Untuk kesekian kalinya,aku balik lagi ke kampung halaman tercinta..
Berjumpa mak dan ayah,adik beradik yang lain,anak saudara yang semakin petah..membuat jiwa aku tenang seketika..Kepada keluarga juga kita akan kembali kan jika di rundung masalah sebesar mana pun..Berita Gembira-adik dah dan Kak Fiza(isteri Shuk) masing masing dah pregnant..menunggu masa untuk anak saudara aku bertambah..Alhamdulillah syukur pada tuhan yang tak putus putus mengurniakan rezeki pada kami..
Sekarang musim Sotong kembali..so boleh lah nak dapatkan sotong yang bersaiz besar dengan harga RM10 Sekilogram..Mak duk ajar aku cara cara nak buat Ketupat sotong..makanan Orang terengganu/Pantai Timur rasanya..sebab kat tempat lain aku tak jumpa..mari-mari semua kita belajar cara-cara membuat KETUPAT SOTONG..:
Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair.
Sotong dibuang kepala dan dibersihkan
Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak
Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong
setelah itu sematkan sotong dengan lidi
Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba.
Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Senang bukan cara-caranya??bila balik kampung aku memang tak hirau pasal diet..bukan tak concern,tapi sekali sekala balik rugi kalau aku lepaskan peluang untuk menjamah makanan tempatan..nyata Ketupat sotong ni sungguh enak dan lazat!jumlah terkumpul aku makan ada la dekat 10 ekor!hebat tak??haha..Sebelah malamnya kami mengadakan BBQ,iaitu acara wajib kalau kami jumpa ramai ramai..
Entri seterusnya la aku ceritakan pasal BBQ nite tu ok..
*aku akan menghadiri kursus di RESIDENCE HOTEL,BANGI dari 3-5 Mei 2010.
10 ekor? waaa... syabas!! hihi
ReplyDeletehah memang.. balik kampung kaluu... mmg TERBABAS la bab diet semua nih... hihihi...
ReplyDeletetak pernah lagi dapat merasa ketupat sotong.. nati nak bercuti cuti Msia kat Tergannu la
ReplyDeletexpenah rasa lagi..mesti lemak berkrim..hehe
ReplyDeleteah, nampak sedap. tapi tak pernah rasa.
ReplyDeleteketupat sotong besttt.
ReplyDeletepernah buat..and sedappp..
:).
lemak2 gitu.
ketupat sotong ni kita makan lagu tu saja ka? atau makan dengan kuah ka, cicah kari ka. sirius tak penah tau pasal ketupat sotong ni
ReplyDeletetak penah aku tgk ketupat sotong
ReplyDelete10 ekor? *pengsan*
ReplyDeletetak pernah lagi tengok ketupat sotong ni..first time :)
ReplyDeleteTak pernah tahu...tapi confirm nampak menarik. Ada ke jual kat mana mana restoran kat Trengganu?
ReplyDeleteKOG,
ReplyDeleteyeayyyyy syabas bettee!!
KAK TINY,
ReplyDeletetau takper..huhu..dah kat Penang ni kena jaga balik lah..
KAK ELLY,
ReplyDeleteCUTI JANGAN TAK CUTI OK..TERENGGANU PUN BEST AKAK!
KNIEDAZ,
ReplyDeletememang lemak berkrim akak..sedap sangat..u shud try ok..
CAHAYA,
ReplyDeleteKENA RASa la kalau macam tu..life is short..:)
CATZ,
ReplyDeletehaaa ni baru kawan ku sejati..sedap kan catz!:)
ENCIK SEPUL,
ReplyDeleteketupat sotong ni makan ngan kuah santan tu..atau tanak makan ngan kuah makan macam tu saja pun boleh..tak perlu dah sos sos lain..:)
XPLORER,
ReplyDeletekalau aku balik kampung diorang selalu buat..memang sedap..u shud try la..
FAISAL ADMAR,
ReplyDelete10 ekor tu aku campur laa untuk dua hari sepanjang di kampung..bukan sekali hadap 10 ekor..*ayat cover ni..hehehee
KAK NOR,
ReplyDeleteRamai nya tak pernah dengar..kalau buat berniaga kat KL mesti laku ni..:)
FENDI FID,
ReplyDeletesusah nak kata sebab sotong ni ikut musim..sekarang musim sotong..mesti ada kot jual kat restoran..tapi buat sendiri jer lah..kan dah bagi resepi kat entri ni..
selamat mencuba!:)