Followers

Monday, January 16, 2012

SUNDAY ACTIVITY : MIZUNO WAVE RUN 10 KM @ UPM SERDANG

Kembali bersiaran dari penang.

Malam tadi sampai penang dah dekat Pukul 12 malam..sampai rumah aku terus tidur jer..tak sempat nak unpacked barang ataupun salin baju.mengantuk sangat..hajat di hati nak letak kepala jer sekali hanyut sampai ke pagi..pagi ni pulak ada Workshop di IXORA Hotel sebelah Megamall Prai..aku ngan Boss aku yang jadi fasilitator..nanti ada masa aku update pasal kisah workshop tu.

Kali ni nak story pasal Mizuno Wave Run 10 KM di UPM Serdang pagi semalam..a night before dari HKL aku dan Kak Tie ambik LJ di Putra Height rumah makcik dia..Then kami ke Putrajaya untuk bermalam di rumah Yana..Thanks Yana tumpangkan rumah.sebab lagi dekat dari putrajaya nak ke UPM serdang..Tak rush sangat.


cop iklan kejap.ni racekit yang diambil pada 14 January 2012 di Jayaone PJ.Thanks Kak tie!


Ok berbalik pada story asal.

Dari Putrajaya kami gerak pukul 6.15am..actually orang dah azan tapi kami bergerak dulu ke UPM untuk solat di masjid dalam UPM..in case takut tak sempat..Then lepas solat subuh bergegas lah kami cari stadium dalam UPM..tengok kereta ada banyak so park jer lah kereta kat lereng bukit..Orang ramai dah mula membanjiri stadium.


Untuk Women Open start pukul 7 am..terkejar kejar kak Tie sebab sampai race dah mula..kategori Men Open pukul 7.10am baru flag off..so sempat lah nak warming up kejap..cuma komen aku kat stadium ni pintu keluarnya kecik sangat.so kat situ dah delay banyak masa untuk tunggu orang keluar..so kalau nak best masa korang ikut chiptime lah.jangan ikut guntime sebab dah habis 2-3 minit masa nak keluar dan mencelah.


Gambar di atas kredit to runner footprint (FB)..cuba lah cari aku yang mana satu dalam gambar kat atas ni kalau korang terer..Route di dalam UPM Serdang ni pun quite challenging jugak sebab banyak bukit yang ada..masa starting point dah seronok dan sebab turun bukit.masa nak sampai garisan penamat kena naik balik bukit yang kitorang turun tu..tapi aku enjoy lah berlari dalam UPM ni.sebab scenery nya nyaman dan best.ada tasik dan pokok yang banyak.ada lah jugak lalu kawasan bau najis tapi akau rasa tu mesti fakulti yang ada course pasal binatang.entah tak sure.But Overall another good experience for me.



Aku ada target kali ni.

Target aku ialah untuk habiskan 10 KM larian dalam masa bawah 1 Jam..dan ikut endomondo apps aku berjaya habiskan larian dalam masa 58 minit, which is my personal best for 10 KM..thats what they said right : Practice makes perfect! Alhamdulillah dapat capai target yang asal..lepas ni nak maintained kan that record yang payah tu..kena keep going lah..Thanks Yana sebab ambik gambar masa aku sampai di Garisan Penamat ni!Best lah manager aku ni!Thanks to LJ jugak sebab passkan sebotol air mineral kat aku..


Koleksi Medal kedua Untuk tahun ini..2012..akan terus mengumpul lagi..Insya Allah.


aku dan assistant manager untuk event kali ini..Thanks for coming!!


First time aku tegur Izman.This guy aku selalu perasan tiap kali berlari..at least ada 4 event dah aku perasan, sebabnya bila dah dekat dekat nak sampai mesti akan sampai lebih kurang dengan dia.pace lebih kurang sama..masa berlari tadi pun dia tegur aku.tapi takleh nak sembang sebab duk fokus.hehe.Nice to meet you bro!konpem akan jumpa lagi untuk next event.Insya Allah.


And this is Fadhlul Hadi,Juara Cabaran I Sihat bersama Kevin Zahri Oktober 2011 yang lalu..kenal dia masa join Amazing race di FRIM Oct2011..so far aku rasa dia dah lost banyak lagi berat..dan ni merupakan larian pertama dia.dapat habiskan dalam 1 jam 13 minit, such a good time for a first timer!congrats to u..lepas ni jom join lagi acara lari yang ada..


Kak Tie sampai setelah 1 Jam 37 Minit..sakan tengok dia berlari..seronok sangat lah tu dapat habiskan larian..Hopefully tahun ni pun aku berpeluang untuk berlari dengan Kka Tie di lain lain acara nanti..yang penting nak paksa dia suh training lebih sikit..selalu kak tie tak dapat training sebab situasi tak kena..tapi yang penting kali ni dapat habiskan larian,kira ok lah tu..Congrats to u kakak ku yang cantik!


us with our medal!proud!


Organizer ada sediakan buah tembikai,nasi lemak,taufu fa, waffle,air Milo dan cereal for sarapan pagi..just ambik tembikai,minum milo dan diorang makan cereal..lepas ni ada lesen besar lah nak minum milo takyah beratur panjang.hheehheee..hanya kami jer yang faham.tak perlu aku nak hurai panjang panjang kat sini.just cut it short.


macam macam ragam orang yang ada


Jumpa lagi Universiti Putra Malaysia..


and today official result for this run dah keluar..my ranking is 349/1359..ok lah tu..must work harder lagi to increase my pace..dari UPM kitorang bergerak ke Bangi bersama Sam dan Angah untuk sarapan pagi..alang alang dah ada di sini tu yang ajak dia sarapn skali..nanti ada masa aku buat entri pasal makan pagi tu..

Done with the race report.

Goodnight!!

2 comments:

Izman said...

Wah. aku pun ada. hahaha
actually ko laju 2-5 minit dari aku.

route Mizuno ni aku suka ala2 cam trail run tapi kat atas jalan. cuma sempit sikit je. rasa mcm bersesak2 nak lari. n last bukit yg mencabar. (aku jalan half time tu)

apa-apa pun, running makes me happy. n healthy n berpeluang jumpa kawan baru macam ko. so, thank u.

@xiM said...

salam izman,

running makes me happuy too..Nice to meet you..Insya Allah kita pasti akan berjumpa lagi di event event yang lain..

:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails