Salam Berhujung minggu buat semua..
Untuk hujung minggu kali ini,aku memilih untuk beristirehat di rumah merilekskan badan dan melapangkan fikiran..kadang kadang mengambil ruang sendiri dan berfikir juga boleh di kira terapi yang bagus!!Sekurangnya tak lah aku nak terkejar ke sana- dan ke mari lagi seperti hujung minggu yang sebelumnya,tak pernah nak lekat di Penang ada jer tempat nak pergi..haha..i choose that way though,and i'm happy to live my life this way..:)
Seminggu sudah berlalu namun kenangan yang berlalu tetap akan terpahat dalam ingatan..t o make it more alive so here i am,wanna share some story with you guys about what had happen last week while i'm in KL,for celebrating my B day with Them..
Bismillahirrohmanirrohimm..
PART I : QUICK CUT,MEET PEOPLE & FINAL DESTINATION 4
Seawal jam 2 petang(awal kaaa kalau dah sampai ke petang baru nak keluar rumah??haha) kitorang berempat sama-sama bergerak ke Midvalley..kenapa lambat sangat??sebab ramai duk mandi lambat dan tak kurang jugak yang sibuk duk online kan..sapa orang itu tak taw..hehe
Macam biasa kena ambik gambar dulu kat Tempat parking kalau tak nanti tak ingat kat mana parking tak ke haru nak cari kerea kat mana..Tempat parking ni bukannya kecik macam tempat parking kat depan rumah korang tuh..so pesanan saya-ambik lah gambar nombor tempat parking ini dulu supaya bila anda sesat anda boleh kembali ke pangkal jalan..
Dalam duk masuk Midvalley ada lah sorang Hamba Allah ni sibuk nak gunting rambut..nak buat macam mana kat Miri sana dia sibuk sangat ngan kerja sampai takder masa nak Potong Rambut,dah turun KL ni baru nak cari salloon kan..tapi menurut maklumat yang aku terima sebab utama dia potong rambut di KL ialah sebab saloon QWIK CUT ni takder kat MIRI sana..amboihhhh memilih hang noo..Cerewet!
Ni lah hamba Allah yang aku maksudkan..nasib baik la memang betul 15 minit kitorang tunggu kalau tak merasalah aku mengamuk pulak kat situ mintak duit balik on behalf sebab servis tak mencapai piawai..bab bab mengamuk ni memang aku suka,demi kepuasan hati.awas ya korang kalau nak main-main ngan aku!!(tetiba emo..ke sebab lapo nih..huhu)
Setel dah bab potong rambut tuh.Then aku ngan Ziana jalan jalan sekeliling Midvaley tuh..Aida Ngan Nikli ntah tak taw pi mana masa ni..duk jalan laju sangat ke depan..last last depa bertiga jalan laju sangat ke depan,dan aku tetiba ternampak kelibat sorang mamat .Dalam hati'Macam aku kenal' tapi macam tak berapa sure..
Lasa-last mamat tu pun tengok aku,tetiba serentak dua dua duk hulur tangan.sah-ni memang enciksepul.blogspot.com..Tak sangka pulak boleh berjumpa dengan dia ..masa ni dia duk berjalan ngan marka dia,so apa lagi terus la aku mintak tolong marka dia amik gambar kitorang..maaf ya mak encik sebab mempergunakan kau sepenuhnya waktu itu..hehe..anyway,nice meeting you bro!!ko pun nampak tergesa-gesa masa tuh..ada umur kita leh jumpa lagi k..pi makan makan kaaa pi minum minum minum kaa tak pun kita pi Jogging skali..(biasa kalau bloggers jumpa mesti makan so apa kat kita pi jogging pulak??)
Kemudian perjalanan di teruskan lagi..aku ikut Ziana duk nak cari jam tangan Swatch kat Niece dia..yang si Nikli Aida dah tak taw pi mana..Couple berdua tuh memang la suka duk jalan sendirik sendirik jer..Then masa tengah jalan jalan kat Midvalley ni duk tengok lah dekorasi dalaman diorang wat mood nak Raya dah..yer lah..kurang dua minggu lagi kita nak raya.Pantas masa berlalu.
Ni sapa pulak ni??actually masa duk tengok tengok Perfume kat bahagian Perfume(takkan lah kat barangan letrik pulak kan),ternampak pulak sorang mamat ni..duk tengok tengok aku semacam dan aku kenal mamat ni..then aku senyum dia pun senyum hmmm memang sah laa..si Raja ni junior aku masa sekolah dulu..nama betul dia apa aku dah tak ingat tapi ada lah perkataan raja dalam akronim nama dia.What a small world that we live in kan..
Pukul 5 petang kitorang sebenarnya ada Movie nak tengok,dah booking siap siap dari rumah lagik..filem FINAL DESTINATION 4..pehhhhhhhhhhhhhhh kitorang siap tengok yang 3D,dan kesan visual 3D tu memang menakjubkan..jalan ceritanya sama macam Final Destination yang sebelumnya cuma situasi dan watak yang berbeza..overall memang aku kasi 4.5/5 lah,,tak dapat nak bagi 5 sebab ending nya agak hampeh..bagi aku lah.
Guna Spek mata 3D ni memang kitorang terasa macam dalam kotak skrin tu ada orang..siap kalau skru melayang kitorang pulak duk elak elak kepala..kahkahkah,,tapi memang enjoy bangat deh!!Movie habis dalam pukul 7 lebih,then kitorang beransur untuk bersiap-siap ke tempat buka puasa..
PART II : PRE-BREAKING FAST @ KRISPY KREME DOUGHNUT
Dari tempat Movie kitorang duk berkira-kira nak berbuka puasa di mana..sebenarnya plan asal ialah nak berbuka puasa di Tony Roma's sekali penuh la pulak umat manusia kat situ..tak sempat nak buat reservation..hmmm tak pa lah,kitorang memang nak makan kat situ jugak so kena datang dalam pukul 8 lebih la pulak..
Dalam duk pusing-pusing cari tempat azan maghrib berkumandang di tengah tengah jalan ni jugak kami berbuka puasa duk sedut air..nasib dah beli air kat Wayang tadik..bukan kami minum dalam wayang,tapi memang sengaja beli dulu sebagai persediaan nak berbuka puasa..:)jangan salah sangka yaa..
Amboih,duk berbuka puasa tengah jalan macam ni pun seronok kaa..haha..memang this is very the first time lah bulan puasa ni bukak pose macam ni,tengah tengah jalan di antara booth perfume yang ada..(actually dari tadi duk kat tempat perfume sebab nak beli perfume untuk Besday doc.Shah yang jatuh pada 090909 tempoh hari..Hope dia suka ngan Perfume yang kitorang kasi)
Sementara nak menanti meja kat TONY ROMA'S clear kitorang pun benti lah kat Krispy Kreme doughnut center ni,nak alas perut dulu..tak pernah singgah sini,tapi menurut kata kak ziana kita donat kat sini teksturnya kasar dan tak selembut pesaing pesaing donat yang lain(ayat tak boleh blah!!)..kita tengok apa kat survey..
4 of US..:)
Dah namanya pun alas perut kan so kami berempat order satu air dan dua keping donat ni jer..just nak rasa,kalau sedap boleh datang lagi nanti..
yang ni Glazy Donut..donat kosong tapi manis sangat..teksturnya pun kasar tak selembut JCo atau Big Apple..betullah kata kak ziana kita sebentar tadik..
hat ni boleh tahan..Krim Custard nya tak lah manis sangat..
Semangat abang ni duk potong donat jadi kecik kecik..dia takut aku duk perabih semua tu yang dia potong potong jadi kecik kecik baru senang nak ngap..
ceria tapi kelaparan..haha
Alhamdulillah,berkat kesabaran masa dah habis makan Krispy Kreme ni orang dari Tony Roma's call cakap dah boleh datang ada meja kosong..jom kita sambung episod seterusnya pulak k..:)
PART III : DOUBLE BIRTHDAY CELEBRATION @ TONY ROMA'S
So here we are at Tony Roma's restaurant finally,
Ramadhan @ Tony Roma's
Then mulalah proses order mengorder..aku memang dah cop awal awal nak makan Salmon..hehe..yang lain lain order apa??meh kita cek kat bawah ni.:
roti ngan Garlic
Thanks Ziana tolong kerat kerat n sapu Garlic tu semua..kitorang hat duk ada nih pakat makan jaa..haha..sedap lak tu dapat makan panas panas..kalaus sejuk mesti tak berapa.Tapi ada orang kata Nan Cheese caramel kat William lagi sodap...huh..tak sesudah ngan william dia tu kan..
Air yang kami order-Jus Oren dan Epal..
Ni juadah namanya BUFFALO CHICKEN apa ntah..Starter jer..Ziana yang pilih,dia memang tak makan main course tak taw apasal..haha..yang ni pun duk sharing sharing jer..ok gak tu sebab kami yang bertiga ni dah order main course..boleh lah pusing pusing pinggan sat lagi..:)
jom jom kita start makan jom..
ni namanya bom atom..botol sos laa..
Ni gambar nak bagitau bibir dia seksi ibarat Ceri yang mungil itu..pehhh meleleh la kalau marka marka kat luar sana duk tengok..Nice shot!!hehe
Memang aku duk craving nak makan salmon,so this is my Dish-SALMON PICATTA WITH SHRIMP ON TOP-Yang ni memang layan la makan ngan side dish nya Nasi herba ngan Brokoli segar tuh..Nasi herbanya sedap!!boleh celen ngan Garlic rice kat Fish Manhattan Market.
rasailah kenikmatan salmon di sini..
Yang ni Nikli punya-LAMB MARINATED apa ntah..tapi bab-bab kambing aku memang fail,tak makan kambing sebenarnya..Mamat tu nampak jer cenggitu tapi selera makan ya rabbi mengalahkan aku yang bersaiz gorgon ni.Setakat satu pinggan macam gambar kat atas ni lesap dalam sekelip mata jer dia kerjakan.
woww..it's Glowing..slurrpp..
Aida Hanim punya-BEEF STEAK RIBEYE TENDERLOIN-(matilaaaa aku duk main sedap jaa reka nama dish ni..kahkahkah)..yang ni dagingnya memang juicy gilerr!!sedap sangat weh..aku bukan jenis minat makan daging tapi yang ni memang aku layan..menjilat garfu ko!!yang pasti side dish nya Potato tu aku minat sebab dia lecek skali ngan kulit..
tanda gril petak petak yang mahal tuh..
See,i told you oredy-mamat ni bab makan bukan main bersemangat ok..duk pulun jugak tetak lamb dia tuh skali berair merah..tak WELL DONE katanya..panggil pelayan restoran suh dia masuk oven balik nak kasi betul betul masak..
Pastu pelayan hantar dan suruh test,Then nikli kata OK!!(sambil angkat ibu jari Thumbs up kat pelayan)..pelayan tu pun berlalu pergi dengan senyuman puas setelah berjaya memuaskan hati salah seorang pelanggan nya pada malam itu.
terus di lanyaknya lamb itu ke mulut
Sambil makan sambil bersembang sambil mengutuk sambil bergelak ketawa..sampai lah sedar tak sedar makanan semua dah habis licin..nampak sangat kami semua kelaparan tahap maksima..haha..u pun setelah pinggan berpusing pusing atas meja(maksudnya kami ni kongsi meal,takder la menghadap sorang sorang jaa..)
pehhhh semua licin apa kes??
Suka lah dengan environment dalam nya yang mengekalkan konsep suram suram romantik..memang sesuai sangat kalau korang couple nak mai makan kat sini..tu pun kat meja sebelah kitorang ada satu pasangan kekasih berbuka puasa bersama-sama..
Dah habis makan kitorang sambung bersembang lagik..menceritakan susur galur keturunan semua..haha..citer pasal kerja bosan so baik cerita pasal isu semasa kan..tengah tengah layan duk bersembang tetiba BLACK OUT..hmmm awat duk main main blackout nih..tak bayar bil letrik kaa nih..kan TNB dah potong api..hhihihihi
Rupa-rupanya it's a well planned Suprise for Both of us..by saying Both of us,me and Aida..My birthday is on 6 september and Aida Belated on 24 August..so this is it,double celebration for both of us-really well planned by boyh of them-Ziana and Nikli.Seriously I'm Touched.
Dalam pekerja diorang nak nyanyi tuh Kak Tie kol..actually ada berita kurang enak sikit pasal family aku pada masa ini..tapi demi tak menspoiled kan suprise yang ada so aku simpan dulu kisah itu untuk kemudian..(gamabr:pekerja tony Roma's duk pasang lilin kat Brownies Ice cream tu)
Then semua pakat pakat menyanyi lagu Birthday kat situ..
HAPPY BIRTHDAY TO AXIM AND AIDA..
Happy Birthday to you...
semua bertepuk tangan dan masa ni rasa macam best sangat..tak taw la pulak ada kezutan sebegini lagi..memang sporting la semua pekerja kat situ!!korang ni memang pandai la bersekongkol ngan Tini tu..Syabas syabas..Thanks!!
time to blow some candle..
ready one,two,three,fuhhhhh..
aku duk tiup slow sangat kaa sampai lilin tu tak mau padam padam..haha..sebenarnya saja la duk tiup slow slow..kang habis tersembur ayaq liur aku masuk kek sapa nak habiskan kek tu plak..haha..Tapi kek ni sedap!!tambah pulak ada eskem kat bawah tu..lazat!!
Sessi berbagi Kad dan hadiah bermula..memang sweet sangat moment ni..Thanks Ziana tolong snap gambar di atas mengakibatkan dia takder dalam gambar gambar ni..hehe..yang penting hadiah dah jadi wakil kira ok la tu kan..the best part is Nikli pun dapat jugak Hadiah Besday in Advance apa kes??(buat muka tak puasa hati nih..)
this is free-Compliment from Tony Roma's Crew
Terharu sangat bila baca kad yang diorang kasi..i never thoughT this is my celebration gonna be,but this is for real..at least for now i've found them.You guys really makes me feel this way,and there's nothing left for me to say anymore.TQ.
Ziana kasi kat kami bertiga semua hadiah yang sama..Tiket Air Asia ke satu destinasi yang akan di kongsikan beberapa bulan lagi..tahun depan sebenarnya..haha..Thanks!!i'm shocked,but at the same time just remember the same Gift last year-also air asia itinerary..hmmmmm..
sambung lagi baca kad..
Aida pulak tak dapat menahan sebak di dada(macam ayat lirik lagu melayu kan),terus terhambur lah air mata nya di situ..terharu sangat sebab dapat celebrate macam ni..next year kita celebrate lagi k..jangan Lupa bulan doblas ni kita celebrate diorang pulak..Insya Allah..Budi yang baik di kenang jua.
Hadiah Aida-Shawl ESPRIT belah kiri tu aku yang kasi dan handbag Charles & Keith TU nikli yang kasi..lawa lah Handbag tu pandai hang pilih nooo..aku kalau bab pilih handbag pompuan memang la tak pandai..banyak sangat pilihan nya..
Ingatkan dah habis skali ada lagi hadiah yang muncul ni..apa lah agaknya mender dalam paperwrap Hitam tuh..hmmm tak taw apa yang terlintas dalam fikiran masa tuh..
Taraaaa!!Rupanya inilah hadiah yang tersembunyi dalam kertas hitam tu-BEG TRAVEL DEUTER 45+10...Alhamdulillah!!syukur sangat!sebab memang dalam wish list aku nak beli bag ni dalam Oktober nanti sebelum travel ke Seberang..alih-alih depa dah belikan dulu..TQ TQ TQ..you just dont have any idea how much i appreciate this..FYI,beg ni Nikli dan Aida yang bagi..thanks.
another pakej for this year..Syukran.
Oppppss Kontroversi gambar nih..takdak apa yang kontroversinya ok..tangan tak bersentuhan pun..hehe..just silang suap menyuap jaa,Double Birthday Celebration..Happy belated Birthday to me and Aida!!(sempat lagi kan nak wish kat diri sendirik..)
sedap sedap sedap..
Thank You so much Guys..:)
Semuanya dah selesai..On their part,they were all so happy because semuanya berjalan lancar..on my part,i just had this feeling-it was awesome!!the celebration was awesome..How lucky i am to have then in my life..Orang kata kawan gembira ramai tapi kawan menangis sukar di cari..I guess the harderst part is over and now we can stick together..as ONE.
SEMUA SENYUM NAMPAK GIGI..NGEEEE
Nasib ada akak suara kartun yang jaga counter tuh berbesar hati nak amik gambar kitorang kat depan restoran nih..jam dah menunjukkan pukul 10.30malam,semua kedai dah banyak tutup..kami merupakan orang yang dah last last keluar dari Restoran..Thanks akak suara kartun!!
United We Stand..Together as ONE..
I'd never given much tought to how this year birthday celebration gonna be,but you guys just make it real for me..but even if i had,i would not have imagined it like this.When life offers you a dream so far beyond of you expectations,then what's left on you to say anymore-maybe the word THANK YOU is overrated but for now,it just the best word to deliver to them..
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me..
Thank you.for being such a GREAT FRIEND!!
seronoknya! :D i wish i could join :(
ReplyDeletehmm, berita yang tak seronok tu apa azim? mind to share with me?
adeh, aku lamb makan... tapi kalau tak masak betul memang fail sebab lamb ni senang ada bau.
salmon i loike too!!! sangat sedap kan? :D kalau pergi japanese restaurant mesti order tepanyaki salmon!
hehe rajin kan zeity sapu butter tu. dulu masa dengan ej dia yang sapukan haha! aku macam ko... ngap!
baju purple tu suit you. nampak sweet :)
happy belated birthday bro
ReplyDeletea fantastic birthday celebration! :-)
ReplyDeletesempoi sempoi. hang kalau bergambaq mesti letak tangan atas bahu orang kan? hehehehehe
ReplyDeleteOH ENCIK SEPUL..
ReplyDeleteni lah first time kita berjumpa..hahahaa..
lawak pulak bila duk baca entry lama.hahahaa