Pernah tak kalian berada di kalangan rakan rakan yang ramai tetapi masih lagi merasa sunyi..saya mungkin tidak berseorangan tetapi apa yang lebih tepat ialah saya kesunyian..mungkin jiwa saya tak pernah puas mendambakan rasa itu..satu rasa yang semua orang impikan,satu rasa yang semua insan inginkan..tak pernah terfikir dalam hidup saya sampai begini jadinya hidup saya,semata mata ingin memburu rasa itu.dan sekarang rasa itu seperti tidak pasti dan terawang awang,menunggu masa sahaja untuk di bawa pergi oleh angin lalu..angin mungkin akan membawa rasa itu dan singgah dalam hati insan yang lebih memerlukannya.dan hingga saat ini kenapa ia gagal untuk singgah di hati saya?
Saya akui memang saya tak pernah menjadi insan yang sempurna.tapi saya sering ingatkan diri saya agar jadi yang terbaik..dan mungkin hingga saat ini saya masih belum dapat menjadi yang terbaik,bagi diri sendiri ataupun bagi diri manusia lain yang berdampingan dengan saya..kalau kita singkap tabir pengertian yang terbaik itu amat luas dan sebenarnya ia amat berbeza bagi satu insan dan satu insan yang lain.ada orang mementingkan kemewahan dalam hidup.ada orang memntingkan kerjaya dalam hidup.ada orang mementingkan keluarga dalam hidup.dan ada orang mementingkan orang yang tersayang dalam hidup.bagi saya,semua itu sama penting dan haruslah di seimbangkan agar kita dapat jalani hidup dengan gembira dan bahagia.
Ya,mungkin saya sudah dapat mencari jawapan bagi persoalan yang sudah lama tiada noktah.jawapan kenapa saya belum lagi dapat membuat yang terbaik dalam hidup.mungkin kerna saya masih belum untuk dapat menyeimbangkan semua keperluan hidup itu secara adil.dan atas sebab itu ramai insan yang terluka,banyak hati yang terguris dan saya tahu itu semua disebabkan saya..saya tahu bahawa saya tidak boleh menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri sahaja tanpa memikirkan orang lain.tanpa memikirkan situasi insan lain.tapi seperti yang saya pernah katakan sebelum ini,saya mungkin sudah penat dan tak mampu.
Saya tak mampu lagi untuk menjdi wira dalam hati semua orang yang berada dekat dalam hati saya.
Saya mungkin tak upaya untuk menjadi raja dalm diri orang lain.
Dan yang paling pasti ialah saya mungkin tidak layak untuk menjadi kebanggaan dalam diri sesetengah insan..
Hmmmm entah lah..saya bukan merungut ataupun mengeluh..ini semua bagi saya hanyalah permainan hidup yang tak sudah sudah dan tak mungkin akan pernah habis...kerna setiap hari ada sahaja permainan baru untuk kita...permainan yang mewajibkan kita untuk menjadi perserta bagi acara acara yang telah diaturkan...sebagai hamba tuhan,saya hanya perlu akur dan mengikuti perjalanan yang telah di aturkan itu dengan sepenuh langkah saya.
Sama ada langkah saya itu lemah,longlai ataupun kuat,hidup mesti diteruskan.... semoga esok menjanjikan sinar baru buat kita semua.
Yang nyatanya hidup itu satu keindahan yang perlu di cari.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..