Salam Hari Jumaat..Penghulu segala Hari..
Aku sering tertanya-tanya mengapa manusia tak pernah puas dengan apa yang ada.walau kita miliki satu dunia,kita tetap akan mencari sesuatu yang lain,sesuatu yang tidak kita mampu miliki..Itu sudah Fitrah.Fitrah asal kejadian manusia yang takkan pernah berpuas hati dengan apa yang ada..Sering melihat kehidupan insan lain,walhal kehidupan sendiri sudah lebih dan memadai..Bersyukurlah.Dengan Bersyukur itu tanda kita berterima kasih pada Tuhan atas nikmat dan kurnia yang di limpahkan pada kita..Nikmat Tuhan terlalu Banyak,Hargailah apa yang ada di depan mata sebelum semuanya lebur sekelip mata,dan kita di rundung penyesalan hingga hari tua..
erkkkkk..
Tertazkirah pulak pagi pagi jumaat nih.sekali sekala kan nak menginsafi kejadian diri..ok ok back to normal.aku nak citer sambungan pasal kisah balik kampung 3 hari yang lalu..masuk hari kedua di kampung..
15 FEBRUARI 2010
I
Pagi hari isnin yang indah.
Indah lah sebab takyah kerja..siap boleh ada kat kampung lagi..hehe..best minggu ni sebab cuti bukan main panjang..Pagi pagi hari lagi anak-anak sedara yang ada duk sibuk pi kat Kolam Ikan keli Mak,nak tangkap ikan keli untuk di buat lauk..Mak ada bela ikan keli,dalam 200 ekor macam tuh..kalau dah sampai masa boleh la komersial kan kolam ikan keli tu.Insya Allah..
Semangat masing masing duk nak tangkap Ikan keli..Adik Da ngan Zul(adik Ipar) yang jadi mastermind pi tangkap ikan keli.Alhamdulillah dapat lah dalam 10 ekor,buat makan untuk lunch nanti..
Bawak balik ke rumah,Kak Tie yang tolong menyiang dan buang hanyir ikan..kesian ikan keli ni.hehe..
Maka terhasil lah IKAN KELI SAMBAL..lauk faveret.Ikan keli kalau goreng sambal macam ni aku makan dan memang suka.kalau wat masak lemak or gulai aku tak makan sebab nampak ikan keli tu macam lembik semacam nanti dalam kuah.Fyi,kak tie yang masak keli sambal ni..sodappppp..
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI ni Shuk yang masak..tak sangka pulak ada ketam..lama dah tak meratah ketam,so memang aku seronok sangat tengok ketam ni masuk dalam senarai lauk untuk makan tengahari..
Yag ni pun aku tak boleh tahan tengok-IKAN TONGKOL BAKAR..kalau kat terengganu kitorang panggil ikan ni Ikan Aya.ntah,dah namanya macam tu.ada sesetengah orang panggil ni ikan kayu.depend lah korang nak panggil apa pun yang penting ikan ni memang sedap.kalau buat kuah nasik dagang pun biasanya memang pakai ikan ni.
Lat but not least-IKAN KEMBUNG BAKAR..ikan termenung kaa ikan kembung?sama jer.sebab ikan ni memang suka termenung.
aikkk yang ni pun ada..Tekak ayam dan Kaki ayam goreng tepung-skill nak habiskan stok dalam peti sebab ni tekak dan kaki ayam hasil dari majlis aqiqah semalam..kalau tak buat macam ni konpem nanti takder sapa makan..tergoda iman tengok ayam goreng tepung..sabar xim sabar..
Baru aku perasan sekarang Gizi makanan tak seimbang sebab takder sayur..ada ulam Timun jer kira ok lah kan..yang penting Budu dan air asam ada skali,lagi lah best cicah ngan Ikan Bakar..laju jer masing masing menyuap makan.sambil makan sambil bincang hal family..dalam keluarga kami aku dah faham benar.tak boleh kalau tak makan sama-sama macam ni.Didikan dari kecil tu..:)
II
Selesai makan tengahari,kitorang adik beradik berpakat nak berjalan ke Mesra Mall,satu satunya Mall yang ada kat Kemasek ni.Baru bukak tahun lepas,tapi yang bestnya kat situ semua ada..Cadangannya kami nak pi main Bowling dan nak beli barang makanan untuk Buat BBQ malam nanti..
sehati sejiwa-Abg Shuk & Kak Feeza
Sampai kat Mesra Mall Nurul Qiadah aka Yaya dpat Stroller baru..budak kecit ni pun ada skali,nak ajar dia erti kehidupan..hehe..yer lah,dah mak bapak dia ikut takan nak tinggal kat rumah pulak.so bawak jer skali..Boleh tahan ramai jugak orang kat Mesra Mall ni..hebak ahh kampung kawe!!
The Body Shop pun ada okeh.jangan main main.hehe.Kitorang memang just round round jer dulu kedai kedai dalam Mall ni,sebelum meneruskan agenda utama-nak main Bowling..rate bowling kat sini satu game Rm5.50..
Kat sini ada U-Bowl..macam kat One Utama tu.mas akami sampai waiting list dah 15 prang,kitorang jadi yang ke-16..bayangkan lah berapa ramai yang duk pulun main Bowling..apa nak di kato tunggu ajo lah..
Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,kat sini jugak ada Sports Planet ya.ada gelanggang futsal.so orang kampung kawe memang sihak sokmo lah,hari hari buleh gi main Futsal..tak yah doh nak melepak lepak buang masa..pi main Futsal abes citer..sihatkan badan dan cergaskan Minda.
So what to do,sementara menunggu kat tepi kawasan main bowling tu ada game game yang banyak ni..bosan menunggu kitorang tukar lah dulu Token nak main game yang ada kat sini.suka suka ajer.(gambar atas:laki bini duk pulun main KOF..hehehe)
Game Racing keter ni best.Adek da siap lawan ngan ami tuh.Menang.haha..
Dalam duk main game ni sambil tunggu jugak nama kena panggil dari Bowling punya receptionist tapi lambat yang amat.Orang main sampai 5-6 games ker hapa..sebab dah lewat,kitorang membatalkan hasrat nak main bowling.dapat main game ni pun jadi lah..
Dari tempat Bowling kitorang masuk pasaraya nak cari barang makan untuk BBQ malam ni..just buat yang simple simple jer..macam dah jadi kemestian pulak acara BBQ kalau kami sekali sekala berjumpa macam ni.but,truly that was the fun part..and i've enjoyed it so much..
III
Bila malam menjelma..
Barang dah beli,ayam udang dan sosej yang ada..cukup lah.tak perlu nak melebih lebih.Perap kan segala apa yang patut,then pasukan lelaki duk sibuk sediakan tempat bakar dan bara sekali..yang penting Kerjasama..
ayam,udang dan Sosej..
Peringkat permulaan pembakaran tak berapa menjadik sebab bara kuat sangat,so ayam hangit kat luar tapi isi kat dalam tak masak..as a solution-kami naikkan tempat bakar tuh.buang bara sikit.then keadaan menjadi lebih terkawal..bau sungguh sedap!!
nak senang kerja,tak yah pakai tudung periuk.zaman dah moden so pakai jer kipas angin.hulur kat bara konpem marak menyala.tu yang ayam cepat hangit tuh.
nampak sedap tak??slurrrppp..
Oleh kerana bara sangat mantap,maka proses pembakaran ni sekejap jer.tak sampai sejam pun.ok lah,lebih kurang sejam jer.tak lah makan masa sangat..lagi pun tak banyak yang nak di bakar.kang membazir pulak,tak pasal pasal kena jadi kawan setan.
sambil bakar sambil makan,baru best!
Juadah untuk malam ni-Nasik Goreng Pedas,Ayam Bakar,Udang Bakar,mashed potato,dan jugak sotong kangkung.ayah request nak makan sotong kangkung..Kuah sotong kangkung memang sangat menjadik malam tu!sedap sangat..memang bertambah tambah ayah makan..kami pulak yang naik risau.
yang paling penting,Keropok Lekor Meraga Beris ni tetap menjadi pujaan hati.aku rasa aku ni memang peminat tegar keropok lekor..sebab walau di bumi mana aku berada mesti keropok lekor jugak yang aku cari..pi perlis cari keropok lekor,kat penang cari keropok lekor,even pi Miri 3 minggu lepas pun beli keropok lekor!!nak wat camana,dah memang membesar ngan keropok lekor..sedap!!
ika tengok ayam bakar..tak tahan dah ni..hehe
In a family Potrait,we look really happy..makan kat luar rumah,best sebab angin mendayu dayu..plus,makan ngan family.ada sahaja perkara yang jadi bahan dan kami ketawa ramai-ramai..bahagia sungguh..i know,everybody will claim they have the best family in the world.so do i.i just know this is the best family,and i wont change it with anything..
Bila sessi makan makan bermula,keadaan menjadi sungguh sibuk..tangan bersilang silang pinggan melayang layang...kak la tak join masa ni sebab nak menyusu anak kat atas..tapi sememangnya semua makanan sedap sedap.hancur diet aku.but who cares?bila lagi nak makan macam ni.sekali sekala so why not..
Kebetulan masa ni kitorang buat sambutan Hari Jadi untuk Mimi,anak ka tie yang nombor dua.Birthday nya jatuh pada 17 Februari tapi ni kira in advance lah..(17 hb dah kena kerja..so her mom not gonna be around).Uniknya Cupcake ni Adek Da yang buat..sedap pulak tuh!suka aku makan sebab rasanya tak manis sangat.lepas ni kalau besday takyah beli kek mahal mahal.suh jer adik da buat.puas hati makan.
Sanah Helwah adek..
Sanah Helwah adek..
Sanah Helwah Nur Ilaina Balqis..
Sanah Helwah Adek..
Teringat masa nyanyi lagu nih..nyanyi sampai 3 kali sebab silap sebut nama..macam-macam lah korang..hehe..lawak pun ada.nanti pok zim belikan hadiah yer adek..
Sambil makan kek sambil kitorang bersembang lagi..sedar sedar jam dah pukul 1.30 am!!memang macam tu lah,bila dah bersembang sampai tak sedar waktu..yang pasti,we really had a GREAT time together malam ni..A good food,a great accompany,so what else will you asking for??
Keesokannya,(16 Februari 2010) masing-masing mula mengorak langkah untuk pulang..kak tie balik KL,aku balik ke Penang,Shuk dan ak Feeza balik Temerloh,Kak Ina balik Dungun dan Adek da.Zul balik Terengganu..Ami ngan Faiz pun balik ke sekolah masing-masing..Pertemuan pasti di susuli perpisahan-itu Lumrah..harus di hadapi dengan Tabah.Nanti ada masa kami semua pasti kembali lagi..
*The happiest moments of my life have been the few which i have passed at home in the bossom of my family..
amboi seronoknyer org tue blk kg,
ReplyDeletehuhuhuhuhu,
nak jugak blk kg,
tapi x der kg!!!
sedeyyyyyy
wah..seronoknya berkumpul ngan family members yg len...kalau kitorang suma balik Johor, kami mesti wat BBQ jugak..agaknya BBQ tu simbolik utk org gathering kot...
ReplyDeletepatut lah sunyi sepi. rupanya tudia... hentam kaw2!
ReplyDeleteaku semua feveret except keli. mmg susah nk makan... kalau garing gila2 buleh la haha...
da la aku x makan lunch lg. br balik dr usm... penat giler.
org t'ganu eh..ptt la cm knal je gmba2 tu..mesra mall rupenye~
ReplyDeleteerrrkkk.... terpana dengan tazkirah.
ReplyDeletethanks :)
salam berhujung minggu
asal lain mcm je aku tgk keropok lekor tue.
ReplyDeleteCIK WANIE,
ReplyDeletekira alor setar tu kampung cik wanie lah tu..
:)
KNIEDAZ.
ReplyDeletehaah la kot..memang BBQ tu simbolik kot.kitorang dah tahap wajib dah buat BBQ ni kalau jumpa ramai ramai..
FAISAL ADMAR,
ReplyDeletekeli sambal lah paling sedap!!
FINAZ,
ReplyDeleteyeap..saya orang ganu..
MAKSU,
ReplyDeleteselamat berhujung minggu jugak maksu..
XPLORER,
ReplyDeletelain macam sebab keropk tu tak rebus dulu,terus goreng jer lepas dah di lekor kan..