About AXIMUD

Friday, July 2, 2010

SULTAN ABDUL SAMAD BUILDING : WARISAN KEBANGSAAN

Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

1

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.

2

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

3

Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

4

Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir

5

Kesnya baru ni masa pergi KL duk cari jalan sampai sesat,lalu depan Dataran merdeka terus aku menyinggah nak ambik gambar this building..Banyak jugak aku snap tapi letak lima keping jer lah..Lawa sangat Binaan bangunan ni..perlu di abadikan dalam foto sebagai kenangan..:)..i dont wish they'll demolished this place later macam yang dah terjadi pada Penjara Pudu..Warisan Negara kita yang harus di pertahankan sampai bila-bila..

Sumber: Wikipedia

*Jun berlalu meninggalkan kita..Julai bermula..Dah setengah tahun berlalu..so far so good.Happy friday everybody!and happy weekend..i might be going to my hometown tonight..

16 comments:

  1. setiap 31hb ogos,
    mereka akn berkumpul beramai-ramai utk meraikan hari kemerdekaan....

    "Merdeka Merdeka Merdeka"....

    thn nie sambut merdeka dlm bulan puasa lagi kah???
    :)

    ReplyDelete
  2. pada setiap malam minggu kawasan ini akan dipenuhi dengan mat rempit dan mat kereta yang berjiwa sempit melakukan onar di kota raya. walaupun selalu lalu depan bangunan ni, tak penah terlintas di fikiran nak benti ambik gambaq. hihihihi

    ReplyDelete
  3. CIK WANIE,

    yessssss..tahun ni kita akan menyambut merdeka di bulan puasa lagik..baguih laa..

    ReplyDelete
  4. PUTUBAMBU,

    happy weekend untuk akak sekeluarga jugak!!

    ReplyDelete
  5. ENCIK SEPUL,

    hang tak pernah terpikir nak ambik gambiaq nih sebab hiang tak berjiwa patriotik macam aku..hahahaa

    ReplyDelete
  6. kalo lalu depan bangunan mmg terasa kagum dgn hasil bina dia kan...
    mmg superb laaaa...

    have a safe trip home!

    ReplyDelete
  7. cuisss.... weh entry hang ni memberikan aku idea untuk buat entry pasal gambaq bangunan. terimas terimas. aku nak pi publish entry baru nih

    ReplyDelete
  8. RASP,

    tu la..bila lalu sebelah bangunan ni rasa kagum..terus pull over my car snap snap kejap apa yang patut..:)

    ReplyDelete
  9. ENCIK SEPUL,

    haaaa..elok lah tu..pi publish cepat..aku nak tengok entry baru hang..

    ReplyDelete
  10. banyak sungguh kenangan bangunan ni..satu hari nanti jgnlah ada yg budus nak robohkan mcm penjara pudu tu :D

    ReplyDelete
  11. seni bini bangunan2 ne sume sgt unik....kalo time mlm,dgn lampunya mmg cantek la...

    nk blk kg??? yeah..nk ikut bole dak??? tp drop by kan wai kt mlk la..wink2

    ReplyDelete
  12. curi2 park kat tepi jalan ya @xim!!!??
    :)

    ReplyDelete
  13. haha aku igt kan ko gi baca buku mana le!
    anyway, nice pics

    ReplyDelete
  14. Ada hotel kat situ kan? Tapi takut juga...tinggal di bangunan lama. Nanti ada hantu. LOL!!! Where's your hometown? Bukan orang Penang ke?

    ReplyDelete
  15. Ada hotel kat situ kan? Tapi takut juga...tinggal di bangunan lama. Nanti ada hantu. LOL!!! Where's your hometown? Bukan orang Penang ke?

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..