About AXIMUD

Saturday, February 16, 2008

Minggu yang MenyesakKan

Azim rasa minggu ni minggu yang agak sibuk..dari hari isnin sampai hari jumaat ada jer program yang di laksanakan kat tempat kerja..tapi ok la jugak sekurang-kurangnya dapat belajar benda-benda baru,dan yang bestnya sebab ada makan free,haha,antara aktiviti yang dah berlaku minggu ni:
  • Isnin-Port Dickson,menghadiri workshop bagi komuniti dandang dan kitaran kimia,petang tu terus pulang ke Penang.
  • Selasa-bersiap sedia untuk surveillance audit bagi ISO9001 (auditor dari SIRIM)
  • Rabu-Audit masih dalam perlaksanaan,dan stesen berharap untuk zero NCR
  • Khamis-TRIS (Tenaga Risk Information System) Seminar
  • Jumaat-SRP(Standard Reporting Procedure) for Machinery Breakdown

Azim sedikit lega sebab esok adalah hari minggu,dan esok ada majlis persandingan teman baik di Parit Buntar(majlis Jili dan Senah).Kena pergi juga majlis ni sebab masa mereka bernikah di Tapah minggu lepas azim dah tak dapat pergi.nanti majlis kahwin azim diorang tanak datang pulak,hehehe..

Tetiba azim dapat mesej dari Jili:

'azim,kalau tak keberatan boleh tak jadi pengapit aku esok?awang tak dapat datang la,dia ada hal..tema kitorang esok ialah hijau..'

azim tersenyum baca mesej tu..dalam hati berkata,'why not..?'dan azim pun balas mesej tu bersetuju untuk jadi pengapit diorang esok..kiranya esok azim akan jadi pengapit bidan terjun.terjun pun terjun la,asalkan dapat jugak pengalaman untuk jadi pengapit teman baik bersanding.

nanti balik rumah azim nak kena cari baju melayu putih atau krim,untuk sesuaikan dengan tema hijau bagi majlis esok..tapi jangan bimbang,azim will not stole their thunder tomorrow,dont worry ya Jili and Senah.

Azim harap semuanya akan berjalan lancar esok.

*tadi azim apply cuti untuk hari isnin..cuti saja-saja,hehe

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..