Penyakit sombong yang menimpa umat adalah suatu gejala emosi yang merasa diri lebih dari orang lain, kerana seseorang itu merasa lebih cantik,lebih kaya, lebih berpangkat dan lain-lain. Malah kalau sifat sombong itu sudah sampai kepada tingkat yang lebih tinggi, seseorang itu akan menjadi takbur.
Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahu pun dalam perkataan. Sebagaimana firmanALLAH yang bererti:
Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahu pun dalam perkataan. Sebagaimana firmanALLAH yang bererti:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga-banggakan diri."-(Luqman:18)
"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."- ( Luqmqn:19)
Apabila sifat sombong itu bersarang dalam jiwa orang yang berkuasa, maka akan timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyatnya.
Bagaimana untuk mendapatkan hati yang bersih?
1- Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
2- Hendaklah hati itu sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau pun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hatiini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di-sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit
3- Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demiketeguhan dan kebersihan hati.
*Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....sama-sama kita cuba baiki diri kita dari semasa-ke semasa ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..