Followers

Sunday, February 5, 2012

KISAH BALIK KAMPUNG PART 1 : MELAWAT AYAH DI HKL & MAKAN SATAR/KEROPOK LEKOR DI KUALA KEMAMAN

Bersiaran dari kampung halaman tercinta..

Cuti panjang aku manfaatkan untuk pulang ke kampung halaman sebab nak lawat anak adik perempuanku yang baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata baru..Dah sebulan lahir baru aku berkesempatan untuk nak lawat anak sedara baru..Mak dan Ayah masih di Kuala Lumpur,sebab ayah masih tak boleh keluar dari wad..kitorang lari sekejap ke Terengganu nanti malam akan patah balik ke KL semula..Insya Allah kejap lagi akan bergerak ke rumah adik da di terengganu.. Pagi ni aku siap sempat jogging 5km di Pantai Kemasek..nanti aku share gambar pantai kemasek ngan korang ya..Jom kita reverse sikit cerita pasal semalam..

4 FEBRUARY 2012

Awal pagi sabtu.

Aku bangun seawal jam 5 pagi untuk kemas rumah sedikit dan packed kan barang barang untuk ke Kuala Lumpur..cadangannya nak bertolak jam 5 pagi..tapi since tak ada benda yang nak di rush kan so aku just take my own sweet time untuk kemas apa yang patut, tunggu azan subuh,solat dan terus bergerak meninggalkan Penang..dalam pukul 7am ++ lah kiranya aku bertolak..Trafik lancar dan smooth jer pagi pagi macam ni..siap dapat tengok sunrise di Highway..Subhanallah indahnya ciptaan mu..Biasa kalau drive sorang memang aku just berhenti di satu RNR sahaja untuk refreshment kemudian meneruskan perjalan yang masih berbaki..Alhamdulillah aku sampai ke KL jam 11 am..


Telefon Kak Tie di mana lokasi dia berada, kak tie dan Kak Ina bersama Nurul (yang kebetulan turut ada melawat ayah since dua hari lepas),diorang baru nak bertolak ke HKL..alang alang nak ke HKL kitorang singgah dulu di Kampung Bharu untuk beli lauk makan tengahari..Ikan terubuk bakar ni sangat sedap dan lemak..bawak ke HKL dan Lunch sama sama, ayah siap kata dah lama tak makan Ikan terubuk..cumanya terubuk ni beli sikit sangat..Ikan cencaru tu patut ganti ngan terubuk..hehe..apa apa pun syukur dengan rejeki dari Allah.


Lepas dah siap lunch sama sama, Ayah kena turun tingkat satu untuk buat Hemodialisis..Tinggal lah kitorang di bilik bersembang kejap dengan Mak..Kak Ina datang ke Kl dengan Nurul dan Mimi..Hari ni jugak diorang nak balik ke Terengganu so plan asalnya ialah kami akan konvoi dua kereta pulang ke kemaman.


Si Nurul ni bukan main suka posing sekarang.Pantang nampak kamera ada je lah pose yang dia duk buat..sampai kan dari pakai tudung siap bukak tudung..haha..she is so comell..cahaya mata tunggal Kak Ina dan Abang Azhari.Abang Azhari tak turut serta sebab sibuk dengan Bisnes dia di Dungun.


Bergambar dalam wad ayah sementara mak berkemas apa yang patut lepas makan tengahari tadik..Seronok ada adik beradik ramai macam ni..at least tak lah mak dan ayah sunyi sangat ada jer anak anak yang datang melawat..Aku faham perasaan mak dan ayah, yang kalau boleh nak anak anak sentiasa dekat dengan mereka..In theory mungkin boleh tapi secara praktikalnya kami semua ada komitmen dan tanggungjawab masing masing..so tolak ansur kena wujud supaya tiada salah faham berlaku kelak..


Then kami turun ke Tingkat satu tempat ayah tengah buat Hemodialisis..so far keadaan ayah macam ni lah..aku just rasa keadaan di Hospital tidak menjadi pemangkin untuk ayah kelihatan sihat dan segar..suasananya macam mendorong untuk kelihatan lesu..cuba lah Nurse bagi ayah keluar kejap kami bawak dia ke Chow Kit ker mesti dia sihat..Tapi prosedur Hospital tak membenarkan perkara macam tu..kena hormati juga diorang punya prosedur..cannot simply make our own rules..


Dan kami bersalam-salaman dengan ayah dalam pukul 2pm..target asal nak balik pukul 12pm..tapi sebab ayah masuk hemodialisis lambat kami tunggu lah kejap..bertolak lepas Zohor lebih baik.at least dah jamak sekali solat ngan asar so tak perlu lah berhenti dah dalam perjalanan nanti..semoga ayah akan cepat dapat keluar dari wad di HKL..aku faham perasaan dia yang dah sebulan lebih berada di HKL..Mesti sangat bosan dan memenatkan..tapi at least ada lah nurse around in case anything happened.Cuma aku kesian kat mak lah..dia yang menjaga nya mesti penat jugak..aku tahu dia isteri yang tabah dan baik..Terima kasih, Mak.


Dari tempat ayah buat Hemodialisis kitorang menuju ke tempat parking..si Nurul sibuk nak angkat kotak untuk bawak balik kat Pok Li dia..Pok li duk bisnes kerisik sangat sekarang so perlu lah kotak kotak untuk delivery..hehe..semoga Bisnes abang Zalee bertambah maju..Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu..Hanya Allah sahaja mengetahuinya..


Keluar dari Wad Nefrologi di depan bangunan ada mesin air besar gedabak macam ni..sekarang dah banyak tempat minuman macam ni di pasang merata tempat..antara tempat popular ialah di masjid dan kawasan sekitar perumahan student..airnya tak lah mahal dalam range 60 sen hingga 90 sen sahaja..siap boleh pakai duit kertas tu yang jadi lebih mudah..Kak Ina geleng kepala setiap kali lalu sini sebab mesti Nurul akan mintak dibelikan air oren..hehe.nasib kak ina lah kan.Bila lagi nak manjakan anak..sementara dia kecik ni lah..


Mula mula senyum lah dapat minum air..pastu lepas minum air duk bergaya dengan spek hitam sampai tergolek jatuh tangga sebab tak nampak jalan..kehkehkehk..kitorang gelak kan ajer lah..nasib baik dia tak menangis..lawak pulak kalau aku teringat time dia jatuh tu.Rugi tak snap pic.


and now its time to say Goodbye to mak pulak..mak kata alangkah baiknya kalau dia boleh ikut sekali balik ke Kemaman..dia dah rindu sangat sangat dengan rumah..ni lah orang kata Hujan emas di negara Orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik lah di negeri sendiri..Mak kata dia tak boleh nak tinggal ayah..in case ayah nak apa apa sapa nak ambikkan since ayah takleh nak berjalan dah on its own..perlukan bantuan tongkat ataupun kerusi Roda..


kami pulang dulu ya mak!!sekejap sahaja..esok dah balik KL semula..


Kak Tie ngan Kak Ina naik satu kereta, Faiz dan Mimi naik ngan aku..masuk jer dalam kereta Faiz dan Mimi terus hanyutt tidoqqq..tinggal lah aku sorang diri terkontang kanting menahan kemengantukan di tengahari macam ni..dah la baru sudah lepas makan nasi ngan ikan bakar..lagi lah best kalau dapat tidor..aku drive dengan agak berhemah sampai kak Ina dah jauh ke depan aku ketinggalan 50 KM dari dia..aku rasa kak ina bawak kereta memang macam hantu..aku dah tekan minyak 120km/j pun still tak dapat nak kejar dia..minah rempit sangat kakak aku ni.


Akhirnya setelah berhempas pulas menahan kemengantukan yang melanda jiwa, (Nasib baik lawak Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya berjaya membuatkan aku terjaga) sampai lah kami di kampung halaman kami iaitu Kemaman..Kak Ina terpaksa tunggu 15 minit kat area sini sebab kami takkan balik ke rumah lagi..ke mana kah?alang alang dah sampai Kuala kemaman jom pekena Satar dan keropok lekor dulu..sampai area kemaman dalam jam 5.30pm.Atas takdir dan ketentuan Allah kami semua selamat sampai..

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [ Al An'am : 59 ]


Mula-mula kitorang ke Satar Che Wan.Orang sangat ramai seabab time cuti panjang ni so ramai lah yang balik bercuti..so tengok dah ramai macam tu siap tak dapat tempat duduk lagi better kami ke Restoran lain..terus ke Restoran Warung Aziz Satar..dah siap duduk dalam kedai masa nak ambik order akak tu kata satar otak otak keropok lekor semua dah habis.dah habis buat apa lah tunggu lagi kat situ.so kitorang cabut dan terus lah ke kedai lain yang mana ada menjual satar.tersinggah lah di Kedai Satar Amal..orang serius tak ramai..senang kami adik beradik nak melepak.


Terbukti lah kenapa tak ramai orang di kedai satar amal..rasa satar nya sangat lah kurang..rasa kelapa jer yang lebih..Kurang ikan dan Kurang garing..tapi sebab malas nak menunggu di gerai yang sedap makan ajo lah..ada rejeki nanti boleh makan di tempat satar sedap..


Kalau bab Keropok lekor tak leh nak celen lah..Keropok lekor hat teregganu lain rasanya dari yang biasa dijual di pasar malam KL atau Pulau Pinang..isi ikannya banyak dan terasa..serius terliur wehhh tengok keropok lekor..order dalam 3 pinggan..


Asalnya kami berenam yang datang dari KL sahaja join makan satar, sekali abang Jalee dan Kak La serta anak anak muncul untuk memeriahkan majlis..The more the merrier right?Kisah sebenarnya hari ni abang jalee dah nak ke Kuala Lumpur lawat ayah.sekali dengar kitorang balik ke Terengganu kejap nak lawat anak adik da, terus dia tak jadi ke KL dulu..akan ke KL sama sama esok..insya Allah.


Ni nurul Qiadah, anak kelahiran sulung abang jalee..dah comel sangat dah sekarang..tapi pendiam tak banyak bercakap macam ayah dia..manja sangat dengan abang jalee sekarang..kak la tersilap beri qiadah makan satar sampai menangis budak ni kepedasan..hehe..another lesson learned ok..


Tengok budak ni buat aku geram sangat!!Abdul Qayyum, cahaya mata kedua abang Jalee..sangat tembam dan debab!berusia 5 bulan tapi berat dah lebih dari 10KG..Kategori baby Obes..baby obes kita nampak cute dan comel..kalau orang dewasa obese comel ker tak??lu pikir lah sendiri ya.hehe..Qayyum ni our version of sin Chan..Bulat dan mata sepet!


Owh lupa nak habaq kami tak la makan satar dan keropok lekor semata mata..ada lah jugak nasi Goreng, Mee soup dan Bihun sup..Order sekali lah kiranya sebagai early dinner..Rasa makanannya bolehhh lah..just so so..satar tak berapa sedap.order minum air kepala muda juga.


Anak sedara bergurau sesama mereka..so adorable lah budak kecik kan!


Dah setel makan selesaikan bayaran dan kami memulakan perjalanan semula ke Rumah tercinta..singgah solat dan mandi di Rumah dulu sebelum kami bersiap siap untuk keluar main Bowling di Mesra Mall Kemasek..Next entri lah aku cerita pasal main bowling family di Mesra Mall..teruskan bersama AXIMUD ya!nanti aku sambung cerita lagik..

Firman Allah SWT :Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).

*to be continued..

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam .Sebenarnya ada banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila menganjurkan atau menyertai majlis Maulidur Rasul ini. Pada kebiasaannya majlis perarakan dan ceramah akan diadakan.

Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"

Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

.
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

.
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

.
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

.
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

*lagu nasyid junjungan mulia dari kumpulan al-Mizan...sekadar untuk menyingkap kembali sejarah Rasulullas S.A.W.

Friday, February 3, 2012

KERJASAMA ITU SERONOK - GOTONG ROYONG PKPI

Bahagia Rasa hati bila hari ni tak payah masuk Opis.

AJK PKPI dapat pelepasan dari GM tak payah masuk bertugas hari ni sebab nak menjalankan program gotong Royong di Balai Islam Lama kawasan perumahan..so lepas subuh pagi tadi sempat lah aku pi berlari kat Seberang Jaya..dapat 5 KM pun cukup lah..then dalam pukul 9am teruske tempat Gotong royong di adakan.


Ustaz Shafiee paling semangat nak buat kerja!


Tujuan utama Gotong royong ni nak kemaskan Balai islam lama dan stor PKPI di kawasan perumahan..nak kira imventori pinggan mangkuk sekali..banyak jugak barang yang duk ada dalam stor..semua dah berhabuk dan ada yang dah rosak sebab lama tak digunakan.


YDP Pun turun padang sekali..


Kerja yang paling aku suka ialah membasuh pinggan.dalam stor banyak sangat pinggan mangkuk yang dah lam atak dipakai..sebab nya sekarang kenduri kahwin semua pakai katering jer.dah jarang nak buat memasak sendiri dan bergotong royong..dunia semakin moden.semua orang nak senang sahaja..jenuh jugak nak membasuh pinggan yang memang amat banyak.


dah rasa macam kenduri kahwin pulak duk basuh pinggan macam ni


Pukul 10.30 am.minum time..berhenti lah dari biat kerja kejap.


Bihin.Kuih Seri Muka.Cempedak Goreng


Lepas dah siap makan sambung basuh sikit lagi apa yang patut then siap siap untuk solat jumaat pulak..aku solat jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya..Then lepas balik dari Masjid akus empat hantar kereta ke workshop untuk diservis..Minta Fikri ambik aku sementara tunggu kereta siap.


sambung lagi kerja pembersihan selepas solat Jumaat


Kira inventori pinggan mangkuk yang ada.


Dalam pukul 4 pm aku keluar kejap pi ambik kereta yang tinggal untuk diservis tadi.aku biasa servis dekat Workshop near Megamall Prai..ganti brake pad dan tukar minyak Hitam.RM300 jugak melayang.huhu..gaji January dah la awal..kena berjimat cermat lah ni..sempat juga belikan air teh o ais , dan Goreng Pisang untuk rakan rakan yang sedang melakukan Gotong Royong lagi di Balai Islam Lama.


Terima kasih pada semua yang menghadirkan diri..Habis Gotong royong tadi aku sempat ke Sg. Pertama Seberang Jaya..Berjaya menghabiskan larian 10 KM lagi petang ini..actually aku kena start training dah untuk Standard Chartererd KL Marathon yang akan datang dalam Bulan Jun 2012..aku dah sign Up untuk FULL MARATHON 42 KM..fuhhhh jauh tu..kena prepare mental dan fizikal betul betul..Insya Allah.aku tahu aku boleh.

Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW utusan Allah sebagai rahmat bagi seluruh alam. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka mau merubah diri mereka sendiri.”

*Lepas maghrib tadi ada Forum Perdana di Masjid Jamek Prai sempena Maulidur Rasul yanag akan disambut Umat islam pada 5 February ini..Rasulullah pencetus transformasi tajuk diberi.aku suka tengok panel yang bersemangat..dan seperti biasa, banyak intipati yang perlu dijadikan iktibar dan pengajaran. Insya Allah.

Thursday, February 2, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL : RASULULLAH S.A.W PEMPIN UMMAH (IDOLA HIDUPKU)

Program malam ini : Ceramah sempena Maulidur Rasul di Balai Islam.
 

Alhamdulillah ramai juga jemaah tempatan yang hadir untuk mengimarahkan majlis ilmu

 
Penceramah Jemputan ialah Ustaz Jazmi Mat Isa..Ustaz bercertita tentang sirah nabi sejak dari zaman nabi Adam..Banyak intipati yang boleh dikongsi..korang kalau nak tahu lanjut sekarang banyak sumber boleh dapat untuk tahu sejarah Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Dalam internet banyak bahan bacaan dan di kedai kedai buku pun banyak..selamat mentelaah sirah nabi buat semua kawan kawanku!

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”


Khusyuk para jemaah semua mendengar ceramah yang disampaikan


Ceramah habis lambat dalam pukul 9.30pm..lepas solat isyak ada sedikit jamuan bihun sup disediakan


Jemput makan Bihun sup!marveles Bihun sup ni


Ada sedikit kesilapan teknik pasal Bihun sup.aku order mula mula untuk 100 orang sahaja..sekali bilangan pengunjung adalah melebihi jangkaan.sejumlah 170 mangkuk Bihun Sup yang habis!!nasib baik katerer ada buat lebih kalau tak memang kesian ada yang tak dapat makan.tapi takper.makanan Rohani dah dapat kan tadi dari Ustaz Jazmi.:p


Buat Ustaz Jazmi, terima kasih atas ceramah yang sangat memberikan kesan mendalam..semoga semua jemaah yang hadir dapat menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah S.A.W..Selawat dan salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad.

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.

(Hadis Riwayat Muslim.)

AKTIVITI HARI INI : CYCLE CHEMISTRY TRAINING PROGRAM


Aktiviti hari ini : aku kena deliver training about cycle chemistry.. Participants patutnya 11 orang tapi yang hadir cuma 7 orang.4 lagi MC.ok jugak students sikit senang nak fokus.nak meet KPI kena lah rajin buat training..to fulfill station requirement pun ya jugak..by the way, did i ever told you guys yang aku suka mengajar? dulu habis degree aku ingat nak sambung Master nak jadi lecturer tapi dah rezeki aku di tempat kerja sekarang..ada kesempatan untuk bagi lecture macam ni punn dah cukup baik..Rezeki Allah dah tentukan..Ada hikmah atas setiap apa yang Allah takdirkan pada kita.

Rezeki semuanya datang dari Allah.Seperti yang telah tertulis dalam firman-Nya :

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup(mampu) untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathiir:2)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa sesungguhnya Rezeki itu sememangnya datang daripada Allah dan bukan daripada manusia..Kita ni kalau nak kira sangat lah lemah..Apa saja yang Allah datangkan pada kita sama ada musibah ataupun kesenangan selayaknya lah kita bersyukur..kerana tanpa rahmat dan kasih sayang Allah tak mungkin kita dapat menikmati segala nikmat yang Allah limpahkan pada kita seperti hari ini.Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukurlah.Moga moga Allah menempatkan kita di kalangan Orang yang bersyukur..sekadar renungan buat kita bersama..

*Lega bila training dah habis..Malam ni ada Program Ceramah sempena Maulidur Rasul yang bakal kita sambut pada 5 Februari nanti..Ceramah bertempat di balai islam.Moga moga ramai yang datang mengimarahkan majlis.Insya Allah.

Wednesday, February 1, 2012

KISAH 1 FEBRUARY : CENDOL VS KULIYYAH AGAMA

Sekejap masa berlalu.

Dan hari ini dah masuk 1 February 2012.. Bulan 2 ni pun ada perancangan yang harus dilaksanakan.Pendek kata setiap bulan akan ada aktiviti yang berbeza beza harus dilakukan..Life goes on.walau kita rasa ada kesulitan yang timbul hidup mesti diteruskan..kita kena percaya bahwa di sebalik setiap kesulitan pasti akan di iringi dengan kesenangan..Insya Allah..

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu memang ada kemudahan.”
(Al-Insirah,94 :6.)


Time tengahari tadi ada makan free di Opis..selalu bila ada workshop mesti ada makanan lebih.Bilik aku dekat dengan lobi tempat makan makan so bila ada makanan lebih mesti depa panggil aku makan sekali..Rezeki jangan ditolak so aku join lah depa.save duit belanja makan tengahari..dah kenyang makan tengahari member belanja pulak makan cendol di Taman Tun Sardon..Alhamdulillah murah lagi rejeki aku hari ini..Syukur.


Tadi ada kuliah magrib yang di sampaikan oleh ustaz Norazman kat Balai Islam mengenai sifat ALLAH..Dan sifat ALLAH ni terbahagi kpd dua iaitu 20 Sifat Wajib dan 20 Sifat Mustahil.20 sifat Wajib yang perlu  kita ketahui iaitu  Wujud, Qidam,Baqa,Mukhalafatuhu lilhawadith,Qiamuhu,binafsih,Wahdaniat,Qudrat,Iradat,Ilmu,Hayat,Sama',Basar,Kalam,Kaunuhu qaadiran,Kaunuhu muriidan,Kaunuhu 'aliman,Kaunuhu hayyan,Kaunuhu sami'an,Kaunuhu basiiran,Kaunuhu mutakalliman

Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.

Kalau nak tahu lagi lanjut pasal sifat 20 boleh rujuk link ni..Tapi pandangan peribadi aku kalau nak belajar pasal Sifat 20 elok kalau berguru agar pemamahamn kita tidak terpesong..Bila belajar bab zat Allah ni kena berhati hati supaya akidah tidak terpesong..Nanti Ustaz Norazman akan sambung lagi.Malam ni cuma sampai Sifat ke-6 sahaja.tak boleh belajar banyak banyak sekaligus.kena sikit sikit.

 *Ok sekian dulu coretan untuk hari ni.Selamat malam rakan rakan ku.semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails