Hari Ahad baru ni.
Teringin nak buat SIAKAP STEAM LEMON tapi alat nak kukus takder kat rumah..menggagau lah aku pi cari periuk kukus kat TESCO..beli yang murah jer..sekadar boleh kukus ok lah.
ada satu layer jer..tak macam pengukus yang lain
Beli sekor Ikan siakap suh Diorang siang siap siap dan belah dua..basuh Ikan dengan air asam jawa untuk elakkan bau hanyir..aku buat bahagian kepala jer,tak larat nak buat seekor sebab makan sorang jer pun.Kang tak habis membazir pulak.lagi pun first trial ni biar lah buat sikit jer.
Sayur mayur yang aku pakai
Resepi untuk Siakap Steam Lemon aku ambik dari blog Kak Aishah:
Bahannya
- 1 ekor ikan siakap
- 2 s/b tepung jagung
- 1 s/b mentega
- 1 biji lemon (dihiris)
- 1 btg lobak merah (dipotong)
- 5 btg pucuk jagung muda (dipotong)
- 20gm cendawan (dipotong dua)
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 2 sm halia (dihiris halus)
- 2 biji bawang putih (dihiris halus)
- 1/4 cawan air masak
- 9 tangkai cili padi (dipotong kecil2@ ketuk)
- 1 sudu kecil garam
- Bersihkan ikan siakap & toskan. Lumurkan garam, mentega ke badan ikan & lumur tepung jagung.
- Gorengkan sekejap halia & bawang putih di dalam kuali berasingan.
- Letakkan ikan ke dalam kuali stim, letakkan kepingan lemon ke atas ikan. Masukkan kesemua jenis sayuran termasuk cili api di dalamnya.
- Bancuh tepung bersama air & tuangkan di dalam kuali.Masukkan halia & bawang yang telah digoreng td.
- Tutup kuali stim seketika. 5 minit kemudian, perahkan jus lemon ke atas siakap td & tutup sehingga ikan masak. Hidangkan & sedia untuk di makan.
Aku follow step ni sebijik sebijik..cuma kesilapan teknik sebab masukkan tepung jagung banyak sangat so kuah jadi pekat..Lemon pun aku terlebih bubuh so rasanya a bit masam tapi still ok..First trial kan,so lepas ni boleh perbaiki lagi mana yang patut..
Selamat Mencuba ya Tuan tuan dan Puan puan Sekelian!
*Hari ni 23 Ogos merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran adik lelaki saya yang nombor dua dari Bawah..Ami,selamat hari lahir.Moga panjang umur miurah rezeki dan sentiasa jadi anak yang soleh ya..Abang doakan kamu..
percubaan pertama yg agak bagus...keep it up..chewahh..:)
ReplyDeleteaku wat tilapia steam lemon! sedap.. :D
ReplyDeletewow..dh jad chef pulak
ReplyDeletenak cuba jugak la nanti..hihihih
encik azim sangat rancak memasak. suatu hari nanti saya pasti beliau akan memiliki rancangan memasaknya sendiri. saya sangat bangga dengan beliau.
ReplyDeletehepi besday to adik...hehehe
ReplyDeleteaku nye besday sabtu ni...lalala:p
lawa piuk kukus...!
ReplyDeletehepi bufday to adik Ami...
ReplyDeleteminta hadiah besar2 dari abg tau!
untung siapa yang dapat jadi isteri azim nie..huhuhu....
ReplyDeleteami..hepi bufday. paw abang hadiah besar² ok..
saya setuju cakap kak Nor tuu :)
ReplyDeleteSodappppp... dulu AB selalu buat ajak member member datang makan sama...
ReplyDeletewahhh sedapnnya
ReplyDelete