About AXIMUD

Friday, April 9, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KUALA PERLIS

Lupakan sebentar Trip Kota Kinabalu yang masih tidak berkesudahan.

Ini kisah Petang semalam.

Entah angin apa datang,aku ambil Cuti separuh Hari sebab nak ke PERLIS INDERA KAYANGAN..tujuan??nak makan Seafood di Kuala Perlis..Murni tak tujuan aku tu??haha..actually sebab nak bawak one of my fren,Aida ke Perlis,saja jalan-jalan..sampai Perlis dalam pukul 5 petang..then kitorang singgah umah kawan,melawat kawsan jap..sampai lah Maghrib..Selesai solat maghrib,terus shoot ke KUALA PERLIS..

1

Tetiba Hujan lebat yang amat dalam pukul 8 pm..Bumi Perlis di simbah rahmat..Untuk pengetahuan rakan rakan semua,first time aku nak try makan kat Kuala perlis ni walaupun dah beberapa puluh kali ke Jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi..biasa lah,takder dorongan..dah ada member ni laju la sikit kan..masa kami sampai banyak jugak kereta duk ada..

2

Mari lah memilih apa yang ada untuk santapan di malam hari..

3

Macam biasa lah,kalau dah tepi laut Seafood lah yang ada..ada Udang,ada Ketam,ada sotong.Ketam pun ada tapi kami tak ambik ketam..just ambik Ikan Siakap untuk Bakar,Sotong buat Goreng Tepung,Udang Masak Cabai..dan last but not least-

4

Kami order MENTARANG ni..buat masak asam.sekarang musim rasanya sebab on the way ke Perlis petang tadi memang ramai orang duk jual tepi tepi jalan..First time jugak aku nak try makan MENTARANG ni..keluarga siput kepah kerang lokan jugak kan..cuma bentuknya yang panjang bujur tu membezakan ngan yang lain..aku suka try benda baru kalau bab makan..kata nak live life to the fullest.

6

senyum sahaja lah kalau bab bab makan ni..

7

Lupa nak bagitau,kami ke tempat makan di Kuala Perlis ni skali ngan Idah,member Aida masa sama sama pergi Trip ke Pulau Redang bulan Ogos tahun lepas..thanks bawak kitorang makan kat sini..apa lagi,order lah air dulu sementara menunggu makanan siap kan..aku order air suam jaa.malas nak minum minuman manis.taktik bijak untuk mengurangkan kalori dalam diet..(diet lah sangat padahal sat lagi mentekedarah separuh mati..)

8

Meja kami no.40 yer tuan tuan dan puan puan sekelian..

9

KAILAN IKAN MASIN = A

10

SOTONG GORENG TEPUNG = A

11

UDANG MASAK CABAI = A

12

ULAM-ULAMAN..

13

MENTARANG MASAK ASAM = A++

14

IKAN SIAKAP BAKAR = A++++

15

Kalau semua makanan dah di rate A makanya memang lah kami bedal sampai Licin..tak agak agak kan semua dapat A..best student sangat!!tapi betul..aku bukan rate suka suka.memang sedap dan lazat(ikut tekak aku lah..)..diorang pun kata sedap!memang sengkek perut sebab macam dah penuh sangat..hancur Diet aku!!tapi aku tak kisah..lepas ni workout balik.tak aximud lah namanya kalau tolak rezeki..yang menjadikan Dinner ni lagi best sebab Idah belanja..Thank you so much!!!i owe u once.

17

Ini ialah muka yang sungguh GIRANG setelah kekenyangan..

19

Sampai ke atas aku panjat..Orang Perlis jangan marah nooo kalau roboh tempat ni

22

Dah puji punya baik Restoran ni lupa pulak nak Promote secara percuma-ini lah nama Kedai yang kami Makan..Citarasa MONA namanya..Bukan Mona Fendi mahupun Mona Lisa atau Mona Ghani yek.Sekadar MONA semata-mata..Cubalah!anda pasti takkan menyesal..tak sia-sia aku drive dua jam dari Penang nak mai makan.Berbaloi-baloi!

*Dari Kuala Perlis ni aku ngan Aida pulang ke Penang..sampai Penang dalam pukul 1 pagi..hari ni tak cuti yer..still kerja..tapi kalau dah teringin kan.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Salam Jumaat salam 1 Malaysia!ADIOS!

27 comments:

  1. uish,
    menyelerakan sungguh bila tgk hidangan mknan itu,
    tapi lain kali g cuba plak kat LINDA,
    sedap jugak:)
    hahahahaha...

    nie yg x sabar nak bwk kwn2 dari KL nanti ke Kuala Perlis nie,
    cepatlah 1 MEI,
    hihihihi:)
    (jom join)
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. ko memang ganas!
    haha 2 jam semata-mata untuk makan.

    aku pun kalah! :P

    bila nak bawa aku gi sana?

    ReplyDelete
  3. ya tahniah. Mona memang di kenali ramai sebagai kedai yang paling mantap di antara semua kedai kat situ. nanti senang2 mai lagi la ye. untung2 aku ada kat perlis leh bawak hang pi hatyai

    ReplyDelete
  4. banyak tul plus plus dapat kat ikan tu.

    harus cuba ni.

    ReplyDelete
  5. Mak aih! Sampai ka Perlis nak makan Seafood. Siap ambil cuti tu. Baik sungguh rakan ni. Haha

    Kailan ikan masin dgn sotong goreng tepung.. Pergh!

    ReplyDelete
  6. metarang tu yang best tu .pebret aku . hang try la pulak din ikan bakar kat kepala batas , makanan dia unik skit .confirm hang suka

    ReplyDelete
  7. sedapnya mentarang
    my peberat gak tu

    ReplyDelete
  8. first time plak tengok MENTARANG tu...


    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  9. huish..tgk sayur kailan tu terliur..yg len2 tak makan pun xpe..janji sayur tu ada..hahaha..pelik kan? ngee

    ReplyDelete
  10. ooo baru pegi ke? patut la teringat² sampai ke blog orang, haha

    tengok dari gambar mmg ikan bakar kuala perlis ni menang la :)

    ReplyDelete
  11. uhhh yang A+++++ tu mmg mantop la nampaknya,, tuh kok roboh tangkap dia cik. hihihih

    ReplyDelete
  12. CIK WANIE,

    nanti kalau ke Kuala Perlis lagi nak try lah makan kat LINDA tu..since ramai yang dah rekemen..

    ReplyDelete
  13. FAISAL ADMAR,

    jom lah nanti one fine day kita ke sana,boleh makan mentarang lagik..

    ReplyDelete
  14. ENCIK SEPUL,

    MONA memang terkenal kat situ ekk..tapi memang sedap!!thanks to my friend yang rekemen makan kat situ..:)

    nak bawak aku pi hatyai??kalau dah balik perlis habaq laa ok

    ReplyDelete
  15. FIEBIE,

    dapat plus plus banyak kat ikan tu sebab isinya yang fresh dan tak rasa pasir..biasa nya siakap kan akan rasa sangat ke daratan ikan tersebut..yang ni memang mantap!!Cuba lah.pasti tak menyesal..

    ReplyDelete
  16. BLUECRYSTALDUDE,

    boring ngan kerja kat opis tu yang amik cuti half day ke Perlis sana..tapi memang berbaloi baloi since makanan nya semuanya sedap!!

    ReplyDelete
  17. XPLORER,

    tengah mencari masa gak ni nak ke gerai Pak Din Ikan bakar tu lepas baca review dalam hang punya blog..nanti akau pi aku buat review then aku buzz ko kat Blog..

    ReplyDelete
  18. M.Q,

    baru first time makan.but totally i love it!!

    ReplyDelete
  19. ADRY,

    pernah tengok sebelum ni,tapi ni first time rasa..:)

    ReplyDelete
  20. KNIEDAZ,

    sayur tu pun sedap..sama ah ngan saya kak.kalau makan apa apa mesti kena ada sayur kalau tak rasa macam tak lengkap je

    ReplyDelete
  21. KOG,

    tengok gambar pun dah menang,kalau ko rasa mesti terus sujud syukur sebab kesedapan nya melampau..

    ReplyDelete
  22. NASAZFROG,

    yeeaaaaasss...tepat sekali.memang mantappp sesangat ikan tu..

    ReplyDelete
  23. try makan kt lynda.. dia bukan kat tepi laut.. kt dalam sikit.. dekat2 ngan unimap n shell..

    ReplyDelete
  24. salam axim

    aku baca kau tulis pun aku rasa menitik air liur...mesti sedap....aku selalu pi langkawi..tapi dari kuala kedah sbb tak jauh dari umah..

    anyhow lani aku dah merantau kenegeri org...umah aku tak jauh ngan lcct..hik222...

    rdgs khairi gerbangkasih.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Salam...try2 cari sal mentarang td..terjumpa blog encik...sy asal perlis..mmg slu makan kat mona tu..byk2 kedai kat situ sy paling suke mkn kat mona...sedap sgt..dtg la perlis lg..bes..hehe..

    ReplyDelete
  26. nk tny sket lah kan,msa korg mkn kt rstoran mona tuh total kna brapa hingget eyh?mahal x?igt nk p mkn kt sna gak,tp nk wt bdget dlu ha..mklum r stdent kan ..kerh3!

    ReplyDelete
  27. CIK GADIS,

    bajet dalam RM50 dah cukup untuk makan macam ni.

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..