Amaran kepada Guan Eng - Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum – PM
PUTRAJAYA 12 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.
Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada “kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.”
Abdullah memberitahu Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan para pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di sini bahawa DEB yang diperkenalkan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebenarnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ini telah memberi faedah kepada semua kaum.
“Saya ingin bertanya kepada DAP, kaum manakah yang telah menjadi lebih miskin kerana DEB?
“Saya ingin juga memberi peringatan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya jangan menimbulkan keadaan di mana ketegangan antara kaum boleh berlaku,” tegas Abdullah yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Beliau berkata, kerajaan baru negeri Pulau Pinang tidak harus meminggirkan orang Melayu yang merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang dan kumpulan minoriti yang lain seperti kaum India.
“Jangan pinggirkan orang Melayu dan kumpulan minoriti seperti orang India.
“Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, apakah rancangan DAP untuk membantu orang Melayu,” katanya.
Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan tetap membela golongan berpendapatan rendah dan akan teruskan bantuan khas kepada orang Melayu.
– Bernama
AKIBATNYA TERJADI SEDIKIT RUSUHAN DI PULAU PINANG.DAN MENTERI PULAU PINANG BARU TETAP AKAN TERUS BERKERAS UNTUK HAPUSKAN DEB.
KLIK SINI UNTUK BERITA LANJUT.
*aku berharap agar keamanan di Malaysia amnya dan pulau pinang ini khususnya dapat di pelihara...bukankah kita harus hidup dalam keadaan harmoni?
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..