Followers

Monday, August 22, 2011

MAKANAN YANG HALAL MENEMPA HATI YANG BERSIH, AMALAN YANG IKHLAS

Masa saya kecik kecik dulu,saya ingat lagi yang mak saya seorang yang sangat strict terhadap pemilihan makanan..Kalau boleh setiap makanan tu dia nak masak semuanya..nak makan kat kedai makan pun dia tak bagi sebab katanya tukang masak tu belum tentu akan masak makanan dengan bersih dan baik..Mak kata,makanan menempa hati..sebab tu lah dia particular betul bab bab makanan..kalau Maggi dia cukup pantang tengok kami makan..so dulu masa kecik bila teringin nak makan maggi mesti kena tunggu mak keluar ke Terengganu ke atau pergi ziarah orang ker then kami adik beradik ambik kesempatan nak masak megi dan cuba hapuskan bahan bukti yang ada termasuklah buang pembungkus maggi ke tong sampah yang paling jauh dari Rumah.Tapi naluri ibu kita tak boleh sangkal..bila mak balik jer rumah dia tahu sangat anak anaknya makan maggi masa dia tak ada..tu cerita dulu dulu..masa kami semua tinggal dengan mak dan ayah lagi.

As the time goes by,bila kami semua dah besar dan dah mula bawak haluan masing masing,mak dah tak ada kuasa untuk control semua tu..Cuma dia selalu pesan supaya Jaga makan dan makan lah makanan yang diyakini halal dan toyyiba..entah bagaimana bila dah hidup sendiri ni saya kurang ambil berat bab bab makan ni..selagi saya yakin Halal saya makan..sebenarnya apa yang mak kata tu bersebab..makanan yang halal menempa hati..supaya hati kita bersih dan tidak berat untuk melakukan amal ibadah pada Allah,supaya Hati kita Ikhlas..itu maksud mak..Bila teringatkan hal ni, aku tahu banyak yang perlu aku ubah..Insya Allah aku nak lebih cakne tentang makanan yang di makan..

Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)




Sebenarnya aku terpanggil untuk share bab bab makanan yang halal dan bersih ni sebab masa balik kampung hujung minggu lalu Mak duk sibuk buat Mee kuning sendiri..Pakai mesin buat mee ni mak buat mee..kalau beli kat kedai maklum saja lah bahan pengawet dan pewarna ada di masukkan..kadang ada letak asid borik jugak.tu yang mak nekad untuk buat mee kuning sendiri..
.

Pakai mesin ni senang jer nampak cara pembuatannya..

Rebus mee yang dah siap dalam air panas

Kemudian Toskan..

Mee Kuning Home made siap sedia untuk dimasak
.

Mee calong ni ayah suka makan..mak masak untuk berbuka puasa..

Dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

''Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhat), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka barang siapa menjaga dirinya dari perkara yang syubhat itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya, dan barangsiapa yang melakukan perkara syubhat itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembala yang berada berhampiran dengan batas sempadan kawasan gembalaan (milik orang lain ),dibimbangi (jika dia tidak berundur ke tempat yang lebih selamat )lambat laun dia akan termasuk ke dalamnya (secara tak sengaja ). Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika dia baik, baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.

( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )

HURAIAN


Hadis ini merupakan salah satu pokok syari’at Islam. Abu Dawud As Sijistani berkata: “Islam bersumber pada empat Hadis, diantaranya adalah Hadis ini”. Para ulama telah sepakat atas keagungan dan banyaknya manfaat Hadis ini.

Sebahagian ulama berpendapat: Syubhat itu ada tiga bentuk iaitu: Pertama, sesuatu yang sudah diketahui oleh manusia tentang pengharamannya tetapi orang itu ragu apakah masih tetap haram atau tidak. Misalnya, makan daging haiwan yang tidak diketahui dengan pasti penyembelihannya, maka daging haiwan seperti ini menjadi haram kecuali kalau terbukti dengan yakin telah disembelih. Dasar yang perlu dipegang dalam kes ini adalah Hadis ‘Adi bin Hatim seperti yan dijelaskan di atas.

Kedua, sesuatu yang halal tetapi masih diragukan kepastian halalnya, seperti seorang lelaki yang mempunyai isteri, namun diaragu-ragu apakah dia telah menjatuhkan thalaq kepadanya atau belum.Hal-hal seperti ini pada dasarnya adalah harus sampai diketahui dengan pasti haramnya. Dasarnya adalah Hadis ‘Abdullah bin Zaid yag ragu-ragu tentang apakag wudhuknya sudah terbatal, padahal sebelumnya dia yakin masih dalam keadaan suci.

Ketiga, seseorang ragu-ragu tentang sesuatu dan tidak tahu apakah hal itu halal atau haram dan kedua kemungkinan ini sama-sama boleh terjadi, sedangkan tidak ada petunjuk yang menguatkan salah satunya. Hal seperti ini lebih baik dijauhi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pernah melakukannya pada kurma yang jatuh yang beliau temui di rumahnya, lalu beliau bersabda:

“Kalau saya tidak takut kurma ini dari kalangan zakat, tentu saya telah memakannya.”

Adapun orang tidak mengambil sikap berhati-hati yang berlebihan, seperti tidak mahu menggunakan air bekas yang ternyata masih suci kerana bimbang telah terkena najis, atau tidak mahu solat di suatu tempat itu ada kerana terfikir terdapat bekas air kencing yang sudah kering, atau mencuci pakaian yang masih bersih kerana bimbang terkena najis yang tidak diketahuinya, dan sebagainya. Sikap seperti ini tidak perlu diikut, sebab ia adalah berlebih-lebihan yang dipanggil dalam istilah syarak sebagai was-was dan bisikan syaitan,.

Wallaahu a’lam.
.
Artikel daripada :-


http://www.zahazan.net/index

4 comments:

Nuar said...

1st time tgk org buat mee kuning.. selama nie tau makan je.. huhuhu

Mie said...

Itulah sebabnya Azim jadi anak yang baik... penilaian dari pembacaan blog anda... serius ni...

Ejin said...

Kudos to your mum ...best nya ada homemad noodles!

kuchalana said...

it true yop.. dalam soal membersihkan hati.. makanan kne jaga.. tu kita tgk.. budak2 nakal.. lembap.. sakit2.. lelaki perangai mcm hantu.. perempuan perangai mcm jin.. smua dari makanan.. kdg2 klu kita solat xtinggal.. tapi masih byk sifat terkeji.. lihat balik pada makanan yg kita makan.. sumbernya..

ambo sokong apa yg ibu katakan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails