21 Januari 2011.Hari Jumaat yang Tenang.
Aku masih di Kampung halaman..bangun seawal pagi kononnya nak bertolak awal ke Kuala Lumpur.Last last layan tengok TV dekat pukul 10 pagi baru bertolak.Dalam perjalanan singgah dulu di Kuala Kemaman beli Satar dan Keropok Lekor..Sampai di KL pukul 4 pm.lambat sebab aku berhenti di Karak Highway tidur..mengantuk maa.bawak kereta mengantuk bahaya lah.
sampai KL aku singgah Ampang kejap hantar keropok Lekor dan Satar kat rumah member,then terus Ke Hospital KL.Ni gambar ambik atas AKLEH..senang.malas nak lalu jalan lama takut jem.Hari Jumaat faham faham sajalah jemnya lain macam.
Kat Ampang tadi sempat singgah di Kedai Roti dan Kek Pistachio..Beli kek Aiskrim untuk sambut Birthday Adeq Dah..Birthday dia baru berlalu 19 Hb baru ni..Sweet 25..ohh i feel so old..huhu..Kepada Adeq Dah,abang doakan kamu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Ini kali pertama adeq dah sambut hari lahir bersama anak kesayangan beliau,Nurul Syifa' Salsabiela.
SANAH HELWAH ADEQ DAH!!
Adeq Dah dan Husbandnya sampai KL dari Terengganu naik flight pagi jumaat ni..Esok hari sabtu akan balik semula sebab ada urusan lain..Tadi masa aku bawak kek masuk bilik wad ayah spontan semua orang nyanyi lagi hari lahir untuk Adeq Dah..tak plan apa apa pun.it was so spontan,sampai Adeq dah menangis terharu..heheeee..That was a true suprised isn't it??Happy Birthday my lil sis!!i love you so much!!
Sebelum makan kek kami siap siap makan tengahari dulu..Lunch merangkap Dinner sebenarnya sebab jam dah dekat pukul 7pm..biasa lah kami kalau dah jumpa ramai ramai agenda makan memeang tak jadi masalah..banyak jer lauk yang terhidang tapi berpada pada lah kan..ayah pun still tak sihat lagi.
Kek Aiskrim ni sangat sedap!!lain kali boleh try perasa lain pula.aku beli Kek Tiramisu,Eskem Cokelat kat tengah tengah..Ayah pun kata kek ni sedap tapi dia tak boleh makan banyak..bahaya..Gula tinggi nanti..Dengan harga berpatutan kek ni sedap dan lazat.taknak beli dah kek secret recipe lepas ni.mahal dan orang kata dah tak sedap sekarang.
Ayah macam ni lah.kalau anak anak ramai depan mata memang dia akan jadi lebih sihat..masa ni pun ayah nampak bertenaga dan ceria..seronok tengok ayah macam ni..Harap ayah akan cepat sembuh.so far doktor still menjalankan pemantauan dan masih tunggu keputusan makmal atas darah dan air kaki..Harap doktor will fond an answer for his unresolved fever problem.
Kak Tie pulak kerja time ni..Hari Jumaat aku ambik Cuti..kalau kak Tie ada mesti lagi lengkap..Kak Ina tak boleh datang KL sebab Husbandnya tetiba demam,abang jalee pulak kerja..yang lain semua ada..oh ya Ami pun tak ada sebab ada di Mahad Terengganu..Masa ni ayah so sporting time ambik gambar..dia yang suh kami ambik gambar beramai ramai..:)
Selesai makan just lepak santai bersembang ramai ramai..sambil makan keropok lekor dan Satar yang aku beli Di Kuala Kemaman pagi tadi..satar ni a bit pedas..tapi sedap..dalam pukul 9 malam Zul ngan Adeq Dah minta tolong hantar ke KL Sentral sebab diorang nak Ke Nilai rumah Kakak Zul..
Direction nak ke KL sentral aku agak keliru..nasib baik ada member tolong kalau tak mesti sesat barat..lepas ni aku terer dah macam mana nak ke KL Senytral.heheee..sampai KL sentral berpusing pusing aku cari Parking.malas nak masuk kawasan Parking tu..last last aku park kat kawasan menunggu.dengan harapan kereta tak kena Clamp.:)
Just beli Tiket di mesin Tiket KTM ke Nilai..esok pagi diorang akan bergerak ke Terengganu semula naik flight.walaupun berjumpa sekejap saja tapi at least tu pun dah cukup.dapat jugak sambut Besday adeq kat Hospital tadi..Semoga kita bertemu lagi ya adik ku!!Take care..Happy Birthday again.
Dari KL sentral kami bergerak pulang ke HKL..malam tu keadaan ayah tak berapa ok.dia demam semula..suhu badan mencecah 38.9 darjah celcius..agak tinggi.so malam ni aku stay di HKL lagi,nak pantau keadaan ayah..minta ais dengan nurse dan sapu badan ayah dengan ais agar suhu badan turun sikit..dan malam tu aku berjaga tak berapa nak boleh tidur since ayah demam dan asyik mengaduh..
*another one more night in HKL..
semoga ayah @xim cepat sembuh..
ReplyDeleteassalamualaikum ..
ReplyDeleteI've gone through this situation b4...stay calm..and the most important things are ...sabar n redha..
best nya dapat abang macam azim..nak jadi adik azim bleh ke? huhhuhuhu....eh tak layak yer..
ReplyDeletehopefully ayah azim cepat sembuh, sori arituh tak bleh nak singgah.
Hope he will fine soon..banyak2 la berdoa ya..
ReplyDelete