Memang menyedih dan memenatkan andai apa yang kita sering cuba usahakan dan lakukan seolah-olah tidak memadai dan mencukupi.Ada saja kekurangannya di sana dan sini.Bukan kita cepat untuk merasa putus asa.... cuma sebagai manusia kadang-kadang kita merasa penat.Tapi meski penat, kenapa kita masih tetap meneruskannya....? tak lain kerana kita masih menghargai sesuatu itu dan tidak mahu ianya berkubur begitu saja.Jadi, kita lupakan penat kita.... sakit hati kita....semata-mata kita inginkan ianya menjadi sesempurna mungkin.... tapi makin kita cuba...makin kurang sana sini.Mungkin itulah kekurangan terbesar yang ada pada diri kita.
Mengucapkan sesuatu kata memang semudah menuturkan A B C tapi menyelami dan menghargai akan rasa itu tidaklah semudah yang disangka, apa gunanya mengucapkan kata-kata itu setiap saat dan ketika andai di saat amarah memuncak pertengkaran berlaku hilang entah ke mana rasa itu.... seolah-olah apa yang pernah diucapkan itu bagai hilang ditelan angin.Hingga keluar kata-kata kurang enak yang sangat-sangat memedihkan untuk dikenang.Apakah pengucapan rasa yang diucap selama ini tidak mampu menyejukkan kepanasan hati yang membara....?
Kata orang hidup perlukan give and take... ataupun bertolak ansur.Pengertian give sangat meluas.... give bukan hanya sekadar 'memberi' sesuatu yang boleh dilihat oleh mata kasar berupa material... tapi juga termasuk pemberian abstrak berupada perhatian... memahami....bertolak ansur... kasih sayang dan mempercayai... bagi saya memahami dan bertolak ansur itu antara yang paling penting.. kerana dari situlah akan wujudnya perasaan-perasaan lain tanpa disedari - tapi, percaya atau tidak... kadang-kadang tanpa sedar kita kekurangan dengan rasa-rasa seperti yang disebutkan itu.
Mungkin cara kehidupan kita berbeza.... lingkungan kita dibesarkan juga mempengaruhi semua itu.Ada orang lahir dan dibesarkan dengan kekurangan 'santapan jiwa'.... ada orang yang membesar dengan perhatian yang penuh...ada orang hidup dan membesar dengan banyak persoalan yang bersarang dalam hati.... hingga bila tiba saat menjalinkan perhubungan kita seperti merasa tertekan kerana tidak mampu memberi sepenuhnya seperti apa yang diharapkan.... bagaimana kita mampu memberi sepenuhnya seandainya kita sendiri masih kekurangan dan memerlukannya.... dan kerana itulah hidup ini perlu saling melengkapi... memberi dan menerima akan membuatkan perasaan tertekan itu menjadi reda kerana masing-masing cuba menerima dan memahami kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain.
Kebahagiaan itu tidak dimiliki...tapi dicipta...
hurmmm....

Benarkah di ujung setiap penderitaan selalu menunggu jalan terang? Ketika gelap menyempurnakan dirinya, harapan pun meredup.Ketika banyak jalan menjadi buntu, satu-satunya yang tersisa hanyalah doa.... dan keikhlasan...
Serta satu langkah lagi ke depan...
someone somewhere is made for u (aku suke ayat ni azim..from dil to pagal hai d movie..)
ReplyDeletedeep very deep...
ReplyDeleteanyway, it's a good one!!!
great writing!!