Malam tadi..
Tetiba ada orang call ajak Dinner sekali..lama tak makan kat luar katanya..aku pun takder plan apa pun,kalau duk umah memang online jer lah tak sudah..so i've made up my mind to hang out with my old fren,Lanny..ntah hapa angin dia duk mengidam nak makan Fish N Chip-terus la kitorang menuju ke Restoran Ikan di Manhattan.pehhhh jauh tu kami dinner sampai ker Manhattan..jom jalan jalan!!
lama gilos aku tak makan kat sini..
Sebenarnya tujuan lama tak makan kat sini konon konon nya tanak membazir..ramai yang duk nasihat kat aku suh menyimpan untuk masa hadapan..tapi kali ni ok jer la kot..sekali sekala kan..jangan marah noo..minggu depan dah gaji..hehe
Diam tak diam dah nak masuk BULAN RAMADHAN kan..masa mai ni pun dah siap ada menu untuk RAMADHAN yang bakal menjelma esok(Insya Allah..)..hmmmm Alhamdulillah..dapatlah perut aku berehat lama sikit pasni..kalau tak memang bekerja keras la tiap -iap hari kan nak proses mender merapik-rapik yang duk masuk hari-hari dalam perut..Hikmah Ramadhan..
my mate-Lanny
garlic,Chilli sauce & tartar Sauce
ni lah Fish n Chip yang si Lanny nak makan sangat tuh..biasa orang makan isi ikan DOWRY kan tapi kali ni aku suggestkan kat dia suh ambik SWORD FISH pulak..tukar selera.Rasanya not bad!!aku suka sebab rasa macam AYAM..isinya tebal dan padat..memang kenyang la sorang makan..
Fries tak habis..banyak dan besor-besor
Masa kami mai ni dah nak dekat pukul 10 malam..tu yang dah takdak sapa dah dalam restoran ni..kami berdua jaa yang tinggal sebagai Customer terakhir..pedulik hapa aku,janji dapat makan..lapar nih..mana menu aku tak sampai sampai lagi..tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya menu kegemaran aku dah sampai..apa lagi kalau bukan:
Semestinya IKAN SALMON tetap menjadi pujaan hatiku..ntah,ada sesetengah member aku tak suka makan ikan ni..diorang kata isinya rasa pelik..tapi bagi aku rasanya yang pelik tu lah menjadikan isi ikan ni begitu unik sekali..nak nak kalau tang kulit salmon yang dah bakar..pehhhhhhhhh...menciap ciap dah ni..menitis ayaq liuq sambil aku menaip..
King Salmon Cajun with Salad
Melahap tak corak pemakanan empunya BLOG ni..mana tak lahap,actually duk order SALMON WITH GARLIC RICE,sekali nasi garlic butter dah habis so ada pilihan untuk ganti nasi wif CHIPS and SALAD..i go for salad sebab fries nya besor besor dan banyak,aku taw aku tak mampu nak habiskan fries itu..salad pun salad lah..menyihatkan apa..
Tanpa DESSERT maka tak lengkap lah meal ni..DESSERT-TIRAMISU TUSCAN-cenggitu lah kot nama menatang dalam cawan tuh..rasanya creamy dan tak manis sangat..plan asal order Brownies with ice cream tapi dah habis pulak.Tiramisu pun Tiramisu lah..Sedap jer!!i like..
isi dalam TUSCAN TIRAMISU-thick & yummy!!
Alhamdulillah,misi mencari ikan malam ni selesai dan berjalan lancar..lepas da setel makan pi pulak kat tempat wayang nak usya usya kot kot ada movie menarik yang boleh di tonton..pikiaq punya pikiaq kami decide nak tengok citer SETEM pada jam 11.20 pm..sokong filem tempatan anda!!kalau kita tak sokong sapa lagi nak sokong kan..
SETEM-kisah pasal banyak kumpulan nak curi sebab desperate nak 4 juta hengget..USD Dollar beb..mau tak gila semua orang nak dapatkan setem ni..KHABIR BHATIA-punya idea dan konsep tersendiri namun masih mengekalkan penyampaian mesej yang bagus dalam karya beliau yang paling latest ini.Overall aku kasi 3.5/5 sahaja..kalau part yang meleret-leret di potong pasti aku dah kasi 4.5/5..tapi idea dah best!!
Oh,aku tak cakap lagi kan kat mana kitorang merendek ni..kat SUNWAY CARNIVAL MALL seberang jaya jer..takder la menapak sampai ke Gurney Plaza..jauh tu..haha..i really had a great night though!!Great meal,Great movie and a Great Friend..:)
Selamat Malam Dunia..
*saat masa berdetik dan berlalu meninggalkan kita,adakah kita masih di sini dan tidak berganjak ke arah sesuatu yang lebih baik??tepuk dada tanyalah selera..Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang hampir sangat sangat dah ni nak menjelma kepada semua UMAT ISLAM seantero dunia..Ingatlah Lima perkara sebelum Lima perkara..Wallahualam.
selamat makan..huhu..
ReplyDeletewah geng DSLR lagi..gud gud! =)
mai wat street photo..huhu =)
Wah, makan lagi? Hehe. Best kan citer SETEM? ;)
ReplyDeletesalam... bro makan tak ingat dunia... hahhahahaa.... berpeluh2 ker? hmmm.. makan lah selagi boleh makan dan Ramadhan yang mulia ni bleh merehatkan enjin perut satu bulan... hahahahaha... oklah... selamat berpuasa.... balik kg drive elok2.. bye...
ReplyDeletesalam... bro makan tak ingat dunia... hahhahahaa.... berpeluh2 ker? hmmm.. makan lah selagi boleh makan dan Ramadhan yang mulia ni bleh merehatkan enjin perut satu bulan... hahahahaha... oklah... selamat berpuasa.... balik kg drive elok2.. bye...
ReplyDeletedowry tu bukan hantaran ke??hehehe..bukan ikan dory ek??pape pun salmon tetap di hatiku..kulit dia mmg besh...biasa bli goreng sendiri jer..perggh..lazat..
ReplyDeleteselamat berpuasa \(^_^)/
ReplyDeletehuiyoo merendek... lain mcm aja bunyi tu heheheee
ReplyDeleteSalmon sedap!!!
ReplyDelete:)
Slamat berpuasa Incik Axim..
:)
sedapnya makan salmon...
ReplyDeleteselamat merehatkan perut...ooops, i mean SELAMAT BERPUASA Axim!.
berbesar hati sungguh ibu-ibu di rumah kalau dpt tgk gambar anak makan sayur camtu... sihaaaat anak aku!
ReplyDeleteSelamat Berpuasa
ReplyDeleteselamat berpuasa axim !!!
ReplyDeletebulan puasa ni boleh la kurus skit
hehehehe ~
:D
Salam,
ReplyDeleteAzim,
Kau tahu aku elak baca blog ko slalu sebab ko slalu buat aku lapar!
Selamat Menyambut Ramadhan 1430 H. Semoga kau beroleh malam Lailatulqadar!
Jazakallahukhair!
wah.
ReplyDeletesedap je tengok.
aku pun suka salmon lah!
rasanya yang mengghairahkan!
eh, jari ko cedok tiramisu tu nampak kedut.
cepat... cepat...
pi pakai lotion.
haha!
woi teliur ako tgk salmon.. hahaha
ReplyDeleteaRASH,
ReplyDeleteselamat berpuasa to you!!:)
jom buat outdoor photoshoot..
CAHAYA,
ReplyDeletecerita SETEM best sebab ianya lain dari yang lain..:)
Scarlett,
ReplyDeleteselamat berpuasa to you too!!
Ddyana,
ReplyDeletebeli sendiri goreng lagi jimat..bagus bagus bagus..:)..tapi kalau Grill lagi better kot..
Cik Ijau,
ReplyDeleteselamat berpuasa to u..
Sepul,
ReplyDeleteerrr maksud merendek tu apa yek?
Ziana,
ReplyDeletesalmon memang sedap!!
selamat berpuasa to you too CIK ZIANA..:)
Anne,
ReplyDeleteselamat berpuasa Anne!!
Incik Kucing,
ReplyDeleteibu saya memang berbesar hati dapat melahirkan anak yang 'sihat' MACAM saya ni..:-p
Jelly,
ReplyDeleteselamat berpuasa kak jelly..
Lily,
ReplyDeleteselamat berpuasa to adeq dan Nurman..
jom kuruskan badan di bulan puasa..
Fusarim Solani,
ReplyDeletesalam Ramadhan to you too!!
Jazakallohukhoir..
Faisal Admar,
ReplyDeletejari kedut??alamak...aku dah di mamah usia..kena bertaubat ni..
Edizulam,
ReplyDeletecepat dapatkannya di pasaran terdekat..!!