ni bab makan tetap lah nombor satu.hehee..

okbai.

Tuesday, June 28, 2011

MARI PAKAT-PAKAT KITA BELI APAM DOT-DOT!!!

Salam semua pembaca budiman..

Kali ini saya ingin mempromosikan  perniagaan apam dan cupcakes seorang pembaca blog ini,yang kebetulan nya terserempak masa berjalan jalan di Ikano Power Center Hujung minggu lalu..hari Ahad lepas aku berlari KL marathon aku terus ke Shah Alam untuk berjumpa Zana sebab dia nak bagi Apam.Apam dot dot campur ngan Apam spiral.Actually dah lama jugak teringin nak rasa apam dot dot sebab rupanya yang sungguh cute dan comel.Alhamdulillah rezeki ada.Terima kasih Zana!


Dekat 100 bijik jugak dia bagi.. Boleh lah di agihkan pada kawan kawan lain.Rasanya pun sedap..aku suka.untuk minum petang pun sesuai selain diberi sebagai doorgift di majlis majlis perkahwinan.dengan harganya yang reasonable (RM30 for 100 pieces for apam dot dot,RM32 for 100 pieces for apam spiral) memang patut lah ia jadi trend zaman sekarang untuk event event tertentu.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh call/sms Zana di 019-3850889 atau email fafaudecraft@yahoo.com Self Pickup : ~ Weekdays : 1-2pm /5.30pm above ~ Shell Taman Desa, Jln Klang Lama, KL (Near Mid Valley) ~ Weekend/Night : Seksyen 15, Shah Alam (Near Toyota Showroom) 



Assalamualaikum...Fafau de Craft akan menerima tempahan sekitar Selangor/KL sehingga 3 Julai shj! Dari 4-31 Julai sy akan berada di Kota Bharu Kelantan. Selama berada di Kota Bharu, InsyaAllah sy akan menerima tempahan sekitar KB jika ada yg berminat. Pada yg berada di luar Kelantan, msh boleh membuat tempahan,ttp APAM shj coz apam boleh dipos!But kena tmbh kos penghantaran... :) Sekian. TQ  

-petikan ini saya ambil dari blog beliau


Info tambahan,dalam apam ada filling jugak.macam jem.ni filling perasa oren.gambar di bawah filling blueberry..lagi bertambah mantap lah this apam dengan adanya filling kat dalam tu.filling ni ada 4 pilihan sebenranya.selain oren dan blueberry,ada juga filling strawberry dan filling kiwi.Ikut atas apa yang korang suka lah.


Untuk keterangan lanjut,korang boleh layari di Blog Zana :http://my1craft.blogspot.com/.Bukan setakat apam ni sahaja yang ada..macam macam lagi cupcakes,chocolate cakes,red velvet yang boleh ditempah..Tempahan sekitar lembah klang.luar dari lembah Klang untuk apam sahaja sebab Apam boleh di pos.Selamat menempah ya korang!!tempah jangan tak tempah.

*Oh ya,saya terlupa.Home made Chocolate pun ada untuk tempahan..kiranya macam macam ada lah..:)Semoga perniagaan kawan saya ni bertambah maju..Insya Allah.

Monday, June 27, 2011

WAROENG PENYET @ THE CURVE MUTIARA DAMANSARA

Sampai Penang pukul 6 pagi tadi.

Actually aku bergerak dari KL pukul 8 pm semalam..tapi sampai kat Hentian Tapah jam 10 pm aku dah mengantuk giler giler.kalau teruskan pemanduan mesti merbahaya so aku decide untuk tidur sebentar.sebentar tu dah jadi tak sebentar dah.pukul 3.30am aku terjaga then baru memulakan perjalanan semula.sambung tidor sejam lagi kat RNR gunung semanggol tu yang lagi lambat sampai..yang penting sampai dengan selamat..


Nak cerita pasal petang semalam.

Lepas balik dari Standard Chartered KL Marathon,aku ke Shah Alam kejap sebab Zana(yang aku jumpa kat IPC hari sabtu malam) nak bagi apam dot dot..nanti aku tolong promote kat blog ni dalam entri yang berasingan ya..Then dari Shah Alam aku ke The Curve Mutiara Damansara untuk lunch..teringat kat waroeng Penyet kat sini.selalu duk dengar member datang makan tapi aku tak pernah try..


Masa ni Hujan lebat yang amat..nak cari tempat parking pun payah.hampir setengah jam duk berpusing pusing kat basement sampai aku kena parking bawah IPC.takpaa lah since memang dekat dekat tempat ni.IPC,IKEA ngan The Curve.Masuk dalam The curve terus terjumpa dua member satu kompeni.last jumpa 5 tahun lepas masa induction now jumpa balik.


Mula-mula duk pusing area tempat makan nak cari this Restaurant..quite confused nak cari rupanya kena naik satu tingkat ke atas baru jumpa.Orang ramai yang amat.kata hujung minggu kan.


Berkat kesabaran tunggu ada lah satu meja yang kosong.terus lah cop.aku makan sorang jer.nak ajak encik sepul n nita diorang dah ada di Midvalley.Sorang pun sorang lah janji dapat makan ayam penyet.



Order air Teh Botol yang agak pemes di Indonesia.rasanya pahit pahit sikit.



Ini lah rupa AYAM PENYET di sini..memang nampak menarik!!



Tengah tengah duk makan tetiba terserempak ngan Nafis pulak.supplier Chemical untuk stesen aku..rupanya rumah dia dekat sangat ngan The Curve.kawasan elit lah ni..dia duk makan ngan ahli keluarga sedara mara..terkejut dia tengok aku ada kat KL.haha.well,i'm all over the place.kat mana mana jer aku akan muncul.hahahaha


Sambal ayam penyet ni sangat lah pedas..aku suka makan makanan pedas tapi yang ni macam lebih pedas..still sedap!!lagi sedap dari ayam penyet kat Jusco bandar Perda di Penang..Harga pun standard.Recommended lah.boleh cuba lagik lain kali nak try makan empal pulak.



Alhamdulillah kenyang!!sangat slow aku makan..sebab duk bertweet ngan duk bermesej sakan.santai santai lah buat apa nak rush..aku suka lah ayam penyet..actually,kebanyakan makanan Indonesia especially nasi padang aku suka.


Dari The Curve aku ke sebelah E@ Curve..nak tengok kot kot ada wayang menarik..terserempak pulak dengan Shahrir,member masa Matrikulasi Gopeng Perak dulu.8 tahun tak jumpa beb!!aku cam muka dia..nice to meet you mate!ada umur nanti kita hang out skali..Aku suka lah lepak di The curve!macam macam orang leh jumpa..hehee.dalam pukul 8 malam aku bergerak untuk balik Penang..Berakhir lah satu weekend yang best!!best lah dapat jumpa member lama,dapat jumpa reader blog,dapat hangout makan makan dengan kawan,dan paling best sebab dapat sertai Standard Chartered KL marathon..Kenangan yang manis tetap akan di Ingatan sampai bila bila.

*Hari ni ,27-29 June ada Course di Sunway Hotel Seberang Jaya..entah bila aku nak balik stesen buat kerja di Opis yang makin bertimbun dan terbengkalai ni..Makan free lagi lah nampak gayanya..:)Alhamdulillh syukur dengan rezeki dari Allah.

Sunday, June 26, 2011

FUN RUN 5 KM : STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2011

it all started 2 month ago..

Ada a few incidents yang berlaku.and at that time i was so devastated and frustrated with something that only me,myself and i understand it well. To help me through all of the pain, and try my best to get over all of those feeling, i need to channel my energy into something new.something that will help me to forget things easily, so i decided to run. i started to jog every evening and it works for me..my issues disappear slowly, and suddenly i think i love to run.When i post about this activity at Facebook, there's a friend suggested to me to join KL marathon that will be held on 26th June 2011, organize by Standard Chartered.Thanks a lot to him and so here i am today, looking for some possibilities to participate in this run.


Pagi-pagi lagi aku dah bangun jam 3.30 pagi..tumpang tidur di rumah encik sepul kat Damansara..bangun awal pagi sebab nak kejar shuttle bas di LRT Kelana Jaya.ada free shuttle bas untuk ke Padang Merbok tempat aku akan start berlari nanti.Singlet hijau ni dapat dalam race kit awal bulan Jun yang lalu..


Keluar dari Damansara jam 4 pagi.maaf lah encik sepul sebab terpaksa kejutkan ko dari tidur..aku drive ke LRT Kelana Jaya.nak parking masalah pulak sebab Touch N Go aku tak cukup baki.terpaksa lah parking jauh..di LRT kelana Jaya ni jumpa ngan Bard, orang yang beri ilham pada aku untuk join this run.sebelum ni aku ada dengar jugak pasal aktiviti berlari macam ni tapi tak pernah ambik pusing pun nak join.Bila ada orang ajak terus aku sign up dan hopefully ini akan menjadi satu permulaan untuk perkara baru dalam hidup aku.Ramai dah orang lain yang duk tunggu bas jugak masa ni.most of them is Chinese.diorang memang suka berlari kot.


Bas bawak kitorang terus ke Padang merbok..untuk permulaan aku just join dalam fun run 5 KM..everybody has to start somewhere kan..so sebagai permulaan aku rasa ok lah untuk ambik 5 km ni jer.selama ni pun training for 5 KM only.Tengok dulu camana nanti.


Masa ni pukul 6 pagi,orang baru je lepas azan subuh..kitorang pi solat dulu kat masjid Bukit aman..aku tak pernah sampai lagi kat masjid ni..nasib baik dah standby bawak kain pelekat semua..ramai jer peserta peserta lain yang solat dulu.Alhamdulillah.


selesai solat patah balik kat area tempat race nak bermula.terserempak dengan seelan paul,boss besar Hot.Fm..aku ingat mamat ni tinggi rupanya lebih kurang aku jer.hehee.tapi mesra alam lah..kata selebriti mana boleh sombong sombong kan.dia participate dalam 10 KM run yang akan bermula jam 7 pagi nanti.


orang ramai dah mula membanjiri kawasan padang merbok


a few weeks before this race begin kaki kiri aku injured.sakit kat hamstring..so aku rasa macam dah tipis harapan aku untuk join..tak nak lah bawak mudarat nanti lagi teruk kaki aku cedera.semalam pi poliklinik damansara then doktor bagi Pain killer.Bangun tidor pagi tadi rasa sakit dah hilang so gagahkan diri jugak untuk berlari..sakit lepas ni lain cerita lah kan.


Dah dekat pukul 8 pagi..hari dah cerah matahari pun dah nak muncul..masa ni makin rasa berdebar..ramai peserta fun run 5 KM dah mula warming up dulu.aku just buat lite lite warming up jer..tengok peserta peserta lain macam macam ragam dan gaya.Tahun ni semua peserta jumlahnya 22 ribu orang compared than last year 17 ribu..


Tepat jam 8 pagi semua peserta fun run 5 KM berlepas..ramai sangat masa starting point so tak dapat nak berlari dulu.just jalan rileks rileks jer..dah la aku bawak beg sandang berat..ada 3 botol air,ada kain pelekat ada seluar dan baju sepasang..ingat ada tempat nak simpan beg skali bila dah ramai camni better bawak jer skali masa lari kang hilang lagi susah.


Then boleh berlari cam biasa..tengah berlari beg sandang aku tali tercabut..terpaksa berhenti kejap then sempat lah takeout camera ambik gambar depan Sogo ni.hehee..last last aku berlari sambil tangan sebelah pegang beg sandang..berat memang berat tapi race kena habiskan jugak..kaki pun mula rasa sakit balik..masa aku nak mula give up tak larat dah nak berlari ternampak signboard 4.1 KM - maksudnya kitorang semua dah berlari 4.1 KM terus aku jadi semangat balik sebab lagi sikit jer nak sampai..lagi excited bila dah nampak Dataran merdeka dari kejauhan..semangat nak habiskan perlumbaan beb!!


Alhamdulillah!!despite of my injury ngan bawak beg berat tuh,aku still berjaya habiskan race dalam masa 35.86 minit..biasa aku training pun dapat 30 minit untuk 5KM..kali ni lebih sikit pasal beg aku tu berat!!(alasan nih.hehehe)..kalau dapat berlari 5 KM bawah 30 minit dapat lah finisher medal.takper.ni baru permulaan.aku nak dapat gambaran camana race ni berlansung.so lepas ni kalau aku join lagi aktiviti macam ni aku taw lah what do's and dont. 


Berlari ramai ramai macam ni tak sama macam aku duk berlari sorang sorang..berlari ramai macam ni excitement tu lebih..seronok jugak rupanya join this aktiviti..Insya Allah tahun depan aku akan join lagi.dengan training yang lagi mantap nanti boleh berlari untuk 10 KM pula..


peserta berpusu pusu untuk mendapatkan sijil penyertaan dan finisher medal.


Bard and his future wife..congratulations!we all manage to finish the run..:)


Acara penyampaian hadiah berlansung..untuk open kategori semua peserta dari KENYA yang dapat..semua diorang sapu.grand prize 17,500 USD..berbaloi lah tiket flight diorang datang ke sini..race berakhir di Dataran merdeka.


Thanks Standard Chartered untuk satu event besar yang berprestij.


Lepas dah ambik sijil penyertaan,kitorang just lepak kat tepi sambil sembang sembang..jumpa ramai lah member si Bard..dapat kenal orang baru..sambil duk tengok peserta full marathon ngan Half marathon baru sampai.ada peserta yang OKU jugak.camana lah diorang boleh berlari 42 KM ngan 21 KM..aku nak sampai tahap tu kena selalu training lah..Overall aku rasa teruja dapat join this aktiviti.i think i got a new things to put in my list right now.running.:)


Dari dataran merdeka kitorang pi makan di Burger King..Boleh pulak takder beger daging.ada beger ayam sahaja.rata rata dalam this restaurant semua orang yang terlibat dengan KL marathon.Sebelum race memang aku tak makan apa apa pun.just minum air 100 plus sahaja untuk kasi tenaga..nasib baik tak pengsan tengah jalan.heheheee


after makan naik LRT di Masjid Jamek


Dari stesen LRT kelana jaya kitorang berpisah..aku akan balik ke Penang hari ni, sebab esok kerja..Thanks again to Bard and Wani sebab jadi peneman for this Standard Chartered KL marathon.hopefully boleh hangout sama sama lagi di lain kali.Insya Allah.Badan penat ni.kalau boleh tidor mesti syiokkkk..and now kaki aku duk sakit balik..takpa lah,janji event ni dah berakhir.

*tadi aku sempat ke Shah Alam.ada orang bagi apam dot dot..nanti aku promote kat Blog aku ok..Then malam nanti aku akan bergerak ke Penang.Sekarang tengah lepak kat The Curve Mutiara Damansara..jalan jalan cuci mata.:)