About AXIMUD

Thursday, November 19, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ADEK IDA

Dulu time kecik-kecik ,kita main sama-sama,kita menangis sama-sama,pergi mengaji sama-sama,hatta kadang-kadang tidur pun sama sama..hehe..tapi tu cerita dulu.Cerita zaman siri Tv Flash man dan Maskman sedang hangat di perkatakan..cerita dulu time zaman kita bergaduh sebab berebut mainan dalam kotak Tora..cerita lampau bila kita sama-sama main guli dan lompat ting-ting..Indah bukan dnia kita pada waktu itu?

Bila kita terlau asyik melayan dunia kanak-kanak itu,tanpa kita sedar masa sangat pantas berlalu pergi..Sedar tak sedar kita kini dah menginjak ke alam Dewasa,alam yang sangat berbeza dari dulu..Kalau dulu apa saja yang kita ingin merengek manja sajalah dengan mak dan ayah,pasti kita akan peroleh apa yang di hajati.kalau dulu dunia hanya penuh warna indah,tanpa ada masalah menghantui..tapi semuanya dah berubah.Tak ada yang mudah kini.

Dan bila segala-galanya sudah terlalu lewat untuk kita kenang kembali,tiba masanya kau akan pergi bersama insan lain..insan Yang bergelar Suami..Tahniah adik ku..abang tumpang gembira untuk kamu..Selamat bertunang!!dan tak lama lagi kau akan jadi isteri orang.Pesan abang,semoga adik menjadi isteri yang solehah dan taat..Selamat berbahagia adik!

22 SEPTEMBER 2009

Hari Raya aidilfitri yang ke-3 waktu ini.rombongan Meminang dari Terengganu Tiba untuk membawa hajat yang besar..meminang satu satunya bunga yang paling bongsu dalam keluarga kami..adik dah bakal di tunangkan dengan jejaka pilihan hatinya..Alhamdulillah.

1

kek pertunangan adik..

2

Selamat Bertunang Rashidah & Zulkifli

3

Barang hantaran dari pihak perempuan

4

majlis bermula selepas maghrib

5

ramai sanak saudara yang datang

6

mak,ayah dan wakil dari belah lelaki

7

ni anak sapa nih??hehe

8

ayah dan abang kepada bakal pengantin lelaki

9

cincin di sarung tanda persetujuan di capai..

10

mak bersalaman..

11

seriously,i'm happy for you..

12

perbincangan di teruskan..

13

bersalam mesra dengan bakal ipar duai

14

hantaran dari pihak lelaki

15

it's makan time..nasi beriyani abe Shuk buat

16

kak ija,adek dah dan kak tie.

17

all the girls..

18

Abang harap segalanya tetap sama selepas ini..abang shuk pun dah kahwin,giliran adik pula bakal menyusul..semoga Hubungan kita adik beradik mak dan ayah tetap semakin kukuh dan tegar..Insya Allah.

20

pok zi dan Mokzah pun ada..

21

awat aku macam lain tema tuh??hehehe

22

kami dengan Ma,jiran paling rapat

22a

abe shuk,kak ina dan kak tie

23

nuyul bersama pakcik sedaranya yang baik hati..

24

bersama kembar mokzah..

25

seronok sangat laa nih dapat duit raya..

25a

Ini hal lain pula.Selesai majlis Adek dah bertunang,rombongan dari pihak lelaki pun pulang..malam raya ketiga tu Kak Tie juga akan pulang ke Kuala Lumpur sebab esok dia kerja..Bon Voyage kak tie!!

26

Dan bila selesai semua majlis,aku dan along(anak kak tie yang paling sulong) mula mengatur corak pertempuran di luar rumah-basuh pinggan yang mana ada..sekutu kuat aku nih si along nih..hehehe..seronok okeh basuh pinggan macam nih..walau pinggan banyak tak terasa sangat..rasa cepat jaa habis.

27

T.A.H.N.I.A.H. ADIK IDA!!

*ini kisah pertunangan nya..majlis Perkahwinan akan berlansung pada 21 November ini(malam ni aku balik kampung,esok cuti sehari)..lagi dua hari adik ku ini akan di nikah kan dan sah secara mutlak menjadi hak milik suaminya..aku doakan yang terbaik untuk mereka..Amin.

16 comments:

  1. serius... tergelak haku tengok ko menyental pinggan mangkok!

    Ko amek part sabun-menyabun ek? Along pula part bilas membilas...hehe. Ngam lah tu...

    Tahniah buat Adik Ida. Semoga pertunangan berkekalan ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  2. wah...banyaknya hantaran. ingatkan majlis perkahwinan tadi. anyway didoakan agar mereka berdua berbahagia menempuh alam pertunangan yang indah.

    psst axim pernah makan di Pak Long Corner di Kampung Pelet tak?

    kedai member baik kami tu.

    ReplyDelete
  3. cikgu zam turut mendoakan adik Tuan akan jadi isteri taat dan solehah. Aminnnnnnnnn
    Semoga sentiasa dipayungi kerahmatan, dan kenikmatan hidup

    ReplyDelete
  4. teringat plak ms kita di pinang buah hati gembira ada seday ada n mcm lah..huhuhu.tahniah buat adik ida ek..

    ReplyDelete
  5. Tahniah dik Ida..semoga segalanya berjalan lancar...

    p.s Takpe axim warna baju anda tuh tema warna pinang dah hehehehe

    ReplyDelete
  6. baju oren dah lari tema tuh...nak menyerlah lebih kot????

    ReplyDelete
  7. awek baju biru yang ada bunga besar kat perut tuh cun la...

    ReplyDelete
  8. Tahniah dan cantik gambar u amik.Taknak buat tutorial ke?

    http://eyriqazz.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. komen bozzo yg second tuh sempoi..
    majlis selesai sudah..
    :)

    ReplyDelete
  10. tukang cuci pinggan yea...huhuhu

    sental jgn tk sental..lalala..

    ReplyDelete
  11. congrats to ur lil sis on her wedding..moga kekeal ke anak cucu

    ReplyDelete
  12. bestnya tgk ikatan kekeluargaan axim ni mesra dan kukuh betul...

    ni..adik udah..abang udah..

    yg tengahnya (axim) bila pulak?

    * jgn tunggu lama2..nanti lama2.. dia diambik orang....

    ReplyDelete
  13. macam cantik sgt sgt je hantaran dari pihak pompuan tu kan kan kan....
    sapalah yang buat tu ek....
    he he he

    ReplyDelete
  14. simple but very nice,,, yang penting ikatan itu diberkati oleh-Nya,, amin.

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..