Aku baru sahaja selesai membuat panggilan kepada ayah.Dan dari keputusan makmal mengenai ujian darahnya,ternyata kadar keracunan dalam darah adalah tinggi dan doktor mengesyorkan supaya ayah segera menjalani pembersihan darah ataupun Hemodialisis..Buah pinggang ayah nyata telah gagal berfungsi akibat terlalu banyak dos-dos ubat yang ayah ambil selama ini.
Sebagai anak,aku sangat sedih bila aku mendapat tahu berita ini.ayah tiada pilihan,melainkan menjalani hemodialisis dengan jadual yang rapi.Dan hari ini meupakan hari pertama ayah akan menjalani rawatan tersebut di Hospital Kuala Lumpur.Hati aku seakan-akan ingin terbang dan menyaksikan saat ayah harus menjalani rawatan.Kau tahu,doktor harus menebuk leher ayah untuk di masukkan tiub bagi tujuan tersebut.ohhh...aku longlai bila mendengar perkhabaran itu.
Kata doktor lagi,rawatan ini harus dibuat 3 kali seminggu..jadi aku tidak tahu berapa lama lagi ayah akan berada di sana.Cumanya yang pasti hujung minggu ini aku harus ke Kuala Lumpur untuk bertemu ayah dan keluarga.Sekurangnya aku nak ayah tahu yang anak-anak sangat mengambil berat akan kesihatan dia.
Ayah,axim doakan yang terbaik untuk ayah.Selama mana anak-anak mampu untuk tolong,kami akan sentiasa ada di sisi ayah.Mak jangan risau sangat ye,,,,yang penting mak jaga ayah dengan baik sepanjang di hospital..Insya Allah,kita akan jumpa hujung minggu ini.
*ini gambar kami sekeluarga 2 tahun lepas..sebelum mak dan ayah berlepas mengerjakan haji
*yang belah kiri tuh ayah..dan yang belah kanan tu adik ayah a.k.a my uncle(pernah nampak tak muka dia dalam TV?)
Apa-apa pun,saya akan doakan yang terbaik untuk ayah..Kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan ayah.Aku harap rawatan ini akan berjalan dengan lancar.moga di permudahkan urusan..Insya Allah.
*walau sekejam mana pun realiti kehidupan,kita harus tempuhi juga dengan tabah.Aku menjadi lebih berani.
axim hope ur bapak cepat sembuh okeh.. kite hanya mampu berdoa agar kesihatannye lekas sembuh... :)
ReplyDeletesemoga bapak awak cepat sembuh yer
ReplyDeleteparents kiter pun ada masalah kesihatan..eps my mom..kiter sebagai anak hanya buat yang terbaik dan berdoa agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik..
axim,sama2 kita doakan ur dad cpt sembuh ok..
ReplyDeletenasazfrog,mumysyafie,chacha--->mekasih atas doa anda sekelian...semoga ayah axim akan baik2 saja...insya Allah..
ReplyDeletehoefully ur dad will go throught he treatement well...i think i kenal adik ur dad tu...
ReplyDeletemalim-->insya Allah...kenal ekk adik my dad tu?siapakah beliau..haha
ReplyDeleteHalamak Zim... kesian abang dengar. Mudah2an Ayah Azim dapat lalui nya dengan tabah.
ReplyDeleteKebetulan sangat abang buat entry untuk esok berkenaan dgn toksik toksik nih...
Simpan segala yang diberi
ReplyDeleteIngat tiap yang datang itu dari hati
Moga nan terus mengilhami
Kala diri tinggal sendiri
Tabah untuk Ayah
Kerna dia pedih melihat ku susah
Sabarlah..Tiap yag hidup akan mengalami ujiannya..
ReplyDeleteSemoga ayah azim tabah menghadapi ujian ini..sentiasalah menjaga hatinya dengan melakukan apa yg sesuai k..Perhatian anak2 penting utknya..
yang, hope ur dedi cepat sembuh k?banyak berdoa dan bersabar.t g kl.kemsalam, cakap kawan kemsalam.
ReplyDeletetake care anyway
moga ur dad cepat sembuh n sihat sejahtera kembali..insyaallah.
ReplyDeletehi, i'm zach.. 1st time here. how r u? sorry about ur father.. anyway, its better for him to go thru hemodialisis.. kalo tak salah i 3 kali seminggu kot, anyway he got used to it later. beside berdoa kehadrat Ilahi, maybe ur moral support gonna help him a lot to go thru this procedure.. its not painful but leceh skit la.. well all da best. always look at da positive side k.. take care. u have a good one.
ReplyDeletecheers!! zach
semoga ayah axim cpt sembuh..doakan yg terbaik utk dia ye..amin
ReplyDeleteberuangmadu--->abg,nanti axim baca entri pasal toksik tuh..nak jugak tahu bila ayah da jadi camni..
ReplyDeletemuqreez--->terima kasih muqreez atas kata-kata semaangat tuh..
adrifza--->betul tu ad..perhatian ank yang paling penting untuk kedua ibu-bapa kita...
ted--->yang,tq...nanti i ckp kawan kemsalam...u take care too..
ReplyDeletebash--->insya Allah...sama-sama kita doakan..
zach--->welcome zach...haah,memang kena wat 3 kali seminggu...masa buat dialisis tu tak sakit,tang kena tebuk leher tu yang my dad kata sakit sangat...poor him...huhu..yup,tq for ur advice..i'll try to look at da positive side...(how about ur link?)
ita.itu--->tq kak ita...sama-sama kita doakan k..amin...
I don't have a link.. actually tak banyak masa nak maintain. setakat nak visit and leave a comment tu bleh lah.. tahu-tahu ajerlah keja kat hospital macam mana kan? nyawa orang kat tangan kita.. takper, ur dad will b just fine. jaga makan minum dia k. u too buddy.. take care. u have a good one.. cheers!
ReplyDelete-zach-
turut doa agar ayah hang sembuh..
ReplyDeletedengan izinNya, InsyaAllah..