About AXIMUD

Thursday, February 5, 2009

Mengejar Bayang Di Medan Tari

''Aku Sedih Zuma..Sadari tadi aku mula belajar untuk terima hakikat-Dia bukan milik aku lagi..Nyatanya aku bukan pilihan..hmmmppphhhh...tak pernah aku rasa sedih macam ni''

Perlahan Surya mengeluh,meluah bicara.Kelihatan manik manik air mata turun laju dari pipi mungil itu,cukup untuk mencerminkan keperitan hati yang di tanggung.Zuma hanya mampu mendengar dan turut menahan rasa.Ini bukan kali pertama Surya jadi sebegini.Sebelum ini Zuma sudah arif benar dengan rentetan hidup Surya yang entah bila akan tiba ke penghujung muara,seperti Kolek yang terpuruk stabil jika menjejaki muara sungai.

Tapi Zuma tidak berdiam.Sekurangnya dia tahu dia sentiasa wujud untuk Surya.Sekurangnya dia tahu Surya tetap senang meluah butir masalah kepada dirinya.Sekurangnya Zuma sedar Surya masih perlukan dia di sisi.Itu Zuma tahu.Cuma yang Zuma tak tahu tentang isi hati Surya.Masakan dia dapat menerka isi hati insan lain yang sering berubah-ubah..Kadang hati juga bisa jadi seperti sekali air bah,sekali pantai berubah.Itu tetap Zuma tidak tahu,dan mungkin dia tidak mahu tahu.

''Aku kira kau sedih sebab dia tersurat bukan untuk jadi milik mu lagi bukan?Untuk jiwa yang kau tak pernah punya mengapa harus kau bersusah memendam rasa?kadang aku hairan dengan kau Surya..aku betul betul hairan..''

Zuma cuba memulangkan Paku buah keras.Bukan hasrat di hati untuk menempelak Surya,tetapi sekadar ingin merungkai persoalan yang sudah lama berada di Benak mindanya sejak sekian lama.Walaupun mungkin tiada jawapan dari Surya sekurangnya dia tetap puas.Puas sebab dapat melahirkan rasa hati.

''Sayang dan kasih aku pada dia tetap macam dulu Zuma..Kenyataan yang tak pernah berubah dari dulu lagi..Kalau dia mampu mengerti beban yang aku tanggung ini,pasti dia akan kembali dan bermimpi untuk mencorak hidup bersama-sama aku..Tapi......''

Manik air mata itu kembali berjuraian..Surya menangis dan terus menangis.Zuma bungkam.Namun tetap memberi ruang pada Surya untuk melepaskan segala kekusutan agar segala kesakitan dalam jiwa sedikit terlerai.Dalam kekalutan itu perlahan Zuma menyeka air mata Surya.Kesedihan Surya juga kesedihan Zuma.

''Yang sudah tu sudah Surya..Tak guna kalau kau terus bersedih sebegini sedangkan jasad yang kau puja terperosok di mana mana sudut dunia sedang bergembira,meraikan hari bahagia..aku faham kalau-kalau kau masih tak mampu untuk telan kenyataan tapi tak dapat tidak,mulai sekarang kau harus belajar.Belajar untuk melepaskan sesuatu yang pasti tidak pernah akan kau miliki.dan anehnya kau juga tahu bukan kenyataan itu,cuma kau membuta tuli kan pancaindera yang tuhan kurniakan sekadar untuk mengikut kata hati yang tak seberapa itu.Ikut hati mati,ikut Nafsu lesu Surya..''

Panjang lebar Zuma berkata-kata,namun belum sempat Surya mencelah dia kembali untuk bicara

''kau yang aku kenal bukan sebegini Surya..aku kenal kau sebagai insan yang tabah,yang mampu berdiri atas kaki sendiri dan tak mungkin tergugat hanya kerana seorang manusia yang bergelar lelaki.aku akui kau meang sayangkan dia sepenuh hati,tapi itu cerita dulu.Jangan kau mahu hidup dalam kenangan silam dan melupakan segala keindahan di hadapan,semata-mata kerana dia-kelak kau yang akan rugi..bukan orang lain,tapi diri kau sendiri..Sudah lah Surya,yang lepas biar lah lepas,kita mulakan hidup baru dan melangkah bersama-sama ya...''

dengan lemah Surya mengangguk..tapi kali ini dia tersenyum.Senyuman tawar yang Zuma kira ikhlas,lahir dari hati.

**********************************

''Terima kasih Zuma..aku hargai kata-kata yang kau beri..semoga kita sentiasa akan jadi sahabat sehidup dan semati..''
-Surya

''jangan Khuatir Surya,apa sahaja yang terjadi kau tetap akan ada aku''
-Zuma

Bersaksikan Camar putih yang terbang dan pepohon kelapa melambai mesra,mereka berdua mengorak langkah,meneruskan baki sisa perjuangan yang entah bila akan selesai..

*Cinta kau dan dia ibarat mengejar bayang bayang sendiri..dia akan selalu mengekori kau tapi kau takkan pernah dapatkan dia walau dalam mimpi atau anganan sekalipun..

21 comments:

  1. pergghh..puitis siot..tapi...saye x paham..hahahah

    ReplyDelete
  2. yeah - me too. i dun really understand the whole thang.

    but it is nice! good job. hehe

    ReplyDelete
  3. bro, jiwang sket neh.. adoiiii...

    hahaha~

    ReplyDelete
  4. cnta apa yg ko cari mlainkan pada yg satu

    ReplyDelete
  5. ayat yg last skali 2(wane kuning) menusuk betul..

    ReplyDelete
  6. ARASH 910,

    pUitis tak puitis sangat laa..

    :)

    ReplyDelete
  7. Ddyana,

    ko tak paham??

    aku pun tak paham..

    hwarghhwarghhwargh...

    *sewel kan lawak apek senario!

    ReplyDelete
  8. Jerry McGuire,

    AS long as you enjoy that i'm honoured..

    :)

    ReplyDelete
  9. Iyrah,

    jiwang skit sikit takper..hehe..nanti orang bosan plak asyik duk bubuh gambar makanan jer..sekali sekala bertukar angin..

    :)

    ReplyDelete
  10. Ab Geldofg,


    Cinta pada bunga,akan layu
    Cintakan Manusia,manusia mati

    Cintakan Ya Rabbi,Kekal Abadi..

    Pilihlah yang mana satu..

    ReplyDelete
  11. Farhana Abu Bakar,

    Cuba kau dapatkan bayang bayang sendiri..pasti hingga kiamat tiba sekali pun kau masih gagal untuk mendapatkan bayang bayang kau sendiri itu..

    :)

    ReplyDelete
  12. kita tengok je la byg2 tu...dah tak dapat..


    MUSTARDDDDDDD!!!!

    ReplyDelete
  13. serius bebenor.... biar bayang2 tu pulak yg kejarr.... :)

    ReplyDelete
  14. huhh lame tak ke sini.... amacam sihat?? hehehehe...:)

    ReplyDelete
  15. to Surya..
    tabahkan hati.. kuat kan semangat.. life must go on..

    sometimes mmg dh tersurat..
    org yg kite sayang sgt sgt bukan utk kite.. slowly kite kene redha n accept.. even benda tuh pedih n pahit.. but kene move on gak kan?
    :)
    u go gurl!!!

    to Zuma..
    saat2 nih.. Surya sgt sgt memerlukan kamu.. as a bestfren, bg laa support kat dia.. dia perlukan kamu..
    :)

    ReplyDelete
  16. ish..ramainya nak jadi penulis sekarang ni.. bagus..bagus..!

    tu bayang axim ngan anies kan?

    ReplyDelete
  17. *Cinta kau dan dia ibarat mengejar bayang bayang sendiri..dia akan selalu mengekori kau tapi kau takkan pernah dapatkan dia walau dalam mimpi atau anganan sekalipun..*

    suka baca ayat tu axim...sungguh mendalam makna di sebalik nyer....

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  18. enta,bagi ana la,bayang2 tu sebahagian dari diri sendiri.mengapa perlu mengejar sedangkan di tangan segala solusi...
    jadikanlah bayang itu jasad yang realiti..corakkannya dengan murni dan hati2 hingga ia mampu berbicara dan saling menasihati ke jalan yang hidup yang hakiki...
    ana mungkin tak memahami situasi tapi mungkin apa yg ana tulis di sini berguna buat enta...
    juz think about it ok...

    ReplyDelete
  19. mcm kenal je gambar bayang2 tuh la ...

    kan kan kan ??
    :D

    ReplyDelete
  20. Bagi abg bear berkhayal dan bermimpi adalah punca utama kemajuan manusia... kerama impian dan angan2 lah maka hari ini kita dapat terbang ke sana ke sini... begitu juga impian untuk memilikki

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..