About AXIMUD

Friday, October 22, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4 - NIGHT LIFE IN BANGKOK

Salam hari Jumaat rakan-rakanku yang dikasih sekelian!

Bila kita dilanda kesibukan seakan cepat sangat masa berlalu..sedar sedar dah jumaat dah..dah nak masuk bulan November pulak..then tak lama lagi masuk tahun baru..hmmm tua macam ni jer lah kita..ok tak mau merepek banyak banyak jom nak sambung lagi cerita pasal trip ke Bangkok yang lalu,malam terakhir di Bumi bangkok..

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4 - MALAM TERAKHIR DI BUMI BANGKOK

Petang tu daripada Chatuchak market memang kami terus balik berehat kat Hotel..masing masing memang oenat so semua tertidur keletihan..terjaga dah dekat maghrib.lepas dah solat maghrib mandi semua segala baru keluar semula.malam ni kami akan berjalan ke pusat bandar Bangkok..


1
Ambil tren ke pusat bandar..Dalam tren ada lah jumpa sorang mamat dari kelantan rasanya..tapi cakap macam pelat siam..dia duk bagitau kami kat mana makanan Halal di Pusat bandar ni..tapi aku tak berapa faham sangat dia cakap apa,Nikli yang rajin duk layan..tapi apa apa pun thanks for the info!Sampai kat pit stop ni teruja betul tengok ada Night market atas jejantas!

2
Ramai betul peniaga peniaga yang duk gigih menjual atas jejantas ni..dah macam pasar malam dah.tapi kebanyakan yang di jual semuanya T-shirt..yang bestnya t-shirt ni sangat murah!!10 ringgit jer selai,kain pun ok design pun cantik..design memang sangat sempoi nak nak tang kartun kartun dalam tv..masing masing terus jadi rambang mata..

3
Peniaga yang mencari sesuap rezeki di pusat bandaraya Bangkok

4
Tokyu tu aku tak pasti lah pulak bangunan apa..

5
Haaaa korang tengok,korang tengok..belum apa apa lagi mamat ni dah rembat dua lima nam lai dah t-shirt kat sini..dia nak balik meniaga katanya kat Miri sana..jual selai RM15 pun dah berapa untung tu..cuba korang kira kalau beli 20 helai dalam 200ringgit,then jual dalam RM15 dapat untung 100 ringgit tuh!tak ke best??

6
aikk..yang ni pun taknak kalah ok..pulun angkut t-shirt..

7
Aku jer yang maintain cool..tak terpengaruh dengan semua anaisr anasir t-shirt..dunia jer semua tu..dah banyak dah t-shirt yang aku ada buat apa nak beli lagik..tak baik membazir..(padahal masa ni duit dah tak berapa nak lebat tu yang senyum jer lah yang aku mampu..heheheheee..)

8
Ada baca review kata dalam MBK ni ada kedai makanan Halal

9
Jalan atas jejantas ni sampai dah lewat..tapi sempat lah jugak menyinggah masuk dalam MBK ni..besar shopping complex nya.masuk pun beli eskem mekdi sebab dah lapar sangat..cari kedai makanan arab tak jumpa jumpa..

10
Berkenan jugak aku tengok sarung kusyen ni..satu 5 ringgit..murah tak?aku rasa sangat murah dah tu..kat sini kurang kurang 8 ringgit jugak satu sarung kusyen macam ni.tengok lah hanti hanti belakang aku tu duk membeli sarung kusyen..:p 

12
dah dah la wei..jom kita pi cari makan pulak..aku lapar ni..

13 
design kartun macam ni sangat banyak..rambang mata ehh nak pilih..

14 
Dari night market jejantas tu kami berjalan kaki ke MBK shopping compleks..kot kot lah sempat cari restoran makanan Halal dalam tu..tengah perjalanan duk ambil gambar suasana malam di sini..

16
Besarnya kepala harimau ni..dah la warna warni..

17
Cantik lah pulak gigi dia..tersusun rapi jer..

18 
Masa kami ke MBK, tak sempat dah nak tengok restoran kat atas tu..semua dah nak tutup sebab dah lewat..kami sempat beli eskem mekdi jer..duk pusing pusing jugak cri restoran makanan arab but somehow we kinda lost malam ni..semua macam blur so apa lagi, Yana telefon jer lah orang dari Restoran Cili Padi order makanan..kami pun ambil teksi jer menuju ke Cili padi restoran.ni jer tempat makan yang kami tahu.kahkahkah

20
Restoran ni memang tunggu kitorang jer as a last customer..apa lagi,sampai sampai terus order dan makan makan..tapi tak berapa selera jugak..sebab dah masuk angin kot perut..actually masakan di restoran ni tak lah sedap sangat..just average sahaja..tapi di sebabkan status Halal nya tu yang kami berulang alik ke sini jer.dekat pun dekat dengan Hostel tempat kami menginap.

21
Laksa Penang di Bangkok..ok jugak rasanya

22
Nasi Goreng hatyai..NN suka sangat lah dengan nasi goreng ni

23
Aku ngan Ziana kongsi Kueytiow Goreng ni..

24
Habis makan tengok jam rasanya macam sempat lagi kalau nak jalan jalan kat Night bazaar ..masa ni jam dah pukul 12 lebih..kitorang ambik teksi minta dia bawa kami ke Suan Lum Night Bazaar..khabarnya bazaar ni juga sangat meriah..pada hemat saya,Thailand memang terkenal dengan night marketnya yang menyediakan baranagn yang variety dan murah.kalau korang minat pi tempat macam Uptown damansara KL tu mesti suka lah datang Thailand ni.

25
Sanpai sampai sini terus nampak kedai jam kreatif..tapi harga mahal lah jam ni.maybe sebab unik dan fungsinya yang boleh di jadikan hiasa sekali gus..lagi murah boleh dapat dekat patpong night market..so tak beli lah kat sini.

26
Bila dah pusing punys pusing baru aku taw kat sini harganya lagi mahal dari night market yang lain.kat sini macam standard sikit tempatnya..bersih dan ramai pelancong asing yang datang.tu yang depa buh harga tinggi tuh.aku duk tawar nak beli fridge magnet pun sikit punya susah nak bagi harga murah..tapi last last aku malas pikir beli jer lah fridge magnet kat sini.kang tak beli terus pulak.

27 
Ziana pulak duk cari beg mengkuang untuk mama dan kakak..dapat lah dia beli walaupun macam tensen jugak sebab tawar harga tak dapat.tapi sebab dah berkenan beli jugak lah..lagi pun ni jer lah night market terakhir yang kami singgah.esok pagi pagi lagi dah siap siap nak ke airport..

29

Dari suan Lum night bazaar ni kami ambik teksi balik ke Hotel take a nap..Bagus lah teksi kat sini hangkut 5 orang sekali jalan pun diorang tak kisah.janji kami bayar..hehehe..sampai Hotel tak boleh nak tidur lagi sebab nak kemas barang apa semua sebab esok pagi pagi lagi pukul 7 nak kena ke Airport dah.Flight balik pukul 10 pagi..Overall malam last ni kami baru rasa macam teruja lain macam tapi baru je nak teruja esok dah nak kena balik..Maybe kena datang lagi lah kalau macam ni kan..:)

*ada satu lagi entri untuk trip ni..part last sewaktu di airport Suvarabumi,Bangkok Thailand..Nantikan ya hanya di AXIMUD..:)

13 comments:

  1. TOKYU? adakah ia bangunan menjualtoyu (kicap) ?

    kenapa hang mencebik mulut hang dalam salah satu gambar di atas ?

    utk pengetahuan hang uptown damansara punya nite market dah pupus. hanya ada uptown kota damansara sajo dan lain-lain uptown di sekitar kl.

    ReplyDelete
  2. ENCIK SEPUL,

    aku pun syak sebegitu jugak..bukan tok i ok tapi Tok yu..hahahaa..

    makan toyu ngan kari sedap!!

    Aku mencebik sebab tak mampu nak membeli sarung kusyen yang nan murah itu..

    maksud aku uptown kota damansara lah..yang uptown dulu tu dah lama takdakk kan sejak ada kes bunuh orang dulu..terinagt zaman Uitm dulu selalu hujung minggu aku ngan member member aku naik motor dari Shah alam ke uptown tu lah.bukan beli apa pun.saja seronok cuci mata..

    ReplyDelete
  3. waaaaa!!! mmg boleh naik gila lah tgk barang2 lambak cenggitu!!

    ReplyDelete
  4. weeee bestnya & rambang mata tengok barang2 tu...

    ReplyDelete
  5. Kat MBk tu mmg ada makanan arab. Kena gi kat Ting 5 rasanya cari international food court. Stall arab food ada kat dalam tu.

    Wahh bestnya tgk brg2 yg jual kat atas jejantas tu. Dulu time akak gi...takda pun.

    ReplyDelete
  6. MAKSU,

    agak naik gila lah jugak rakan rakan saya termasuk lah saya sendiri melihat lambakan barang barang murah sebegitu..

    ReplyDelete
  7. RASP,

    memang best kak!!mai mai sini nanti!!

    ReplyDelete
  8. KAK LEEZ,

    tu lah.kami memang berhata nak pergi tapi sebab dah ralit atas jejantas masa sampai MBK tu dah nak tutup.takder rejeki..

    tu tandanya kak leez kena mai lagi ke sini tu..:p

    ReplyDelete
  9. memang best la borong t-shirt..tkyah bawak t-shirt dari malaysia

    ReplyDelete
  10. HEMY,

    betul sesangat.kalau aku taw aku tak bawak dah t-shirt mai sini..

    ReplyDelete
  11. kat mbk tu ade makanan halal kedai yana seafood not bad gak food die..depan ngn die international food court ade food court arab
    huhu..kalu kat platinum ktorg makan nasi ayam kat food court tngkt 5 gak
    400 baht je..ok la...kalu paragon ade wrap it halal n makanan indian food...and last but not least kat area petchaburi road ade restoran mak yah...we all tgk ladyboy show kat calypso cabaret kat asia hotel...nice gak..hehe

    btw, pasar suan lum mmg susah gle nak tawar harga..huhu

    ReplyDelete
  12. shopping sakan semuanye kecuali ekau jang..,,tak boli apo2 pon...

    ReplyDelete
  13. banyaknya borong barang..macam pasar malam lak tmpt tu kan

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..