About AXIMUD

Monday, January 3, 2011

KISAH AXIMUD : SEMALAM & HARI INI

Plan untuk buat entry rumusan Tahun 2010 masih tidak kesampaian..masih dalam proses pengumpulan data dan gambar..lagi pun sekarang memang sedikit busy di opis so sangat takder masa..masa yang ada time malam jer bila balik kerja tu pun duk sibuk nak tengok tv lah nak makan lah..so kali ni just bercerita apa yang berlaku untuk semalam dan hari ni..

Enjoice!!

2 JANUARI 2011

Hari Ahad yang cerah..aku dedikasi kan penuh untuk buat pembersihan rumah besar-besaran..especially kat kawasan dapur yang tetiba jadi banjir taj tahu air datang dari mana..so memang renyah laaa nak cari mop segala bagai dan nak jemur kain lap kaki..tapi pelan pelan kayuh la..sambung lagi kemas bilik tidur ngan bilik baju..kalah orang dah berumahtangga la pulak aku rasa.

1
Tahun 2011 ni aku nak jadikan makan secara sihat budaya hidup-Towards a healthy lifestyle..doakan aku ya kawan kawan..percubaan sarapan pagi dengan bijirin corn flake dan air soya merupakan a good start..moga ianya terus konsisten.boleh la buang unnecessary fat yang duk ada bertempek sekarang.

2
Da setel kemas rumah apa semua segala just bersiap siap untuk pergi ke opis..ada banyak hal nak di selesaikan..nak buat Memo lah,nak update report,nak buat persediaan untuk audit dan macam macam lagi lah..now i know what it's like to be my ex-boss masa dia handle section aku sorang sorang dulu..a lot of work jugak..bukan takder kerja.

3
Dari Opis pukul 6 petang aku siap siapsalin baju kat opis terus balik ke seberang jaya singgah jogging di belakang safira Country Club.ada trek jogging yang cukup cantik kat situ..ramai sangat orang duk jogging time cuti mahupun tak cuti kalau hujan tak turun..aku suka jogging kat sini memandangkan keadaan persekitarannya yang nyaman dan segar jer mata memandang.

4
Ni pun antara list azam jugak ni..nak regularly exercise..supaya stamina badan meningkat dan dapat lawan berbagai penyakit..sometimes aku bukan pikir nak kurus sangat pun,i mean kalau dapat badan in shape tu baguslah.tapi the most important thing is to be fit and healthy..i wanna grow old become a healthy old man dan takkan membebankan sangat generasi akan datang..Insya Allah dengan usaha dan tawakkal tuhan akan permudahkan.

5
Balik rumah solat maghrib then tunggu isyak,lepak tengok GLEE season 2 ..aku suka lah season 2 ni,students more matured dan ada cast baru join glee club.then sambung buat report sikit..banyak betul kerja tak sempat nak siap sampai buat balik ke rumah lagik..siapkan apa yang patut then bersiap tidor lah menghadapi hari pertama bekerja di tahun 2011..:)

3 JANUARI 2011

Pagi yang mendung.

Pergi opis dengan semangat berkobar kobar..hari first di Tahun 2011 punya semangat dan keazaman yang tinggi macam ni kira bagus apa..hehe..sampai opis terus siapkan apa yang penting dan kena submit..hari first persekolahan ni ramai jugaklah teman teman aku bercuti sebab nak hantar anak ke sekolah dan sebagainya.so yang bujang takder anak sila lah bekerja dengan rajin dan tekun.

1
Time breakfast pun jamah epal dan Roti jer..kata nak makan secara sihat..ntah sampai bila dapat bertahan ntah..hahaa..kena yakin ngan diri sendiri..Bila kita dah terlalu busy dan ada jer kerja nak dibuat memang tak rasa masa berlalu..tup tup tup dah sampai waktu lunch..

2
Hari ni saya berbaju Pink Low.ada jugak yang tegur kata men in pink look weird..errr entah la saya rasa biasa jer..apa yang weird tak taw.do i lokk soft in pink?i dont think so..but lain orang lain lah pendapat kan..pakai lah apa yang kita nak sebab warna apa apa pun bukan milik peribadi..:).Time lunch pi makan kat McD tESCO..sebelah opis jer.

3
Lepas makan pi Pejabat pos nak renew road tax ngan Insurans..tapi tu lah.nak renew road tax sekarang kena bayar saman dulu kalau tak dapat renew selama 6 bulan jer..within that period kena setelkan semua saman yang ada sebelum dapat sambung lagi 6 bulan..terkejut beruk aku bila cek online jumlah saman yang aku kena bayar!!

4
Takyah cerita panjang,korang tengok gambar kat atas ni pun tahu kan saman aku berapa banyak..almost RM 3000!!!!mana nak cekau duit beb nak bayar..tapi mujur ada diskaun 50 persen..dapatlah kurang jadi jumlah keseluruhan RM1360...aku rasa aku dah takder pilihan lain selain bayar jer lah jumlah tu.susah nak adjust dah sekarang since semua masuk sistem..

5
Tadi lepas opis Hour pi singgah Tesco balik sebab nak draw duit untuk bayar saman esok..ishhh tapi macam tak tergamak pulak aku nak bayar lumpsum RM1360...sayang nya duit..banyak benda boleh buat ngan duit ni..boleh buat belanja travel ok..hishhhh..macam mana ni yek.ker aku nak bayar separuh dulu.aku pun dah buntu..

6
Dalam keadaan tensen tu baik pi makan dulu..so menyinggah di FoodCourt Tesco tengok makana apa yang ada last last aku order Spaghetti Bolognaise.takyah order lain kali sebab tak menepati spesifikasi yang diperlukan.Tpi walaupun tak sedap tetaplah habis aku makan..tak baik membazir..amalan syaitan.Rezeki jangan di tolak,musuh jangan dicari..Taoi saman ni aku tak mintak pun pasaipa kena bayar..ish ish ish...

Dari TESCO just straight balik rumah,jumpa member kejap then terus layan tengok Tv jer..sambil bertwitter ngan berFaceBook..social Network sekarang sangat bahaya lah!!!aku boleh duk mengadap FB ngan Twitter depan BB sampai dua jam lamanya!!ohh tidak..sangat membazir masa..kena lebih berhemah la lepas ni..

*sekarang baru nak tidor..hopefully esok akan lebih mendatangkan bahagia dalam jiwa..Sekian,wabillahitaufikwalhidayah,wassalamualakumwarahmatullah.

13 comments:

  1. wow! banyaknya duit dia.. lepas ni kena bawak pelan2 jelaa k hehe

    ReplyDelete
  2. azim, dengarlah nasihat kakakmu ini, bayar je semua saman yang ada tu. awak tu bawak kete hari². kalu pk travel, mmg tak pernah ada rasa jemu, betul tak.

    duit nak p travel leh cari atau kumpul sikit²... tapi saman kita tak bleh nak agak.. kang kalu bayar separuh, tup²... dok sambung lagi bejeler saman yang lain pulak.

    so,. kesimpulannya.. setelkan je lah semua saman tu. tenang idop kamu lepas tu.

    ... cewah ...

    ReplyDelete
  3. saya pun azam nak jogging dan jaga kesihatan =)

    saman saya lebih kurang 1000++ jugak la...tapi ayah sy yg drive nama saya yg naik...sabo jelah.

    selamat tahun baru 2011!

    ReplyDelete
  4. banyaknya baju sampai ada bilik khas

    ReplyDelete
  5. byk tue saman yg nak kena bayar tue,
    i rasa better u bayar semua,
    x payah nak fikir2 lagi,
    hurm....

    btw,
    lawa gak u berbaju pink tue,
    hahahaha:)

    ReplyDelete
  6. awak memang peminat warna pink yerrr....;-)

    shirt warna pink....sampai bekas makanan yg letak apple dgn roti tu pun warna pink jugak...hehehehe

    ReplyDelete
  7. nak tanya sat..

    gagal tunjukkan lesen memandu tu naper?
    lesen dah mati atau tak bawak lesen?
    heheheh.....tak pasal2 bagi duit free kat polis tu...
    (aikk...yg menaip ni pun sama gak) :p

    ReplyDelete
  8. Hmm..axim kena tambah 1 lagi azam untuk tahun ni..takmo memandu melebihi had yang ditetapkan dan lebih berhemah di jalan raya ya..kene janji ngan diri sendiri..kalau tak terbang lagi RM1360 tahun depan..

    ReplyDelete
  9. Alamak Glee s2 dah star .. mcm mane akak boleh ketingallan nie!!

    auw nampak bulu kaki cexci youuu hehehhehehe

    ReplyDelete
  10. axim, u look fine in the low pink kemeja tu. and selamat berjaya dgn new azam tentang diet and regular exercise, gambar2 tetap santek di pandangan mata :)

    ReplyDelete
  11. semoga azam nak makan makanan sihat tu berjaya di capai

    :D

    cantik berbaju pink, eh, cantik plak, kacak! haha

    ReplyDelete
  12. boleh ke main bayar separuh2..hihi..kalau mampu better bayar jer habis

    ReplyDelete
  13. aku pun da 2 saman. naseb rm60 je hehe

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..