Sambungan dari entri sebelum ni..
Malam tu ada appointment dinner dengan Encik Sepul & Nita Hamdan.Objektif utama aku nak jumpa si Umar Shadiq-cahaya mata sulung pasangan ini..Tahniah kepada anda berdua!!semoga dengan kehadiran Umar ikatan perkahwinan semakin kukuh dan utuh..
Encik sepul dan Nita sempat shopping di Tesco dulu.shopping barang dapur.aku dan Zie singgah di Metrojaya kejap tengok tengok Perfum..so dalam metrojaya kami berjumpa.dan first thing yang aku nak tengok Umar shadiq ni lah.haha.tembam sungguh.nyenyak pulak tidor..mak bapak dia kata kalau ada bom meletup pun belum tentu this bebiboi bangun.hahaa
Sekarang ni sale pun banyak..memang meraban jugak lah mata duk melilau tengo sale merata rata.tapi tahan nafsu jer lah..kalau tak mau rabak poket.dari The curve ni kitorang decide nak makan kat mana..banyak pilihan duk ada..last last Encik sepul ajak makan di The Graden..Restaurant konsep dalam taman.ok lah aku pun tak pernah try.lets!
Selalu kalau datang the curve memang nampak this restaurant tapi tak pernah pulak rasa nak menyinggah.tak sampai seru kot.bila dah ada member ramai macam ni baru lah ada kesempatan nak rasa makanan di sini pula.konsep memang sempoi,diorang decorate ala ala dalam taman..dah namanya pun the Garden kan.siap ada orang main piano.memang best.
Tengok harga yang ada pun reasonable lah.takder lah mahal sangat.affordable untuk yang berpendapatan sederhana macam aku ni.buku menu yang interaktif juga turut menarik perhatian.dah macam album gambar dah.kebetulan aku baru purchase photobook sebab ada diskaun..haha.tetiba lari topik.ok ok sambung balik topik asal.so kami pun order lah apa yang patut.
Encik sepul dan azim ashaary bertemu..Zie ziana dan Nita Hamdan juga bertemu..kali last jumpa diorang masa aku turun shah alam bulan November tahun lepas.depa ni sempoi tu yang aku suka.tak melibatkan emosi yang berlebihan dan senang nak bawak berbincang.kalau nak emo lebih lebih sila blah.aku tak cukup masa dan tenaga nak layan.jadual aku sibuk dan padat serta sendat.harap maklum.
First menu yang sampai -SHANGHAI NOODLE.nama betul aku tak ingat dah.lupa nak catat.ni encik sepul punya.menurut beliau rasa mee ni tak berapa sedap sangat.takder kuah dan ada kicap bertaburan merata rata dalam mee..dia rate B-pandai pandai aku kan.nasib ko lah encik sepul.hahaaa)
Ini ialah BIHUN GORENG TELUR MATA..actually nama dalam menu lagi vavavooom punya tapi aku nak senang dan ringkas buh nama kampung jer lah.bihun goreng tetap lah bihun goreng kan..takyah la nak vermicelli fried with fried egg bagai or apa apa jer lah.apa aku duk merepek ni.rasa bihun aku tak taw sebab tak rasa tapi encik sepul membaham semua nampaknya..Nita punya tapi dia habiskan.tak offer pun so tak taw sedap ker tak.B+ kot.boleh?
Aku suka gelas yang disediakan.menariks..macam mini jag yang kecil.tiutt dan comell..rasa nak bawak balik rumah gelas tu tapi mesti ada additional caj nanti.air buah apa ntah aku duk order,macam cocktail gitu lah.no komen lah pasal air.mesti ok punya..
Hot Chocolate..Ibu dalam pantang kena minum air panas mana boleh minum ais
Ini CHICKEN TERIYAKI..zie ziana punya..dalam gambar nampak sedap dan bila sampai,memang sedap!!berkenan aku tengok presentation nya..asparagus tu menambat jiwa!!rasa ayam panggangnya pun lazat..aku rate A lah yang ni.:)
Last but not least-this is my meal- GRILLED SALMON WITH LEMON SAUCE.nama tak berapa kena tapi lebih kurang lah.tak kuasa aku nak hafal nama menu tu satu satu..rasa salmon macam biasa lah.mantap..aku suka sos lemon nya tuh..rate A jugak.Ikan salmon tetap menjadi pujaan hatiku dulu kini dan selamanya.
Sambil makan sambil lah sembang..orang lain dah nak siap makan aku baru terhegeh hegeh nak habiskan salmon sebab menu aku paling lambat sampai..takpaa lah sebab bukan nak rush apa pun..memang jumpa sekadar nak sembang dan bertemu muka..aku duk kacau lah umar tapi syoknya dia duk tidur..
Tapi tak kira,tidur ke suh umar bangun jugak sebab nak dukung dan angkat.aku tak reti lah nak dukung baby.takder tokoh.haha.Umar ni sangat baik.angkat lah macam mana pun,usung lah tunggang terbalik ker senyap jer dia diam tak menangis apa pun..pasrah jer.tapi muka dia garang wooo.maciam muka bapak dia..ada tokoh jadi leader nanti.
dalam pukul 11 pm lebih kami pun nak beransur pulang..
Sebelum balik ambik gambar ramai ramai dulu.minta tolong waitress yang kerja kat situ.terer jugak akak ni ambik gambar..sangat menurut arahan occay.hehe..kena recommend lah tempat ni nanti pada kawan lain..Overall aku suka makanan kat sini..(based on apa yang kami makan).seleksi makanan kat sini pun banyak dan harga tak lah mencekik darah sangat.sekali sekala makan lepas gaji ok jer..tambah pulak makan dengan geng sekepala lagi besh!!two thumbs up!
Nice to meet both of you,Encik sepul & Nita sekali dengan Umar Shadiq(Umar yang jujur..)..Tahniah sekali lagi atas kelahiran dan semoga korang berdua dapat jadi ibu dan bapa mithali..kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi,kalau ada umur yang panjang boleh lah kita berjumpa lagi..
*balik dari the curve ni aku ngan Zie sinngah makan bubur pulak kat kampung bharu.tapi gambar tak ambik sebab masing masing sibuk bertwitter.hahaa..mana kenyang maaa makan ikan salmon macam tu.huhuu
kiranya bleh ker disimpulkan yang western food kat situ jer sedap berbanding oriental one..kan..
ReplyDeletePandai-pandai rate aku punya kan? Tapi menu yg hang bg bagi vercimelli fried tu aku tergelak okeh. Inshallah semoga ukhwah ini akan berpanjangan dan semakin erat jika ia berpaksikan kepada keikhlasan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain sesama insan kita. Sekian sahaja kuliah Subuh dari saya.
ReplyDeleteNanti inshallah ada kelapangan kami pi Penang nak berak kat rumah hang boleh?
comelkan restaurant ni.. rasa cam ala2 nak kawin kat sini je..wedding garden la kononn...:)
ReplyDeleteooo pernah gak lalu kat situ..
ReplyDeletemmg suka tengok deco dia...
bebila pegi sana leh try lah...