About AXIMUD

Friday, February 4, 2011

NASI KANDAR PAK JAMAL BAWAH POKOK BUTTERWORTH

Apa aku dah buat ni.

Tadi dah berguling-guling atas katil..dah mengantuk dan memang dah nak tidur..tapi perut duk berbunyik bunyik kelaparan..Aku pujuk diri sendiri supaya tidur jer dulu esok baru makan..namun nafsu mengatasi segala-galanya..Kalau di malam jumaat begini pasangan suami-isteri sedang enak memadu asmara,aku memilih untuk memadu asmara dengan makanan..Sarung baju,ambik kunci kereta terus aku keluar demi mencari sesuap nasik..

1
Gila kan.

Pukul 12.30 am, aku ke Butterworth NASI KANDAR JAMAL MOHAMED bawah pokok..untuk makan Nasi Kandarnya yang sedap itu..aku ingat aku jer yang gila.Rupanya ramai lagi orang lain yang sama Gila macam aku jugak.Makan nasi Kandar tengah tengah malam buta.Ramai pulak tu.Tambah pulak Cuti Cainisniuyer..beratur dan sabar menanti je lah.

2
Ini ialah kali kedua aku makan kat sini.Kali pertama Bulan 12 tahun lepas dengan member tempat kerja..Naik kat sini ada dua,nasi minyak dan nasi putih.aku mintak nasi putihnya saja lah.Nasi Kandar bawah pokok ni mula beroperasi dari jam 10 malam sampai 3 pagi kot kalau tak silap.mesti kaya raya pak jamal kita kan.Kalah Jamal Abdillah.

3
Dan ini lah hasil dari perut berbunyik.

Pukul 12.45 am,4 Februari 2011 aku melantak nasi kandar tengah malam buta..patutnya kalau tidur tadi pasti dah dibuai mimpi..but what to do,esok cuti so ambil kesempatan yang ada lah.aku belasah ambik ayam masak merah,Kerang dan telur masin serta bendi.Wajib ambik-Kuah Hitam daging..nak lagi sedap ambik la dageng sekeping.aku tak ambik sebab hari tu dah rasa.memang sedap terangkat!!

4
Sambal kerang tu sedap!kerangnya besaq besaq..Likes!!Bendi rebus buat ulam..masyukkkkk..nasi putih aku ambik ni extra..macam rugi penat beratur then makan sikit jer.Harga sepinggan macam ni tak lah mahal..ehhh dekat sepuluh ringgit juga.Tak kisah lah.janji hati puas.

5
Tanpa di sedari,Nasi semua dah habis.Nak lagi!!!

Oh lupa nak bagitau aku datang makan ngan member..tak kuasa aku nak datang sorang sorang..kalau sorang baik aku tidor jer tadi..ada member ni best sikit sebab ada penggerak..anyway thanks fren for accompany me!yang mahal terletak pada pinggan tin tu..mana nak carik.haha.Unik lah kononnya.Tak kisah la apa apa pun.yang penting sedap dan aku dah kenyang.yeayyyy!!

6
Time nak balik tadi ramai lagi yang duk beratur.

Memang berhantu sungguh..ada buh kaskas ker apa..hehee..lawak jaa.jangan saman aku pak jamal..aku takder 6 juta.agaknya time dekat pukul 2 pagi lagi ramai kot..inilah tabiat makan rakyat malaysia ya tuan tuan dan puan puan..makan nasi kandar pukul 1 pagi bersulam teh tarik,then balik rumah tidoq..cukup hujung tahun gemuk tak pasal pasal.

7
Kalau korang nak datang sini sila lah cari Telekom (TM) butterworth.Kedai bawah pokok ni betul betul sebelah bangunan TM..tak susah nak cari..korang datang time malam pukul 10 pm ke atas then cari lah port ramai orang beratur.betul lah tu..Selamat mencari dan selamat makan nasi kandar pak jamal yang sempoi!!

Adoi.Macam mana nak tidor ni.Perut Penuh.

Sembahyang tahajud dulu lah.

Ok bai.

13 comments:

  1. ya allah.. midnite supper eik.. now u make me hungry lorr.. haishhh

    ReplyDelete
  2. suka la tengok awak cerita & ambik gambar pasal makanan :) ..terliur..

    ReplyDelete
  3. wah...org bujang mlm2 buta pun masih makan ye. Apapun cam sedappppppppppppp!!!

    ReplyDelete
  4. uihhh..gila kentang! nasi kandar tgh mlm buta? org beratur pjg??? uihhh kat malaysia ke nih?? :P

    p/s: harus pakse hubby bawak kat sini. butterworth eh? dekat je tuhhhhhh... ;)

    ReplyDelete
  5. KASEH,

    haippp mana boleh makan malam malam..nanti kalah the biggest loser..heheee

    ReplyDelete
  6. NORH,

    banyak lagi akan menyusul kemudian..hehehee..

    Tungguuu..

    :)

    keep coming back for more ya..

    ReplyDelete
  7. HANNASARAH,

    duduk bujang tu lah yang senang..rasa lapar keluar makan..rasa nak beli barang pi shopping..rasa ngantuk tidor...heheee

    ReplyDelete
  8. JIJY,

    memang kena pi!!suh your husband bawak...sedap!!

    ReplyDelete
  9. en axim telah berjaya buat akak rindu nak balik penang pekena nasi kandaq huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  10. aku kalau gih penang, mesti makan kat sini. telur sotong dia sedap. nasik dia pun cam lemak lemak nasi minyak gitu kan.

    ReplyDelete
  11. yeay berjaya saya sampai tempat ni minggu lepas. mmg sedap.

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..