Kali ni baru aku berkesempatan nak story pasal Trip ke Universal Studio Singapore pada awal Jun yang lalu..Banyak sangat gambar sampai rambang mata tak taw nak pilih..so entri kali ni pun agak berat sebab ada banyak gambar,let the pictures speak for itself..:)
Enjoice!!
Awal pagi (pukul 8) kami menuju ke Plaza Larkin untuk bersarapan pagi di sana..Teringin nak makan Kacang Pool dan Rojak asma.sedikit hampa sebab rojak asma tak bukak lagi,awal sangat kot..Kacang Pool ngan roti ni dah ada so semua makan yang ni jer..alas perut sebelum masuk ke Singapore.
Sambil bersarapan sambil lah kami tulis borang putih,untuk imigresen.kami akan masuk ke singapore dengan dua buah kereta..aku bawak kereta jauh ni dari penang nak masuk singapore..memang hari yang bersejarah sungguh.hehehe..
Mungkin ramai yang tak tahu macam mana prosedur nak bawak masuk kereta ke Singapore..Just redah macam biasa masuk ke Imigresen,then daftar kenderaan anda di Pejabat imigresen..Bayaran 10 SGD akan di kenakan untuk kad AUTOPASS..(6SGD untuk kad,4 SGD untuk isian kredit) kad autopass tu macam Touch n Go kat sini,cumanya satu AUTOPASS dedicated untuk satu kereta,takleh kongsi kongsi..then setel lah.diorang akan cek road tax sahaja..kemudian jalan lahh.
Dalam satu jam lebih macam tu kami ke Sentosa Island ni..aku tak taw jalan,just follow kereta aida kat depan.nak harap aku bawak memang lah tak tahu..baik ikut orang JB yang memang dah biasa bawak masuk kereta ke sini..so here we are at UNIVERSAL STUDIO..
Ok satu perkara lagi sure ramai yang akan tanya berapa harga tiket masuk ke UNIVERSAL STUDIO??harganya dalam 66SGD..tu harga waktu weekdays..kalau weekend harganya 75SGD..tips:beli lah online takut tiket habis..nanti rugi jer korang masuk then tiket habis..oh yaa,dalam 66SGD yang kami beli,ada voucher meal 5SGD dan retail 5SGD..boleh di belanja di mana mana retail shop dan restoran dalam USS ni..(66SGD x 2.38 = RM)
So marilah sama sama kita menjelajah apa yang ada dalam Universal Studio ni.Lets!!
MADAGASCAR SECTION
Tak dapat jumpa maskot betul,yang ni pun jadi lah..
ni dah mengalahkan bebudak ni..hahahahaa
Jumpa jugak ngan maskot Penguin Mafia ni..King Julien pun ada..sempat lah bergambar sekeping.kira jadi lah.tu pun kena que nak ambik gambar.orang ramai sangat..
WELCOME TO FAR FAR AWAY : SHREK
dalam castle ni ada show SHREK 4D
Donkey dan anaknya yang mutan/puss in boots
Ni kawasan Rumah Shrek dan Princess Fiona..kat depan ni ada satu Booth standby untuk ambik gambar ngan Maskot dari Karakter Shrek..takder Luck masa ni nak jumpa Shrek tuh..sempat bergambar di kediaman dan Tandas Shrek jer..hahaha..Ok lah tu:)
ni show 4d Shrek saving Princess Fiona..3D biasa kita dengar kan..kalau 4D apa maksudnya??dalam show 4D ni kita akan rasa efek efek macam dalam show tu contohnya kalau ada angin kita akan rasa angin,bila Shrek ngan Donkey naik kuda kerusi tempat duduk akan terlonjak lonjak macam kita pulak naik Kuda,yang paling kelakar bila ada scene labah labah..rasa kat kaki macam ada labah labah berkeliaran..Geli lah!!tapi it was so fun!!kami duk repeat tengok sampai dua kali..:)
Lawa lah pulak Istana Far far away kat belakang tu..memang sebijik dalam Fairy tale tu.
JURASSIC PARK : THE LOST WORLD
Dekat kawasan Jurassic Park ni kami tak menjengah sangat..sebab orang sangat ramai dan nak que main game apa ntah kat atas tu memang makan masa sampai sejam kalau nak tunggu.so just ambik ambik gambar kat sekeliling ni.paling aku berkenan ada satu bekas air kepala Dinosaur..nak beli tapi mahal sangat..30 SGD.tak berbaloi untuk beli.
ambik ambik gambar je kat sini
Dekat belakang Jurassic Park ni ada jugak Muzium pasal Dinosaur..tak masuk pun.sebab taku tak sempat nak cover semua dalam satu hari..so kitorang decide nak masuk tengok show mana yang sempat.
Show Donkey ni sangat lah tak best.baik takyah tengok..buang masa saja..sebab Donkey ni just menyanyi.kan memang dalam karakter Shrek Donkey ni suka menyanyi..tapi biasa biasa jer.nak tengok sekadar nak berehat dalam auditorium tu boleh la.masa tengah show kitorang nak blah tapi tak boleh.Kena blocked dengan budak yang jaga pintu suh tunggu show abes.siot jer.
sila sila ambik star maps yang di sediakan..
Dalam duk berjalan dalam ni,kelaparan sangat sebab pagi memang just makan Kacang Pool kongsi kongsi..so kami menyinggah makan di Restoran yang ada dalam US ni..guna Voucher 5SGD yang dapat masa daftar masuk.makanan sini di jamin Halal sebab ada certificate..gambar makanan tak sempat nak snap sebab dah lapor sangat..so takder masa nak ambik gambar..hehehehee
ANCIENT EGYPT : REVENGE OF THE MUMMY
Ancient Egypt is based on the historical adaptation of Ancient Egypt during the 1930s Golden Age of Egyptian Exploration. It features obelisks and pyramids which are typical of Ancient Egypt. Also featured are Pharaohs' tombs which were commonly discovered during that era. Visitors take the role of a daring archaeologist who aims to unravel the riddles of the Sphinx in this sand-swept land. The area also relies on the depictions made in the popular film franchise, The Mummy, starring Brendan Fraser.
Dekat tempat the mummy ni ada High Speed Roller coaster,dalam building kat belakang kitorang tu.tapi oleh kerana ada member kami yang tak berminat so semua tak main..masa ni pun Hujan rintik rintik..tak berapa best sikit jalan time hujan hujan macam ni.a bit renyah.
NN try panjat dinding..
THE SCI FI CITY
The Sci-Fi City is a real-life imagination of how a common metropolis of the future would look like containing the many modern conveniences of life as well as the remnants of past inhabitants and cultures which were once part of the city as well as international visitors from all over the world and other planets. The city is based on the popular television series, Battlestar Galactica, and features the world's tallest Dueling roller coaster
Kami duk pakat pakat beli plastik bag selubung diri dalam 2SGD sebab hujan..nak beli payung mahal sangat.tak berbaloi..(padahal sebab takdak duit.haha)..kat Sci Fi city ni banyak game di hentikan sebab Hujan so kami just jalan jalan jer lah.
NEW YORK ZONE
The New York zone is based on the original New York City. This zone features various icons commonly portrayed in movies including the trademark city skyline, neon lights, facades, sidewalks as well as the romantic atmosphere of the Big Apple. To top all this off, this zone also have a replica of the famous New York Public Library with two lion statues at the entrance
Depan Public Library ni kami berehat kejap.penat berjalan..sambil pasang tripod sebab nak ambik gambar ber enam..tapi memang cantik lah building ni..Klasik sangat..
Tengah berehat depan Public Library New York tu ada persembahan Breakdance pulak..orang duk menari nari..Maka penuh lah kawasan ni orang duk nak tengok performance..Syok jugak layan.
rancak depa menari mengikut irama dan tempo
Kami sekarang berada di New York yer tuan tuan dan puan puan.Tak percaya kalu sila tengok Yellow Cab ni..yellow cab ni hanya di New York sahaja yang ada..tapi sayang Cab ni tak berjalan.kalau leh pusing pusing kat sini mesti lagi best..
Dah nak menghala ke malam pun orang masih lagi ramai..
Di New York section ni juga kami tak terlepas peluang untuk menyaksikan segmen Light,Camera and Action!!Di adaptasi dari pembuat filem terkemuka,Steven Spielberg..dalam ruangan kecik ni para penonton di sajikan dengan special efek macam mana kebakaran dalam air,New York di landa banjir dan efek efek nya memang best!!semuanya dalam studio sahaja..memang wajib tengok lah yang ni kalau korang visit USS!
HOLLYWOOD STREET
Last section yang ada di USS ni,Hollywood street..kat jalan ni macam macam ada..sayang Marylin Monroe takder.kalau tak boleh bergambar dengan dia.
Terjumpa Booth yang boleh tukar tukar Topi..macam macam topi ada..
Semua duk pakat menerai topi yang ada..lawak laaa!!
mana yang paling comel dan paling kiut??:p
us in front of Monster Rock Auditorium
Persembahan dari Monster monster yang sungguh bertenaga..patut tak leh ambik gambar dalam ni.lantak lah kan..ambik jer..tapi kabur kabur lah.terhibur sangat dengan keletah monster yang lawak nih!!lagu pulak semua up to date..sampai kitorang plak yang menyanyi sama sama..dalam 20 minit show ni..best!!
Dari Monster Rock kami keluar dan layan satu Roller Coaster Dragon airways kat kawasan Istana far far away..Nikli tak naik..dia tengah pening kepala sebab kena hujan.so dia lah yang snap gambar kitorang atas roller coaster ni..:) tocey!!tocey!!
Far far away Castle @ Night..
This is the Hollywood street @ Night..last chance sebelum keluar ni kitorang ambik kesempatan untuk bershopping beli souvenir dan merchandise Universal Studio..harga a bit reasonable..tak mahal sangat..aku tak beli t-shirt pun,just beli fridge magnet dan 4 gelas kaca perhiasan..Mummy Return 1,Shrek 2 dan USS glass 1..Cukup lah untuk buh dalam showcase kat rumah..
dah penat shopping..jom jom kita balik..
Masa nak keluar dari USS ni Hilmie baru perasan dia tak pakai lagi Voucher 5SGD tu..alamat rugi lah kalau tak pakai..so habiskan Voucher tu beli eskem sorang satu..kami lepak depan Hollywood street ni sampai kena halau ngan pak gad sebab nak tutup dah..pukul 8 pm dah tutup..awal sangat..patut extend lah sampai 9 pm..baru ngam.
Macam biasa lah,depan entrance kena ambik gambar dulu..
Overall,aku rasa USS ni ok ok jer..takder lah best gila babeng..best lagi Disneyland Hong Kong atau menurut orang yang dah pergi Gold Coast australia,Theme Park kat sana lagi mengancam..untuk merasa boleh lah..tapi kalau nak mai lagi sekali pun maybe sebab aku nak bergambar ngan Shrek ngan Princess Fiona jer..tak jumpa pun masa ni..atas nasib korang lah kalau dapat jumpa..Tiket harga 66SGD tu pun quite expensive for me..Operating hournya mungkin boleh di extend lagi..satu lagi tips,kalau korang nak pergi time weekend adalah di sarankan supaya beli tiket Online..takut nanti sampai Sentosa tiket dah habis..
Tapi pengalaman ni tetap berharga..Yang tu tak boleh di beli dengan wang ringgit.
*Fuhhhhhh..legaaaa akhirnya dapat setelkan entri ni..Punya lah lama masa nak update..Hope semua terhibur..salam ketemu lagik!!
ni seme memang geng bujang ka...yang aku tau nikli tu sahih la bujang...ehehehe...
ReplyDeleteizann::
ReplyDeletesume bujang kecuali axim..
anak sorg dh dia tuh..
(kan axim kan kan..??)
:P
souvenir mmg reasonable :)
pic mlm lg nice kan..
likes all da pic..!!
:)
seronok tengok korang berenjoy sakan...and nice pics. Esp castle at night tu.
ReplyDeleteterima kasih axim atas entri ini (ayat skema)..
ReplyDeletenampak bestt je.. betul2 teringin nak pi amik gambar kat NY library tu. huhu cam dlm CSI NY laa..
kalo org kata Movie World GoldCoast lagi best ermm..kene pi gak US ni. nak compare sebab MW Aussie ada Police Academy nyer scene. batman & robin :), mcm2.
semua yg berkaitan movie la kan..
:)
kena pi gk la ...nampak menarik giler...enjoyable je tgk...
ReplyDeletewahhhh....tercenggang akak tengok tempat nie...
ReplyDeletetingin gak nak pi sana one day :D
kena kumpul duit tabung bebyk dulu hehehehe
insyaAllah, x der aral melintang, bulan 11 ni akan jejakkan kaki ke situ...
ReplyDeletex sabar2 dah ni... tempat yang best...
IZAN,
ReplyDeleteyer..semuanya geng bujang..:)
ZIANA,
ReplyDeleteaik..anak i dua laa..:p
haah.price reasonable kan..:)
FENDIFID,
ReplyDeletememang best dapat pi ngan member sekepala macam ni..:)
MRS.SHEIKH,
ReplyDeleteausralia tu dalam wish list jugak tu..nak pi sana jugak nanti one fine day..
:)
thanks sebab terhibur with this entry..
WAI,
ReplyDeletenanti ada masa pi la menjengah..
RASP,
ReplyDeletekami pergi pun one day trip jer..belanja untuk entrance jer lah..still leh bajet..:)
FARINA,
ReplyDeletenanti selamat bergembira di sini..:)
adoi sedihnyaa... bayar 66sd, bergambar kat toilet je? hehehe
ReplyDeletesalam Axim,
ReplyDeletekat sgpore bermalam ker? syokk la mdm. tale tgok...
KOG,
ReplyDeletetoilet bukan sebarang toilet,tu toilet Shrek,Princess Fiona ngan family nya ok..heheeee
MADAM TALE,
ReplyDeletebermalam kat TUNE hotel JB..tak stay singapore..balik hari jer..:)
axim.. agak agak dalam brapa ekh budget g jalan jalan cam nie kat singapore.. mau g laaa... hehehehe
ReplyDeletelau takmau g tau sini.. email mie pliss.. tq..
alert : minta delete.. ada di semua pc di dunya.. propaganda zionist ...
MIMIE,
ReplyDeleteok..nanti i'll email u ya..
bestnya..
ReplyDeleteLove the pictures..
Hehe..
part yang 4d tu tak tahan. mmg best la tempat ni. bila la bleh gi kat sini yer
ReplyDeleteNIKLI,
ReplyDeletelove all the pictures too!!
KAK NOR,
ReplyDeletekalau bawak dua hero tu mai sini alamat menjerit melompat lah diorang..:p
not to mention about the kids, the adults pon melompat menjerit sakan..
ReplyDeleteNIKLI,
ReplyDeletesetujuk!!
Wow!!!!
ReplyDeleteSentosa? Tuari masuk kot Tambak Jhr ke? Sy kt 2nd Link.. dh dok dekat border pun lum ada kesempatan nk jejak kaki @S'pore.. ermmm..
owwhh belum terima emailnyer... :D
ReplyDelete