About AXIMUD

Sunday, March 30, 2008

Trasure Hunt 2008

Hari ni kompeni saya anjurkan pertandingan treasure hunt.Saya tak ketinggalan untuk menyertai aktiviti ini.Seronok tu dapat bersaing secara sihat dengan anggota kerja yang lain..at least tak la setiap hari nak fikir masalah kerja je kan..
Ni merupakan peserta-peserta yang menghadirkan diri bagi aktiviti ini.Laluan yang akan di gunakan ialah dari Seberang Perai ni ke Lata Bayu,Kedah.Jumlah kereta yang akan bergerak dari check point ini ialah 12 buah kereta.Dan seperti biasa bila kita bercakap pasal treasure hunt mesti ada petunjuk-petunjuk dan misteri yang perlu di selesaikan.

Nasib baik soalan tak tricky sangat,tapi ada juga satu soalan yang kami tak dapat nak jawab...tapi tak apalah,sekurangnya kami dah mencoba yang terbaik..actually sampai awal atau lambat bukan menjadi keutamaan-keutamaan adalah di berikan kepada peserta yang berjaya menyelesaikan semua misteri dengan tepat.

Inilah dia Lata Bayu,air terjun di negeri kedah.Nice place untuk family-family bawak keluarga berkelah.
Sementara menunggu ketibaan peserta yang lain,saya berjalan-jalan sekitar kawasan air terjun.menariknya kerana tempat ini dijaga dengan penuh rapi,sekurangnya tiada sampah-sampah yang bersepah di sana-sini..maknanya memang tempat ini telah di berikan penjagaan yang penuh oleh pihak yang terbabit.

*anak-anak staff sibuk mandi-manda di sini.

*acara penyampaian hadiah di mulakan bila semua peserta telah tiba di lata bayu ini.

*semua peserta tabah menunggu keputusan..dan diumumkan pemenangnya...

*tempat ketiga:kumpulan encik kamal(ni group saya,hehe,dapat gak hamper)

*ni kumpulan nombor dua:kumpulan en.Lin Tuck Wah

*Dan tempat pertama di menangi oleh pasangan suami isteri,En.Saraani dan Puan Azmah.

Tahniah kepada semua pemenang.
*bergambar bersama urusetia yang bertungkus lumus menjayakan majlis.


Tapi sayangnya saya tak sempat nak mandi-manda di sini.Ada panggilan di tempat kerja dan kami harus beredar awal.Tapi tak mengapa,sebab objektif utama aktiviti ini ialah untuk mengukuhkan lagi hubungan sesama melalui aktiviti riadah sebegini.

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak penganjur!!

*aiyaaa.....ingat dah boleh rehat-rehat sikit...sekali kena kerja jugak daa....takpe lah,lain kali kena datang lagi..sebab hasrat nak mandi-manda belum tercapai.

4 comments:

  1. waaa...cantiknya tempat tu... macam kat Kota Tinggi punya waterfall... laen kali nak ke sana gak lah... best

    ReplyDelete
  2. best ek treasure hunt ni..penat kan..

    ReplyDelete
  3. cantik air terjun tu xim..lenkali ajak akak okeh! ;p

    ReplyDelete
  4. beruangmadu--->macam kat kota tinggi ekk abang bear..besh tempat nih,len kali try la datang ngan house mate tuh...bleh amik gambar cantik-cantik nanti...cheers!

    ita.itu--->besh kak ita...penat tapi hepi...nak men lagi len kali..

    wiween--->akak,tempat tuh cantik sngat...nanti datang la bawak famili berkampung kat situ...hehe

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..