About AXIMUD

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Maju Jaya!!

Salam Hari Selasa..

Kisahnya minggu lepas ari jumaat(26 jun 2009) sepatutnya ada satu majlis makan-makan sempena meraikan seorang staff aku yang akan bertukar ke Manjung,Perak.Jadi aku ngan Boss aku pakat-pakat nak buat majlis farewell la konon-kononnya.Dah order dah petang jumaat tu(makanan untuk 10 pax),sekali saat akhir makcik kantin tu kata terpaksa kensel atas sebab yang tak dapat di elakkan.Hangin satu macam aku di saat itu!!

What to do,terpaksa postponed la majlis farewell tu pada 29 jun 2009(semalam).nasib baik semalam hari last staff aku tu kat sini,kalau tak memang takder majlis la jawabnya..dah takder orang nak masak,aku malas nak pikir panjang rasa macam nak buat sendiri jer la makanan untuk majlis tu.Buat Bihun Goreng sudah..simple and easy.

Di pagi yang hening maka bermulalah al-kisah seorang anak bujang trang tang tang duk kat dapur wat bihun goreng untuk 'farewell party' bagi meraikan staff yang telah mendapat promotion untuk kesekian kalinya..

barang basah GIANT mariiii..

Udang-Ayam-Sotong

lepas da tumis bawang putih bawang merah buh cili giling buh sos tiram buh garam sikit masukkan ayam udang sotong ni.

dengan api sederhana tunggu barang mentah masak

Then masukkan bihun(rendam la dulu sejam dua ok..)

Gaul hingga sebati dan Bihun menjadi lembut

masukkan sayuran yang dah di potong-Gaul lagi

SIAPPPPP!!untuk 20 orang makan pun buleh banyak ni


Nasib la tak lambat pi kerja dan secara sederhana majlis kecil-kecilan ini berlansung pada jam 8.30 pagi (tu pun nak kena Rush sebab aku ngan encik Boss ada meeting,audit baru nak bermula nih).Sepatah dua kata Boss aku cakap,then semua staff yang lain turut memberikan sepatah dua kata bersempena kenaikan pangkat seorang daripada mereka.


Staff yang di raikan-En.Shrom Abd.Hadi..sewaktu mula mula aku kerja kat sini dia dah ada..orang lama ni..memang senang nak bekerjasama ngan dia..senang citer memang boleh di harap la..pasni aku pun tak taw camana la gamaknya bila dia dah takder..takper..patah tumbuh hilang pasti berganti.

sessi pemberian cenderamata kenang-kenangan

majlis makan makan pun bermula

Bihun goreng sapa buat ntah..sedap semacam jaaa..hehe

Boss aku ada tanya mana dapat bihun goreng nih..aku kata goreng sendirik dia tak percaya..haha..dia kata mesti Girlfren atau makcik bawah rumah aku yang masak..aku senyum jer lah..takpaa,janji bihun goreng tu orang boleh telan aku dah berpuas hati..No complaining at all..:) Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

a
Kepada Abang Shrom,selamat Maju Jaya di tempat baru!!semoga amanah yang Allah beri tidak di sia-sia kan..Saya Doakan kamu berjaya di sana!!rajin rajin lah melawat kami di sini jika ada kelapangan nanti yaa..Insya Allah.
a
*Minggu ni minggu audit di stesen..Dan Petang ni aku akan berangkat ke LANGKAWI lagi untuk kesekian kalinya..ahhhhhhh aku kira aku sudah bosan untuk ke sana..tapi atas sebab kerja kena la pi jugak kan..kan best kalau audit kena pi Sabah kaa..pi Brunei kaa..baru la meriah..takpe,apa apa pun aku kena syukur dengan apa yang ada.Itu jalan terbaik.
a
**Banyak giler giler story tertunggak..story balik kampung,story Hong Kong belum usai,story majlis kawen rakan-rakan,story di Teluk batik dan pantai Teluk Kalong,story makan makan,dan yang terbaru story trip Singapore dan majlis persandingan Sam dan Angah..ntah bila aku akan ada masa nak update sumer tuh..blog korang pun tak sempat nak jejak nih..ada kelapangan aku singgah nanti k..Hari ini hati kembali tenang dan ceria..seolah baru semalam kita berjumpa..:p

Monday, June 29, 2009

No Shorcut To Happiness..

Gambar di bawah 2 minggu yang lalu sewaktu makan di A&W Gurney Plaza bersama Helmi,teman waktu belajar dulu di Uitm yang kebetulan punya kursus di G-Hotel seminggu..Bila lagi nak jumpa member lama kan..Thanks for your time!!yang penting aku enjoy sebab dapat tengok Gundam yang banyak itu..memang berkenan gila hat warna merah..nanti nak beli..hehe

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

Hujung minggu berlalu..saya lalui satu hujung minggu yang hebat!!sempat ke Singapore(akan di kemas kini jika ada kelapangan nanti) sebab ada sale gila-gila punya(rabak poket)..dan sempat ke Segamat untuk mengahdiri majlis persandingan Sam dan Angah..Jom kita beradu..Sekarang dah lewat sangat ni..esok Hari kerja maaaaaa..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

I would hold you in my arms, I would take the pain away
Thank you for all you've done, forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do to hear your voice again
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Thursday, June 25, 2009

Hong Kong Day 5 - Disneyland Hollywood Hotel

Astaghfirullahalazim...

Tadi aku balik kerja rasa macam penat sangat..sampai umah dalam pukul 7 petang tadi sedar sedar balik da pukul 12 tengah malam!!maghrib ke mana apa ke mana..ish ish ish..what happen aku pun tak taw...terjaga dengan pakaian kerja elok melekat kat badan lagi..siap tie in tak tahan tuh..agak agak kalau aku terjaga esok pagi terus pi kerja terus la jawabnya..hmmmm..bukan selalu jadi macam nih..Rasa macam rugi pulak 3-4 jam yang terbazir sebab tertidur tadi..apakan daya kita tak leh nak undur waktu kan..

Sudahnya aku da tak ngantuk nih..lepas da mandi solat makan kemas mana yang patut aku da tak taw nak buat apa..jadinya meh aku nak sambung lagi kisah percutian di Hong Kong bulan lalu..ada lagi 3 entri kot sebelum kisah percutian ni tamat..bukan apa,aku wat detail senang nak buat rujukan di kemudian hari..untuk simpanan peribadi dan juga untuk tatapan anda semua..

**************************************************

15 MEI 2009

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-5 kami berada di Hong Kong..masih ada agenda yang perlu di teruskan.Pagi hari dalam pukul 10 pagi kami Check-Out dari west Hotel Kowloon dan mengambil Teksi(bayaran 32HKD dikenakan) untuk sampai ke Kowloon MTR Station.

1

Yang lawak nya masa nih barang sangat banyak okeh!!tak taw nak sumbat kat mana dah..masing-masing ada dua beg campur ngan barangan yang di beli kat temple street ngan Ladies market malam tadi..,menjadikan barangan overload..hmmm kami akan fikirkan sesuatu untuk mengatasi masalah ini..

2

Tu yang kena bertroli nih..kalau nak angkat mana larat..suka aku tengok MTR station nih..da macam airport la pulak kan..

3

us @ Kowloon Station

4

Dari Ground Floor kena turun ke L4 untuk ke Tung Chung Line-Disneyland Resort Line..Line skarang ialah Island Line..kat sini banyak Line nya..macam macam ada..sampai terkeliru di buatnya.Harga tiket MTR dari Kowloon Station ke Disneyland Resort ialah HKD18..Perjalanan akan mengambil masa selama 37 minit.

5

sementara menanti tren

6

Barang banyak meh berehat dulu..

7

Tak perlu untuk menunggu lama sebelum tren tiba..Alhamdulillah..dapatla berehat dalam tren.:)

8

awat semua duk wat muka ketat nih..

9

Dari Kowloon Station kitorang kena transit ke Sunny Bay station-untuk pertukaran ke Tung Chung line yang akan membawa kami ke Disneyland Resort Station.

10

Masa kitorang sampai dah ada tren yang tiba untuk ke Disneyland Resort tapi kitorang memilih untuk tak naik dulu..nak lepak lepak amik gambar dulu..

11

terminal 3 ke Disneyland Resort

13

Masa ni duk buat rakaman video..ada satu moment yang tak boleh blah ok masa nak wat video nih..mula-mula masing masing petah bercakap..bila aku tala jer handycam masing-masing terus kelu dan bungkam..malu ker nak beraksi depan live kamera..haha..lawak la korang..tiap kali aku teringat mesti macam nak gelak jer..

15

tak lama kemudian sampai lah Tren yang akan menuju ke Disneyland Resort ni..Masya Allah Tren nya sangat menarik sebab dia buat lambang Mickey Mouse kat tingkap tuh..haha..Ikon legenda Disney-Mickey Mouse..Dulu Kini dan Selamanya.

16

sampaikan pemegang kat dalam tren tuh untuk mereka yang berdiri bentuk mickey mouse..haha..Unik okeh.mana nak cari.Only at Disneyland Resort Line.dalam tren nya pun kerusi cantek,baldu dan selesa..kat sudut sudut tepi ada patung-patung karakter disney terpilih dalam balang kaca macam gambar di bawah:

18

Donald Duck*Jimminy Cricket*Snow White

19

Minnie Mouse*Mickey Mouse*Pluto

17

Dari Sunny Bay station tuh ada la dalam 10 minit perjalanan untuk sampai ke Disneyland Station.Boleh tahan ramai jugak orang dalam tren masa nih..semua nak menghayati keindahan dunia magik di Disneyland..(apa yang magiknya aku pun tak taw..hehe)

20a

Sekali imbas bila sampai kat sini terus aku teringat cerita Harry Potter masa diorang nak naik keretapi nak balik ke magic school..tak taw naper..maybe sebab nampak macam magis jer..

21

here we are @ Disneyland Resort Station

22

Pose dulu kat sini

23

belum masuk lagi nih..baru kat station

24

Kalau kat station pun pose macam macam..

25

sat lagi dalam Disneyland tak taw la pulak macam mana kan..

25a

Dari stesen tu kitorang jalan kaki menuju ke Shuttle bas untuk pi Check-In Hotel..Actually kitorang dah book dua hari satu malam di Disneyland Hollywood Hotel.Untuk ke sana ada shuttle bas di sediakan setiap 10 minit.bagus kan.tak payah la nak tunggu lama-lama.

26

Shuttle bas ke Hotel

27

dalam bas menuju hotel

28

dahaga kaaa tuh duk minum sakan..

29

Kat Disneyland Resort ada dua buah hotel di sediakan-satu Disneyland hotel and another one Disney Hollywood Hotel..Beza dari segi dekorasi dan konsep..Dalam hal ini,kitorang memilih untuk stay kat Disneyland Hollywood Hotel.

30

Disney's Hollywood Hotel one of two hotels at Hong Kong Disneyland Resort in Penny's Bay, Lantau Island, Hong Kong. It opened in 2005 along with the rest of the resort. It is themed to 1930s Hollywood. The hotel has 600 guestrooms which offer different views; the garden view, the sea view and the park view which overlook the Hong Kong Disneyland park. Rumor says that there is a suite located somewhere inside the hotel.

31

Sampai dah ada bell boy nak amik beg..ok lah tuh..dah tak larat nak kendong beg yang berat ke sana sini..dah pass sumer kat dia rasa lega sikit dan kitorang nak uruskan hal Check-In pulak.

31a

Interior Deco @ Lobby Hotel

32

Masa Register Check-In kitorang beli tiket untuk masuk Disneyland sekali..Harga tiket untuk satu individu dalam 350HKD untuk sehari..sebab kami menginap di hotel so dapat free satu hari lagi extra..maknanya hari ni ngan esok kami boleh masuk Disneyland ThemePark..Save dah kat situ..:)

33

selesai sudah urusan Check-In

34

Jom kita masuk tengok bilik

35

Nice Room!!

36

Interior Bilik

37

Mini bar yang di sediakan

38

The bathRoom and Toilet

39

nak wat balik selipar ngan beg laundry nih..

40

aksi gila kembali:p

42

Dari bilik n ampak swimming pool..alang alang dah sampai aku ngan Nikli nak swimming dulu..Kak Non tanak swimming,nak duk kat bilik nak makan dan berehat-rehat..tengah tengah panas ni swimming pun best..masa ni dah pukul 3 petang.

43

Jom kita swimming!!

44

Pool ni agak besar la jugak..paling dalam aku tak pasti berapa meter tapi still tenggelam jugak la kepala..2 meter kalau tak silap..nasib boleh apungkan badan..tak ramai yang duk mandi-ada satu family omputih ngan anak anak dia ni jer duk berenang skali..

45

Da siap berenang balik ke bilik kembali..bahang kelaparan mula terasa..tak makan apa lagi dari pagi tadi..(lawa lah karpet kat sini..rasa macam nak ambik wat balik letak kat umah aku)

46

jatuhnya inilah makanan kami-Mee Maggi Cepat di masak sedap di makan!!5 minit siap..masak ayaq panas tuang dalam gelas tungguuuuu sampai mee lembut..baru makan..aku tak tunggu sampai mee lembut pun..dalam dua minit terus aku makan,keras pun belasah jer..lapar maa..

46a

Rebus Hotdog skali..Malaysia Maliii

47

Kerat-kerat HotDog campur skali ngan Maggi pehhh memang nikmat..Nikli makan hot Dog jer..maggi rendam macam ni dia tak makan,kembang tekak katanya..aku ngan kak non jer lah yang duk belasah meggi..lepas makan taw tak apa jadi??terus kitorang terlelap sampai kul 6 petang!!hahaha..korang datang nak berjalan ker nak ytidoq nih??heeehehe..(cakap orang padahal aku yang paling liat nak bangun)

48

Bangun tidur mandi solat bersiap-siap nak pi masuk Disneyland..takpaa lah,kalau tak sempat hari ni esok boleh masuk lagi Disneyland..No hal punya..(gambar atas:dalam lif..lif nya pun cantik..pendek kata semua dekorasi kat sini menepati selera dan citarasa ramai lah)

49

gambar kat depan Disneyland Hollywood Hotel

50

Dari Hotel kami menaiki shuttle Bus yang akan direct bawak kami ke Hong Kong Disneyland Resort Theme Park..Lawa tak tiket masuk ke Disneyland tuh??cuba teka mana satu tiket kitorang..hehe..we just left another one step before nak masuk Hong Kong Disneyland..

(to be continued...)

*Tak larat dah nak edit gambor..nantikan entri seterusnya k..lagipun hari dah lewat ni..esok kerja maa..mau sambung ketiduran..salam ketemu lagi k!!stay tune with AXIMUD!!Take Care!