Dua tiga hari ni memang merupakan hari yang sungguh sibuk..baik di tempat kerja mahupun di rumah selepas waktu opis hour..teringat pada kata-kata ini : ingat lima perkara sebelum lima perkara-Lapang sebelum sempit,kaya sebelum miskin,muda sebelum tua,Sihat sebelum sakit dan Hidup sebelum Mati..that was so right..
''Demi masa,Sesungguhnya Manusia itu di dalam kerugian..Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh..-firman ALLAH
********************************
10 JULAI 2009
Nak sambung lagi kisah percutian di Port Dickson bersama keluarga tercinta minggu lalu..Selepas picnic seketika di Pantai Teluk Kemang kami semua mengatur langkah ke Tiara Beach Resort untuk Check-In..Hari sudah lewat petang.
Nuyul @ Pantai Teluk KemangSampai di Tiara Beach Resort-menguruskan Check-In di kaunter receptionist dan mula menuju ke BLOK A bilik 2-15(tingkat 2 biklik nombor 15)..Dalam kesibukan mengangkat barang-barang yang ada aku terlupa untuk mengambil gambar bilik tersebut..agak sempit untuk kami yang ramai(2 bilik tidur,2 bilik air dan ruang tamu beserta dapur).
Selesai kemasa barang jam menunjukkan hampir pukul 7..tapi kitorang tetap nak pi mandi kat swimming pool apartmen yang di sediakan..so tanpa melengahkan masa aku,bro zali dan bro shuk terus menuju ke Kolam renang..diorang yang lain menyusul kemudiannya..
sempat lagi kan..padahal dah dekat nak maghrib
bebudak tu ada sekali..:)
bebudak tu ada sekali..:)
pedih mata air masuk..haha
Agak-agak hari dah nak gelap baru kitorang naik ke apartmen..mak ada sekali masa ni.Ayah macam biasa lebih senang duduk kat bilik-tak larat nak berjalan sebab kaki nya sakit(arthritis)..kitorang ada belikan kerusi roda untuk dia..harap nanti dapatla bawak dia keliling resort ni.
Balik bilik siap-siap mandi solat semua kitorang berkumpul kat tengah hall rumah duk sembang-sembang..lama tak jumpa macam ni lah..berita terbaru minggu depan ada orang nak meminang adek dah(my lil sis yang belajar kat Mesir)..hmmm tak tau macam mana lagi sebab ayah pun tak kasi jawapan..
Sambil sembang sambil makan buah-buahan yang mak bawak dari Kampung..ada Rambutan ada Manggis ada Jambu madu..seronok la kalau makan ramai ramai macam ni..aku bukan penggemar buah sangat tapi sebab dah ramai macam ni teruja pulak nak makan..LOL..
Kebetulan Shuk baru balik dari Chiang Mai minggu lalu,so di kesempatan ni dia berbagi-bagi souvenir kat kitorang..untuk pompuan dia belikan Jade gelang dan rantai..kat sana murah katanya..untuk lelaki di belinya t-shirt dari sana..tak di lupakan Key-Chain tiap seorang..hehe:)..Thanks Bro!!
Hat ni baju untuk si Nuyul dari Chiang Mai..comel gila bila dia pakai baju nih..:)..macam anak cina mana dah ni..shuk kata bila dia nampak baju ni terus terbayang kan nurul memakainya..tu yang dia terus beli..yang penting memang muat muat ngan budak tembam nih..pandai hang cari size nooo..
KeyChain dari Chiang Mai
Lepas-lepas sembang ayah ngan mak dah keletihan..diorang nak tidur dulu..kitorang plak nak buat apa??apa lagi kan,terus la keluar..cadangan asal nak round round sekitar bandar PD..tapi macam jauh sangat dari Tiara Beach Resort ni so kitorang terus pi restoran Nasreen Seafood ni jer..pi makan lite-lite.
Dulu aku pernah dah datang restoran ni time ada kursus kat PD..masakannya sedap dan servisnya tak lah teruk sangat..so aku suggestkan kat diorang untuk makan kat restoran ni..aku siap cakap waiter nya putih melepak(tapi tu time bila)..sekali datang brader rockers ni yang datang amik order..besar sungguh kemaluan aku kala itu..huhu
Bihun Tomyam-kak Ina-
Nasi Goreng Nasreen Special-Bro Shuk-
Kerabu kaki ayam-di baham bersama-
Maka bermulalah sessi makan-makan sambil sembang-sembang mesra..alhamdulillah rasa makanan nya boleh tahan dan sedap..the best part is harganya pun murah!!korang bayangkan ek semua duk order air buah,makan makanan kat atsa tuh-siap kitorang order untuk mak dan ayah lagi-nasik putih 2,telur dadar 5 bijik,daging masak merah dua,bihun tomyam satu(untuk kakak ipar)-harga semua cuba korang teka??cuma RM60.60!!i think that just worth it!!
ehhh nurul ada..dia tido dalam NAZA tadi..haha
(to be continued..)
“When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses.”
Alhamdulillah perut dah kenyang..mata pun dah mula mengantuk..happy rasanya dapat meluangkan masa ngan adik beradik macam ni memandangkan sekarang masing-masing ah ada kehidupan dan komitmen tersendiri..Dari Restoran ni kitorang terus gerak balik..menanti hari baru muncul untuk kembali beraktiviti dengan semangat yang baru..
(to be continued..)
“When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses.”
adoi comelnya nuyul!!! macam nak cubit je!!!
ReplyDeletesedap le plak tengok koey teow kungfu tu.
dah le aku belum lunch beb!
haha!
erkss..terliuq tgk mknan tuh..
ReplyDeletex mkn laie nih.. lapaq!! :)
geram ar ngan nuyul!!!
nak kipnep leh?
:)
Congrats Dek Dah!!
:)
murahlah harga makanan di restoran tu. kalau di KK jangan mimpi dapat harga macam tu.
ReplyDeletetembooommmmnyer si nuyul. geeerrammmmm!
terliurnya tengok makanan2 tu...nampak memang sedap.
ReplyDeleteKat belah mana restoran tu?
Bagi tunjuk direction skit.
Thanks.
axim .. ko ni kerja ke tak kerja? asek bercuti jer memanjang.. hahahah! :P
ReplyDeletebest nye jln2 ngan family cam ni...kalau dpt setahun sekali pun jadi la kan...:)
ReplyDeleteAxim, aku rasa ko memang pandai amik gambar. Especially gambar makanan. Buat aku terliur jer beb.
ReplyDeletealahai nuyul sgt la comey...nak kidnap gk la..ziana jom kiter wat strategi kidnap nuyul..uncle nuyul sila bg tunjuk ajar yea..hahaha
ReplyDelete