Selamat Hari Ibu..Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu yang berada di kampung...semoga ibu sentiasa dalam kedaan sihat dan sejahtera..Ibu,jaga ayah baik baik..kesihatan ayah bukanlah berada dalam keadaan yang stabil sangat..jadi saya mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu walau di mana saya berada.
Saya nak ibu dan ayah tahu walaupun saya berada jauh di negeri orang tapi doa saya terhadap kalian tak pernah luntur..Walaupun saya akui saya bukanlah anak yang begitu sempurna tapi setiap kali pun saya akan cuba ingatkan diri sendiri agar tak bisa melupakan kalian berdua.
Selamat Hari Ibu sekali lagi saya ucapkan.Terima kasih ibu dan ayah atas segala-galanya..
Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi sebuah kisah mengenai ibu..kisah ini sudah lapuk tapi pengajaran yang tersirat perlu dijadikan iktibar...insya Allah..
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Renung-renungkanlah kandungan cerita ini..semoga kita semua sama-sama berusaha untuk menjadi anak yang soleh/solehah..
*kadang-kadang kita terlupa untuk mendoakan kedua ibu bapa kita dek sibuk dengan urusan sendiri..tapi apa-apa pun,kenanglah jasa mereka sampai mati.
SELAMAT HARI IBU BUAT MAK AWAK, MAK SAYA DAN SEMUA IBU2 DI DUNIA NIE...TANPA ANDA SIAPALAH KAMI..SEMOGA BALASAN SYURGA TERTINGGI BUAT ANDA SEMUA YG SABAR MELAYAN KERENAH KAMI...
ReplyDelete-PAH-
u make me cry.... abang selalu berimpian nak dirikan sebuah mansion yg besar untuk ibu abang dgn 9 bilik utk adik beradik abang ... tapi ibu aban gpergi sebelum sempat semua tu terlaksana...
ReplyDeleteAzim dari negeri mana yer??
Selamat hari Ibu especially buat ibu axim. Selamat hari ibu juga buat semua-semua ibu di luar sana.
ReplyDeleteohhh axim, mekasih sebab selalu follow blog saya thru Nikli's link.
rasanyer rizal pernah juga sampai ke sini, tapi tak sure laa pernah tinggal komen atau tidak..
kalau selalu singgah kat restnrileks..buleh ajaer kita tukar2 link. hihi..
selamat berblogging and have a great day everyday.. =)
pah--->tq pah...semoga semua para ibu akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak..ameen..
ReplyDeleteabg Bear--->takper abg..doakan la ibua abang tu selalu..semoga dia tenang di alam sana..my siblings pun 9 orang jugak...saya ni orang pantai timur..teka la org mana..hehe
rizal--->tq rizal for da wish...elok la tuh..jom kita exchange link k..already link urs..tq.
ReplyDeletehpy mother day ye..semoga mak axim sihat sejahtera dan dpt menantu cpt2 ..hehe
ReplyDeleteita.itu--->thanks for da wish..tapi wish yang last tuh yang tak tahan..haha
ReplyDeleteselamat hari ibu ...
ReplyDeletemasih x terlewat .. sebabnya hari2 tetap hari buat ibu kita kan
;)
wat a nice entry..!!
ReplyDeletethanks for sharing this..!!
*Touched..