About AXIMUD

Saturday, December 31, 2011

GOODBYE 2011, HELLO 2012 !!

Hari terakhir dalam tahun 2011.

Sabtu yang cerah.pagi pagi aku dah bergerak dari Penang ke Kuala Lumpur.Untuk sambut tahun baru di KL? Bukan.aku ke KL sebab permulaan Tahun baru akan aku buka dengan larian NEWTON CHALLENGE 1 January 2012 di Bandar Kinrara Puchong..so memang aku memerlukan rehat lah malam ni..tak ada lah nak tengok bunga api apa semua tu.Rasa macam dah tak penting.


Kebetulan pula ayah berada di Hospital Kuala Lumpur juga hari ni untuk rawatan susulan.actually semalam diorang sampai,Abang Shuk yang bawa dari Kemaman..alat untuk cuci darah ayah (untuk orang yang ada masalah jantung) cuma ada di HKL..so thats da reason why ayah kena buat hemodialisis di KL juga..bagus lah,ramai sikit nurse yang ada boleh monitor close in case anything happened.Tadi aku pun dah ambik racekit di Bandar Kinrara (Thanks to Azuan for the ride!).and aku ada purchase jam yang boleh kira heart rate dan calories burned, sekali dengan racekit tu.


ni gambar terakhir aku di penghujung 2011..dalam LRT bersama Kak Tie on the way nak balik rumah dia dari HKL...Abang Shuk dah balik ke Temerloh sekejap ada hal..Esok pagi aku pula ada event so memerlukan rehat at least 5 jam kena tidur sebelum event.start berlari nanti pukul 5.30am.dalam pukul 4 dah kena pergi dah dari Ampang..Kak Tie join jugak this race tapi terpaksa cancel sebab esok dia akan balik ke Kemaman uruskan persekolahan anak di Kerteh.Next time ya kak Tie.banyak lagi event menanti.dont worry be happy.


Aku menghabiskan sisa 2011 di Hospital Kuala Lumpur bersama ayah,mak dan beberapa ahli keluarga yang lain.Senja 2011 berlabuh sepi,menanti terang sinar pagi 2012 terangi alam keesokan hari..Terima kasih 2011 atas segala kenangan dan kisah yang tercipta.Moga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna buat kita semua.Insya Allah.Kalau ada masa nanti aku akan buat satu entry imbasan 2011 khas untuk pembaca AXIMUD.

Insya Allah.

*Selamat menyambut Tahun baru 2012 kepada semua.moga azam 2011 tercapai dan kalau tak tercapai kita carry forward lagi in this new year eve..Life is a journey,not a destination.Semoga 2011 yang berlalu mematangkan kita dari semua aspek kehidupan.

Wednesday, December 28, 2011

THE ZONE KLCC, INSTITUT JANTUNG NEGARA & TAMAN TASIK TITIWANGSA WITH FAMILY

Semalam aku cuti satu hari.Hari ni kembali bekerja di hujung hujung tahun..lagi tiga hari 2011 bakal berakhir..So kerja je lah mana yang sempat.

In fact ni cuti aku yang semalam tu cuti yang terakhir untuk tahun ni..Bukan banyak sangat cuti tahunan yang ada..dah habis banyak sebab pergi Umrah di awal Ramadhan yang lalu..Dua hari lepas kami sekeluarga bertolak dari Kemaman ke Kuala Lumpur sebab ayah ada appointment di Institut Jantung negara semalam..so kami stay di The Zone sebelah KLCC,apartment situ sesuai untuk family besar macam kitorang.


ada dua bilik siap ada dapur boleh memasak.Ruang tamu pun luas.


Bangun pagi pagi dan aku hantar Kak Tie ke tempat exam.dia ada exam hari ni.Abang Shuk pula ada Course.so Alhamdulillah nasib baik aku ambik cuti sebab aku jer yang available untuk hantar ayah ke IJN kejap lagi..View kat atas ni view dari apartment yang kitorang stay,1108..quite confusing jugak actually stay di The Zone sebab Lifnya banyak ikut zon zon yang ada.kena ingat bebetul kat mana lif yang akan bawa naik ke partment yang di sewa.


Balik dari hantar Kak Tie terus ke tempat sarapan pagi..tak banyak sangat variety makanan yang ada di The Zone KLCC ni..boleh lah..layan si Adam Syahmi makan kejap then aku tinggal diorang bersarapan pagi dan terus bawak mak dan ayah ke IJN..sebelum ke IJN sempat lah kami ke Chow Kit mak nak cari halia bara nak buat ubat..Then terus ke IJN jumpa doktor dan ambik ubat..After appointment terus balik ke The Zone apartment untuk Check Out.memang kitorang stay satu malam sahaja.


Lepas Check out kitorang ke IJN semula sebab mak nak ambil ubat ayah.elok juga macam tu sebab boleh tunggu kak Tie habis exam pada pukul 4 pm..masing masing kelaparan sebab tak sempat lunch tadi,since time constraint dan tak dapat nak stay lebih dari waktu Check Out di The Zone..so what to do tapau jer lah makanan Tengahari yang ada.Dan kitorang ke Taman Tasik Titiwangsa untuk Lunch.Late lunch la kan kalau dah pukul 5 pm macam ni.


jom kita lunch..lapar ni wehhh


Ni je lah ahli keluarga yang ada di KL buat masa ni.abang jalee dan kak la balik Kota Bharu, Adik da pulak tengah tunggu due nak bersalin anak kedua,kak Ija di Mesir,dan Faiz pula ada di Nilai..Kak Ina as usual lah sibuk dengan business dia di Dungun mana boleh tinggal.takpaa mana yang sempat je lah.at least ada orang teman ayah dan mak sampai ke KL ni..


Sedikit perkembangan pasal ayah - tadi masa appointment di IJN doktor tu kata ayah macam takder pilihan lain dah melainkan kena buat Bypass surgery jugak memandangkan jantung memang ada block di saluran utama..kalau tak buat jantung makin lama akan lemah dan boleh kena heart attack bila bila masa..ayah hold dulu sebab nak kena bincang dengan doktor Razali pakar Nefrologi,nak bincang tentang komplikasi yang akan timbul kalau buat operation bypass..apa apa pun aku doakan yang terbaik untuk ayah..semoga ada penyelesaian yang terbaik nanti dari pakar pakar yang bertanggungjawab.Insya Allah.


Lauk lunch ada yang beli dan ada yang sempat masak sendiri kat apartment the zone tadi.masak sardin dan Goreng telur jer.tu pun dah cukup sedap.lama tak makan sardin so bila sekali makan rasa best pulak..


part yang berebut rebut ni yang paling best dan dirindui..


Adam syahmi sekarang bukan main lagi..dah pandai demand nak itu ini..dia nampak ada orang jual belon BEN10 kat satu sudut hujung gerai mula merengek rengek ngan ayah dia mintak suh beli.Ayah mana tak sayang anak so pergi lah layan beli jugak..janji puas hati..dah boleh berjalan dan dah boleh bercakap sikit sikit dah dia sekarang..nampak bola mesti sebut ball.hehehe..budak budak memang cepat membesar kan..


pengawal keselamatan naik kuda ronda ronda.Hebat!!


Lepas dah siap makan it's time to say goodbye..Aku akan balik ke Penang..Ami akan balik ke Terengganu..Mak,ayah dan abang Shuk akan ke Kemaman,balik rumah..so lepas dah berpisah ni aku hantar kak tie ke rumah,hantar adik ke rumah kak esah,Then hantar Ami ke Hentian Putra dia nak balik terengganu..so dalam pukul 10 malam jugak aku balik ke Penang..baru sampai Hentian Rawang dah tertidur sampai jam 12am!!memang aku drive malam tadi ngantuk ngantuk dan Alhamdulillah sampai Penang jam 6.30 pagi so terus siap siap pergi kerja jer.

*Dan hari ni aku sangat mengantuk menyiapkan kerja kerja Opis.What to do.Dah tanggungjawab.Tapi syok kerja hujung hujung tahun ni sebab orang tak ramai sebab semua sakan duk bercuti.so tak lah pressure sangat.Boleh lah curi curi tidor dalam opis.heheheee..Kantoi.

Monday, December 26, 2011

SANAH HELWAH YA NIKLI NODIN

Ingin aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat seorang teman yang jauh tapi sentiasa berada dalam doa ku, Encik Nikli Nodin..Selamat menjadi warga emas tidak lama lagi.hehe..


Tahun 2011 ni tahun keramat dia. Menamatkan zaman Bujang pada Februari yang lalu..aku doakan semoga kekal berbahagia bersama isteri tercinta hingga ke akhir hayat..Such an honored to me dijemput untuk menjadi pengapit di hari berbahagia ini.i'm happy for you dude!and do pray for me too supaya mendapat isteri solehah nanti..Insya Allah..


My friend
I wish for you to have
beautiful experiences
each new day
as you follow your dreams
My All of your dreams will come true!


*Happy birthday again to you.Many Happy Return and Best wishes,Take Care my Dear Friend!!

Sunday, December 25, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT AYAHANDA TERCINTA!!

23 Disember yang lalu tarikh keramat.

Sebab tarikh itu merupakan hari ulangtahun kelahiran buat ayahanda kami yang tercinta..Selamat menyambut Ulangtahun kelahiran ayah..semoga sentiasa berada dalam Rahmat Allah..syukur Allah masih beri kesempatan untuk ayah terus bernafas di muka bumi,walaupun dengan sakit yang di alami tapi ayah tetap tabah berjuang dengan bantuan yang maha hebat dari ibu di sisi..Selamat ulangtahun kelahiran ayah..semoga Allah memanjangkan lagi umur ayah..Ameen.


Untuk malam ni kami just buat BBQ secara kecil kecilan untuk sambutan hari lahir ayah..dah lewat 2 hari tapi as usual bukan tarikh tu yang penting tapi ingatan dari ahli keluarga yang berkekalan sampai bila bila..yang ada di rumah masa ni aku,kak tie,abang shuk,kak feeza,Kak Ina dan Ami..Abang Jalee kerja so aku kena bakar ayam sorang sorang lah.biasa tag team dengan dia jer kalau bab bab BBQ ni.


Ikan Bakar


Sotong Bakar yang lazat


Kek hari lahir ayah kak Ina yang sponsor..beli kek Buah sebab ayah memang suka makan buah..


Masa nak potong kek Nurul Nadiah jadi pengiring ayah.heheh


Happy Birthday again my dad!!You always be the greatest dad i've ever had..Take care!!


Sedap juga kek ni..Malam ni kami sekeluarga ada berbincang perkara penting di meja makan..biarlah kami sekeluarga sahaja yang tahu..dugaan datang bersilih ganti,tapi aku percaya selama mana kami sekeluarga bersatu hati tak ada apa apa halangan yang tak dapat di atasi..semoga kami semua sekeluarga sentiasa akan berada dalam rahmat Allah..ya Allah,kau peliharalah keluarga ku dari sebarang kecelakaan..Dan jadikan lah hari yang kami lalui akan menjadi lebih baik dari hari ini..Ameen..

*In time of test, family is best.

Friday, December 23, 2011

ME, FEVER & YOU


I am a man whom is not too prone to any types of diseases. a lot of people got sick from different kind of diseases this past few weeks basically because of the climate changes. Still, I am not one among them. and suddenly, after lunch yesterday i don't feel good.My body start aching and in the night i just lie down in my bed helpless..

For the past 2 days, I’ve completely lost appetite and I don’t feel good now either. I'm suffering from fever,i guess. Those days were very bad with headache followed by vomiting, back pain and etc. I went to the clinic, had my medication and MC for yesterday and today. I'm suppose to be in Jana Manjung Power plant for a meeting, but i can't force myself to be there with this fever linger around me..My gratitude to You-Know-Who-You-Are for healthy and delicious Herb Porridge,and do accompany me for dinner last night..Appreciate it so much.

To all of my dear friends that Care, your empathy and generosity are very much appreciated. Just so as you know that those sour tablets still doesn’t make me feel any better at all...(ewwwww...) I am suppose to take a good care for my body from this time. So to all my dear friends, be careful, stay safe and healthy. Stay away from unhealthy food.

And today i'm going back to my hometown.Wish me a safe Journey..Miss my family,especially in a time like this.

*I do feel much better now..and it's all because of YOU.


:)

****************************

Tuesday, December 20, 2011

BERBOWLING DI ALAMANDA PUTRAJAYA & DINNER @ SATAY WILLY,BANGI

Kembali bekerja.

 Rutin harian tetap sama.pergi kerja balik kerja then berehat di rumah.Tunggu weekend jer lah untuk aku penuhi dengan aktiviti yang berbagai bagai.Hujung minggu lalu join Malakoff run (rujuk entri sebelum ni)...lepas lari Petang tu kitorang ke Alamanda Putrajaya pulak sebab join main bowling anjuran Majalah Mangga Utusan Karya ..Jom layan entri cerita hujung minggu lalu.


Actually kitorang sampai dah lambat..event start dalam pukul 2.30pm..kitorang sampai dalam pukul 3pm..nak buat camana letih berlari pagi tadi then balik rumah kak tie tertidur..tu yang terlewat sampai..nasib baik game diorang baru mula masa kitorang sampai..so apa lagi sarung baju yang organizer bagi dan lets berbowling lah!


Kak leez yang ajak aku join this event..sebab Orang Utusan Karya takleh join..so pembaca setia majalah mangga lah yang join.ok to be frank aku bukan pembaca Majalah Mangga.tak pernah beli pun.hehee.just join this event sebab macam dah lama tak berbowling.so layan kan aje lah.ehhh kak ros pun ada tu.


ada lah beberapa kerat artis yang main.aku tak berapa familliar sangat.


as usual teman setia ku,Kak tie dan kawan baik dia,Yana


sessi bergambar beramai ramai..


Lepas sessi bergambar ada majlis makan makan..boleh la melegakan perut yang kelaparan sebab tak sempat lunch..ada nasi goreng ayam goreng dan nuget.ok lah.janji boleh makan..sambil makan depan meja ada pulak artis duk bermesra sakan depan meja kitorang..Johan ngan Chomel fana nama mereka..duk bergedik sakan.entah.nak kata kapel bukan.Biaq pi kat depa lah.


sambil makan sambil sembang sambil organizer umum pemenang bagi Bowling..Alhamdulillah semua peserta dapat hadiah..kak tie dapat set gelas.aku dapat Toaster.Yana tak dapat apa apa sebab dia punya tempat ada orang lain main.Entah apa apa..padahal nak masuk ni kena bayar RNM20 seorang..takder rezeki ko lah tu yana..dapat majalah mangga free tu ok apa.hahahaha..


Dalam pukul 6 lebih jugak kitorang bergerak keluar dari Alamanda Putrajaya..


Dari Alamanda Putrajaya terus lah kitorang ke Masjid Putra Putrajaya untuk solat maghrib dulu..Then lepas tu kami akan dinner sama sama kat Satay Willy Bangi..First time ni aku jejak kaki kat masjid Putra..sebelum ni cuma sempat menjejakkan kaki ke Masjid Besi jer masa Putrajaya Night Marathon dalam Bulan Oktober yang lalu..


Dinner time at Satay Willy Bangi


Masa nak order satay terkejut lah jugak orang kat kedai satay willy tu kata dalam masa satu jam setengah akan dapat order sebab banyak sangat orang order..mula mula macam dah malas nak order satay tapi keraskan hati order jer lah..sementara tunggu satay sampai layan makan Tauhu bakar yang sangat sedap dan Yong Taufu..kak leez makan nasi lemak..sambil makan sambil sembang pasal trip yang akan datang pada January 2012..Tauhu Bakar kat sini sangat lah sedap!!memang a must try ok.


Kitorang dah habis makan satay tak sampai sampai lagi..so decide untuk gerak balik jer lah.anggap tak ada rezeki.elok jer kitorang nak blah satay pun sampai.ok Alhamdulillah ada rezeki mereka untuk merasa keenakan satay willy.aku dah pernah makan sekali masa kursus di Bangi bulan November yang lalu..kali ni bagi diorang rasa pulak.


Dari feedback diorang setuju this satay lagi sedap dari yang kat Satay Station kg.Pandan Dalam.Murah pun murah dari satay station..kalau satay station secucuk RM1..yang ni baru RM0.80..rasanya sedap.yang aku perasan kuah satay nya dah lain..aritu aku datang kuah sataynya kasar kasar.kali ni kuah sataynya dah halus..ada peningkatan..Korang kalau nak try makan satay willy sila lah gugel camana nak mai sini.aku pernah post dalam entri sebelum ni.


Selesai makan satay masing masing bawak haluan sendiri lah..Thanks pada korang semua yang sudi meluangkan masa untuk dinner sama sama.aku balik ke Penang pada malam ni jugak..as usual lah kan tempat mencari rezeki jauh dari KL..so what to do..Jumpa lagi semua dalam event akan datang ya!!

Sunday, December 18, 2011

MALAKOFF 12 KM RUN 2011 - POST MORTEM : ANOTHER LESSON LEARNED!!

i did it again!

Pagi tadi dah berjaya menghabiskan another larian,kali ni anjuran MALAKOFF pula sejauh 12 KM di Bukit kiara Equestrian Club..sebut Bukit Kiara so maklum sahajalah route nya yang berbukit bukit itu.jom kita tengok apa yang berlaku sebelum dan selepas Running tadi.


To be honest pagi tadi aku tidur pukul 5 am!!then pukul 5.45.am dah kena bangun untuk bersiap siap ke Bukit Kiara.Bukan aku tak nak tidur tapi mata tak mahu lelap.Probab lay because dah terlebih tidur atas bas sepanjang perjalana ke KL semalam.so redah sajalah..as usual [artner berlari aku yang paling akrab tentulah my own sister,kak Tie..Our manager Yana pun ada sekali.Thanks for the ride cik manager!


Sampai di Bukit Kiara dalam puku 6.50am..agak semput masa ya sebab pukul 7 am kategori wanita terbuka akan bermula..Yang bestnya masa sampai dan Parking boleh pulak terserempak dengan enciksepul.blogspot.com.dia hantar cousin dia berlari kat sini..Sepul nak bawak Umar pergi Jogging..good father lah dia ni.what a small world kan..kat sini pun boleh jumpa.tu pun nasib baik dia tegur.kalau tak memang tak perasan lah sebab kitorang dah nak rush sikit ke tempat mula perlumbaan.


Flag off pukul 7 am untuk kategori terbuka wanita 12 KM..Then untuk kategori lelaki terbuka 12KM akan bermula jam 7.10am..so kak tie akan berlepas dulu..suasana macam biasa lah.havoc dan meriah.warming up lah sikit mana yang patut sebelum bermula.kang badan terkejut pulak.


ehhhh i can see arman dan zul!credit to yana sebab dapat ambik pic depa


ni antara peserta yang awal tiba..


Dan akhirnya aku berjaya menamatkan perlumbaan..


proud with myself!!


Another Finisher Medal for me..suka medal ni.Unik!


Sementara tunggu yang lain sampai aku pi ambik goodie bag dan sarapan pagi dulu.diorang sediakan taufu fa dan mee goreng asa sarapan pagi..layan lah kan.memang tak sarapan apa pun lagi..tak lama lepas tu Arman dan zul sampai di Garisan penamat.we still waiting for kak tie to arrive..


akhirnya kak tie pun sampai dan berjaya menamatkan larian!!syabas kakak ku!!


Dulu mula mula jumpa arman waktu Siemens Run di dataran Merdeka.Kenal dah lama dari blogging tapi tu lah first time jumpa.sekarang dah selalu berjumpa sebab lately aku kerap attend event larian.Zul pulak first time jumpa kat Night Run Putrajaya in Oktober 2011..Nice to meet both of you!lepas ni kita pasti akan berjumpa lagi dalam event event akan datang.


Peserta menikmati sarapan pagi lepas ambik goodie bag


banyak kuda kuda kat sini.kata Equestrian Club


kak tie and i !!both of us with finisher medal.Alhamdulilah we did it again!


Selalu terlupa nak ambik gambar cik manager ni..Thanks sebab ikut sekali dan tolong tolong ambik gambar..kalau takder Yana takder lah gambar gambar kat garisan penamat tu..dan kat bawah ni aku sertakan post mortem hasil larian pagi tadik:


To be exact (based on my Endomondo Aps) track yang kami lalu ni tak sampai 12 KM..cuma 11.49 KM..kurang 500 meter lagi..untuk rekod aku berjaya berlari 11.49 KM within 1 jam 12 minit dengan average speed min/km 6.16.


Kawasan sini banyak benar bukitnya.The most chalengging track for me so far..kat Desa Park city pun ada satu bukit yang lagi curam tapi kat Desa Park City tu ada satu jer bukit..kat Bukit Kiara ni boleh kata most of jalan akan naik bukit dan turun bukit.a good experience for me as a beginner in this arena.


Fastest lap yang aku boleh buat ialah 4 minit 52 second.means to say i still  can push myself to be fast.probably masa turun bukit aku speed gila gila.tapi bila nak naik bukit memang azab semacam..tu yang jadi the slowest lap 7 min 23s tu..memang sangat mencabar but i did it anyway.Sebenarnya dalam training aku sebelum ni aku dapat buat 1km dalam masa kurang dari 6 minit.so target aku untuk this race ialah Average min/km dalam 5.30 macam tu.but i can't make it.and you know why?sebab aku TAK CUKUP REHAT..remember i told you yang aku tidur pukul 5 pagi dan bangun pukul 5.45 pagi?so memang tak cukup rehat dan terus nak berlari.First 5 KM mental aku blocked sangat sangat sebab body aku kata suruh stop dan get a rest tapi minda aku kata nak berlari.so its true that running is a mental game..mental kena kuat baru you can pass through the obstacle..


TAK CUKUP TRAINING pun satu masalah jugak aku rasa..a week sebelum this event mana ada aku training sebab busy dengan kerja dan aktiviti lain.memang 12 KM is not lah jauh macam half marathon or ful marathon tapi preparation tetap kena buat jugak..Another lesson learned,and after this aku harap aku akan lebih bersedia dan cuba dapatkan rehat yang secukupnya a day before the race.Yeah i can finish it,but i want to finish it with joy.not the pain i felt when my body struggling to run even though i'm restless..Hopefully after this i'm not going to take other running event for granted anymore.Kesian kat body jugak.nak pakai lama so kena jaga betul betul.Thanks pada semua yang hadir sama..kita jumpa dua minggu lagi ya dalam Newton Challenge New Year!!

*Kejap lagi nak ke Alamanda Putrajaya pula.ada game Bowling..Then lepas game tu baru nak ambil bas balik ke Penang..Pehhh rasa sangat malas la nak kerja esok..so tired and sleepy and i really need a rest right now..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...


*edited back-this is the official result for this Malakoff Run ..My ranking is 256/922..not bad huh??will keep improve my time later..:)