Lanjutan daripada episod pedih semalam,maka pagi ni saya nekad untuk berjumpa doktor dan terpaksa untuk tidak ke tempat kerja...Badan saya rasa lemah-lemah sebab dari semalam sampai ke pagi saya muntah-muntah dan cirit-birit..mungkin semua air sudah keluar dari badan jadi saya harus minum air masak banyak-banyak.
Menuju ke Klinik Amar..klinik ini ialah klinik panel bagi syarikat saya.
Masa saya sampai orang tak ramai pun.cuma seorang saja,jadi ini memudahkan urusan.Bila berjumpa dengan doktor:
Saya:Dok,saya dari semalam muntah dan cirit-birit..
Doktor:Kamu tersilap makan ni...(seraya mengambil stetoskopnya dan menghalakan pada perut saya)
Saya:Saya pun fikir begitu...mungkin kerna makan terlalu pedas dan bercampur-campur..
Doktor:Saya akan bagi ubat cirit-birit,dan kamu kena elakkan dari makan makanan berminyak dan pedas...faham?
Saya:errrr....faham dok...tapi dok kena bagi MC kat saya..
Dan selepas nama saya dipanggil untuk ambil ubat,di sertakan sekali sijil akuan sakit a.k.a MC...Sekurangnya ada la bukti untuk bagi kat boss esok.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..