About AXIMUD

Sunday, January 20, 2008

Another Year Is Gone


Adik,

Abang harap adik sihat sejahtera di bumi perantauan sana..sedar tak sedar dah 2 tahun adik di mesir menimba pengalaman di daerah padang pasir itu..dalam masa dua tahun ni banyak benda dah berubah kan,kita semakin meningkat dewasa dan makin mengenal erti hidup yang sebenar nya.tapi adik perlu sentiasa sematkan dalam hati,yang tak pernah berubah sampai kiamat pun ialah ukhuwah yang telah terbina antara kita..ukhuwah yang telah terbina dalam keluarga kita..

Abang masih ingat lagi masa kita sama-sama membesar dulu,sama-sama belajar untuk mengenali dunia ni dengan lebih dekat..masa tu sangat indah kan,walau kita sering bergaduh tapi kita juga banyak ketawa bersama-sama..abang sentiasa terkenangkan waktu kita kecil-kecil dulu...ingat tak masa kita merancang nak lari dari rumah sebab masa tu mak pukul kita,kita sangka mak dah tak sayang pada kita..kita bungkus pakaian dalam kain pelekat abah dan nekad untuk lari...kesudahannya kita bersembunyi jer dia atas pokok depan rumah kita tu hingga abah cari kita...lucu kan jika di kenang kembali..abang juga masih ingat ketika kaki abang luka kerana masuk dalam roda motorsikal,saat tu adik menangis..kalau nak di cerita kan banyak lagi kisah suka duka yang tersemat indah dalam hati kita..

Adik sayang,

Sekarang segala-galanya telah berubah..kita masing-masing telah membawa haluan sendiri.adik ada perjuangan yang perlu diselesaikan,dan begitu juga dengan abang...perjalanan kita masih jauh,tapi percayalah,walau adik jauh dari pandangan mata abang nun di mesir sana namun adik sentiasa ada dekat dengan hati abang..itu satu kenyataan yang tak akan berubah sampai bila-bila..kasih sayang yang telah terbina sekian lama akan tetap bercambah dan akan terus bercambah,selama mata belum tertutup..

Sempena hari yang berbahagia dalam hidup adik ni,abang ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22.abang dan keluarga di Malaysia ni akan sentiasa doakan adik selamat dan sentiasa sejahtera menempuhi hari hari mendatang di daerah orang..cabaran lah yang akan mematangkan diri kita,dan jangan pernah gentar dengan sebarang dugaan yang datang..itu semua ujian daripada-Nya untuk menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya..Abang sentiasa akan mendoakan kesejahteraan adik di sana.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran adik..semoga di panjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..abang dan keluarga sentiasa akan menantikan kepulangan adik..jaga diri dan jangan lupa ya untuk mengirimkan berita buat kami di sini..Assalamualaikum.


I'm wishing you a very HAPPY BIRTHDAY, may all the joy and happiness will always be yours.

You always be a wonderful sister to me

HAPY BIRTHDAY MY LIL SIS,I LOVE YOU!

2 comments:

  1. i dont know why im crying while reading this letter..mm..d way u wrote d letter i can feel d love bonding between u n ur sis.congrates from me :).

    ReplyDelete
  2. yup.. me too..
    d 1st time i read this i'm touched.
    dats d love between brother n sister kan?
    i feel it too..

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..