About AXIMUD

Monday, February 14, 2011

DINNER BERSAMA PENGANTIN BARU @ RESTORAN HAMMER BAY

Ada apa dengan 14 Februari?

Sana sini heboh duk sibuk dengan sambutan hari kekasih,atau lebih dikenali dengan nama Valentine day.tapi tahu ker kita apa maksud Valentine Day??kalau nak tahu lebih lanjut baca artikel ni.

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Untuk perkongsian bersama..Ilmu Allah itu luas..sama sama kita fikirkan ya..actually aku nak cerita pasal makan malam tadi..makan malam di Restoran Hammer bay bersama Pengantin baru..hehehehe..Plan dari minggu lepas lagi nak makan sama sama so malam ni jadi kenyataan..

1
Dulu aku dengar ura-ura pasal Restoran Hammer Bay ni nak kena runtuh la nak kena ambik alih la..tapi sekarang aku tengok ada jer lagi..tak kesah laa..janji kami boleh datang makan..

2
Di kawasan ni ada tiga Restoran yang compete..kami singgah kedai depan sekali,yang Hammer Bay punya..yang lagi dua satu namanya anggerik biru dan satu lagi aku dah tak ingat..Hopefully this restaurant boleh beri rasa masakan yang bagus.Masa nak pilih barang mentah macam macam Orang kedai ni duk suggest..sat lagi aku reveal apa yang kami makan.

3
Mula-mula kitorang dah duduk kat luar,kawasan Open air..Hujan baru jer berhenti..dekat la dengan Skrin besar..puas nak menonton Che Keong.Sekali baru jer air sampai hujan rintik rintik terasa..terus lah kena berpindah masuk ke dalam..

4
Ini ialah pengantin baru..diorang baru balik dari Hanimun 5 hari 4 malam kat Langkawi.Congrats again ya!!Life like this..in a minute u get married,and after this you gonna have a babies,yeah..life like this..aku tumpang gembira untuk mereka..ajal maut dan jodoh semua ketentuan tuhan.Insya Allah my time will come soon.:)(apasal muka penat jer masing masing..heheheee..)tapi yang aku perasan muka diorang dah macam adik beradik..Jodoh panjang tu..sama sama kita doakan mereka.

5
Ok jom kita bercerita pasal makanan pulak.

Ni ialah SOTONG GORENG TEPUNG.macam biasa menu wajib yang pasti di order..sedap buat ratah ratah..ok lah jugak rasa sotongnya.aku suka sotong goreng tepung macam ni.ada sesetengah kedai tak reti buat letak tepung banyak banyak.aku rate A.

6
KEPAH MASAK PEDAS.yang ni pun ok..A

7
Menu seterusnya- KETAM MASAK CILI..actually aku pun tak taw apa beza masak cili ngan masak Pedas..mana aman lah..menurut pakar ketam kami iaitu Nikli Nodin,Rasa ketam ni sedap tapi terlebih manis.aku rate A-.kami ambik ketam 3 ekor jer.kang ambik banyak takut tak habes.Siap ada pengacip lagi..baru senang nak kupil ketam.

8
yang ni aku suka!!UDANG MASAK CILI..sangat sedap..maybe sebab udangnya besar dan masakannya simple.rate A+

9
This TOMYAM POKTEK also superb..must try menu kalau datang makan kat sini..Kuahnya sangat likat,pekat dan konpem terangkat kalau makan..ada isi ikan,Ketam,Udang dan sotong..rate?A++

10
Ulaman dan sambal belacan

10A
Yang paling tak best ialah KERANG BAKAR ni..entah..macam kerang tak fresh..tak taw nak rate apa..tapi kerang ni sampai lambat..kami dah habis makan kenyang penuh perut baru nak sampai..so itu juga faktor kenapa Kerang bakar ni tak habes..

11
Kami makan sambil sembang sembang..datang berempat..Maz Daud ada sekali..The more the merrie..makan ramai ramai baru syokkk kan..lagi pun esok pengantin baru nak berangkat pulang ke sarang masing masing dah..so makan lah kenyang kenyang..lepas ni berjauhan pulak sorang kat Miri sorang kat Sg.Buloh.Thanks pada semua yang menjayakan dinner kita kali ni ya!

11A
wow..Banyaknya kami makan..

Alhamdulillah perut kenyang hati girang..Overall makanan kat Hammer bay ni reccomended lah..sedap!lepas dah sembang sembang lagi kami pun bergerak pulang sebab hari dabh makin tengah malam..dah dekat 11pm..esok Cuti Maulidur Rasul so tak lah kisah sangat kalau nak balik lambat pun..NN ngan YY lah yang nak kena balik packing sebab esok diorang ke KL..Wish you guys a safe Journey ya!!

*Perut dah kenyang..jom tidorrr!!bestnya esok Cuti..Salam Maulidur Rasul semua!!

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..