About AXIMUD
▼
Tuesday, March 31, 2015
Sunday, March 29, 2015
Sunday, March 22, 2015
EUROPE TRIP DAY I - EIFFEL TOWER AT NIGHT & HARD ROCK CAFE PARIS
Connexion de la derniere entree..
*to be continued..
Tiba-tiba speaking French ni. Padahal ambik kat Google translate jer. maksud ayat di atas - 'Sambungan daripada entri sebelum ini..'. Seronok bila berjalan tempat orang boleh belajar bahasa mereka. Tapi tahu yang basic basic je lah macam 'Bonjour', 'Merci', 'bon apetit' dan etc etc.. nak terer bahasa tempatan at least setahun kena duk sini ngan local.. setakat datang satu malam memang tak dapek nak menolong lah..ok kat mana kita tadi??
Oh ya. Daripada Ibis Hotel area Curbouvie dalam jam 8pm kitorang dah bersiap siap untu keluar seula.. nak menuju ke Eiffel Tower. nak tengok sendiri eiffel tower macam mana rupanya di malam hari.. Lampu mesti cantik kan kalau malam..
We took the train from La Defense Station menuju ke Station Bier Hakiem. kami dah siap siap ambik 2 days pass untuk naik train di Paris so naik je lah selagi mampu. mana mana line pun tak kisah. diorang memang centralized kan tiket tu tak kira train jenis apa pun korang naik.\. Perut lapar jugak sebenarnya tapi masa kat hotel tadi ada alas perut makan pisang yang dibeli di stesen La Defense sebelum Check in Hotel.
Stesen Bier Hakeim ni memang popular lah. sebab ni lah stesen visitors and tourists akan turun untuk mengunjungi Eiffel Tower. Ikut jer sign board yang ada. Keluar dari kawasan tren ni, then berjalan lah ikut sign board yang ada untuk enuju ke eiffel tower. kalau tak tahu sangat tanya lah local kat sini. maybe diorang pun tak reti cakap english tapi sebut jer eiffel tower mesti diorang faham.
Dan dari kejauhan kami dah mula nampak Eiffel tower yang bersinar sinar keemasan disinari cahaya lampu.. terus kaki melangkah semakin laju untuk mendekati menara istimewa ini. Satu dunia bercakap pasal Eiffel Tower, now i'm on my way to witness it in front of me. For the very first time!!
Subhanallah. Indahnya pemandangan ni. Kmai berjalan pun tersekat sekat sebab duk asyik ambik gambar. Berapa shot nak ambik kan. Tambah pula my nx300 rosak. lense jatuh berderai. so ambik gambar guna Iphone 6 Plus sahaja. Alhamdulillah kualiti gambar boleh tahan.. Cantik juga under low light. Noise tak banyak. tak lah sama macam kualiti DSLR tapi as a backup, this is well enough!!:)
Orang ramai lalu lalang time duk ambik gambar. peduli lah kan. janji dah sampai Eiffel Tower. Bukan senang nak dapat pengalaman ni..
Masa kami ambik gambar ni actually jauh lagi dari Eiffel Tower. Tak sampai pun lagi. Tapi dah berhenti lama dah untuk sessi photoshoot.
Sesekali menara eiffel ni flickering.. berkelipan lampu lampu.. ada video aku ambik.. cantik jugak.. lampu tu flickered around the tower.. kalau ada skali ngan music mesti lagi best.. seronok lah tengok menara ni.. ada tarikan tersendiri yang memukau jiwa dan ragaku..
The Eiffel Tower (French: La tour Eiffel, [tuʁ ɛfɛl]) is an iron lattice tower located on the Champ de Mars in Paris. It was named after the engineer Gustave Eiffel, whose company designed and built the tower. Erected in 1889 as the entrance arch to the 1889 World's Fair,
it was initially criticised by some of France's leading artists and
intellectuals for its design, but has become both a global cultural icon of France and one of the most recognizable structures in the world.[1] The tower is the tallest structure in Paris and the most-visited paid monument in the world; 6.98 million people ascended it in 2011.[2] The tower received its 250 millionth visitor in 2010.[2]
The tower is 324 metres (1,063 ft) tall,[2] about the same height as an 81-storey building. During its construction, the Eiffel Tower surpassed the Washington Monument to assume the title of the tallest man-made structure in the world, a title it held for 41 years, until the Chrysler Building in New York City
was built in 1930. Because of the addition of the aerial atop the
Eiffel Tower in 1957, it is now taller than the Chrysler Building by 5.2
metres (17 ft). Not including broadcast aerials, it is the second-tallest structure in France, after the Millau Viaduct.
Lokasi Eiffel tower ni di area Cham De Mars..di ambil nama sempena engineer nama Gustave Eiffel, yang bertanggungjawab design dan bina bangunan ni. Tower ni paling tinggi di Paris dengan ketinggian 324 meters. alahh. Menara KL kita lagi tinggi 335 meters. Nak tahu lebih lanjut pasal eiffel tower ni gugel saja lah. wikipedia kan ada. hehe..
Di bawah Menara Eiffelada board iklan ni. banyak reminder yang ada. antaranya jangan beli souvenirs dari street vendors. Pasal pickpocket dan macam macam lagi. Untuk safety reason. memang aku dah dengar banyak dah kes di Eiffel Tower ni. untuk langkah keselamatan jaga lah barang barang anda sebaiknya.
Kami beli juga keychain Eiffel Tower 5 ketul pada harga 1 Euro. Abang kulit hitam yang jual tetepi jalan ni. beli lah kalau korang yakin. sebab kalau beli atas menara eiffel harga mesti mahal punya. terpulang pada korang lah. kalau rasa tak selamat dan takut kena pau baik ignore saja.
On the way back menuju train station Bier Hakeim. Cantik kan bangunan kat Europe ni. ada seni tersendiri. tak sama lah dengan tempat kita. They preserved their building dari dulu.. bangunan kita ada juga yang cantik tapi bangunan baru.. nak bangunan lama boleh gi Melaka atau Pulau Pinang. Malaysia pun hebat ya. :)
Dari area Champ De Mars, kami nak menuju ke Hard Rock cafe Montmarte Avenue. Direction nak menuju ke sana sila turun di train stesen Richielieu Drouot . Then dari situ keluar dan sila research sikit lah arah mana nak di tuju yer. Quite tricky kalau tak biasa cari.
Yang nak membeli souvenirs dan shirt hard Rock ni hanya lah aku sorang jer. sebab memang collector Hard Rock Shirt dan Merchandise. Desmond dan Thomas tak masuk pun. they wait outside. and cuaca masa ni hujan lagi.. hujan rintik rintik. Masing masing dah kelaparan.. tadi nak makan di area eiffel tower macam takder restoran yang menarik. so kami datang ke Hard Rock Cafe dulu. dah beli apa yang patut kami terus cari tempat makan. banyak yang dah tutup sebab dah 11pm..
Singgah makan di Restoran Pizza. Servis lembap gila.
Then lepas makan terus kami nak mmenuju balik jer lah ke Hotel Semula.. Malam takder apa kami nak buat sebab masing masing dah penat seharian berjalan.. just terpikir nak tidor je lah ni.. sign board Metro ni memang old school. Thomas kata tu signboard lama. memang diorang kekalkan macam tu.
Train Station Richielieu Drouot . Menuju ke La Defense Station
27.95 + 27.95 +18.65 = 74.55 EURO
Sampai di Ibis hotel dah jam 1am.. memang sampai jer hotel terus masing-masing salin baju dan tidor.. aku duk mengira budget yang habis hari ni dan entah jam berapa aku terlelap.. sedar sedar dah subuh.. hari kedua di Paris, France pun menjelma..
Bonne Nuit!!!