About AXIMUD

Thursday, March 17, 2011

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI DAY 2 PART 1

Malam tadi aku tertidur depan tv.
A
Entah macam mana boleh pulak aku layan TV2 cerita Just Like Heaven..aku suka movie tu tapi sebab kemengantukan yang amat tertidur jua atas sofa..Penat Jogging kot..Bangun pagi tadi still terasa liat nak pergi kerja..actually sejak dua tiga menjak ni mood nak pergi opis macam tak berapa nak muncul.entah lah..akan ku cari semangat yang hilang itu..Insya Allah.
A
Ok kali ni nak sambung cerita pasal trip Phuket/krabi weekend yang lalu.

11 MAC 2011

Hari kedua di bumi Thailand..
A
Bangun awal pagi jam 8 am.padahal aku tidur lepas subuh..tapi boleh pulak bangun awal.maybe sebab mood bercuti so kena lah ikut jadual yang ditetapkan.pukul 9 pagi semua kena berkumpul di lobi untuk Check out dan menuju ke destinasi lawatan seterusnya.


Sarapan pagi dulu lah apa cerita pun.selesai siap kemas barang turun di tempat makan di Dhintavee Hotel..banyak seleksi makana ada..ada nasi goreng ada bihun Goreng ada Hot dog ada telur tapi maaf lah yek..semua tu TAK HALAL..Sedih rasa hati sebab kena tengok jer..huhuhu
a

Roti tu boleh makan lah..buah pun ok
a

So sarapan pagi aku hanyalah makan buah tembikai sahaja.Roti pun ada sebenarnya tapi macam biasa lah,tekak aku kan tekak orang kampung..roti-roti ni i tak berapa berkenan..tak suka sangat..secawan Kopi dan 4 potong tembikai sebagai pengalas perut..Alhamdulillah..
a

Tepat jam 9 pagi semua rakan-rakan yang lain dah siap check out dan dah tunggu di lobi untuk menuju ke destinasi kami yang seterusnya..actually jadual tak lah strict sangat,boleh di ubah mengikut kesesuain kami semua..Petang nanti kami akan Check in di area Patong Beach and that's the reason why pagi ni semua siap siap Check out terus.
a

Our Tuorist gude,Encik Rashid membuat sedikit penerangan berhubung dengan tempat yang kami akan lawati di sebelah pagi hari ini..sempoi jugak encik Rashid ni,ada lah jugak dia share cerita cerita lawak..Untuk pagi ni kitorang akan melawat tempat membuat batu permata,GEMS GALLERY PHUKET,Tempat membuat T-SHIRT,tempat memproses biji Gajus,SRI BURAPHA ORCHID, dan last sekali kami akan melawat tempat MUTIARA,MOOK PHUKET FARM.
a
GEMS GALLERY PHUKET
a

Ini ialah tempat pertama yang kami lawat..Thailand memang terkenal dengan industri batu permata..yang paling besar di Chantaburi,Bangkok.Masa sampai kami disambut dengan senyuman oleh awek awek thailand yang bertugas di entrance..Cantik pulak diorang berbaju kebaya..Orang thailand memang murah dengan senyuman kan.
a

Welcoming drink disediakan..air Pepsi dan Coca Cola
a

First Thing to do kat sini diorang bawak kitorang ke bilik tayangan..Video pendek ini mengisahkan asal usul Batu permata di Bangkok dan bagaimana Bisnes ini berkembang..kalau dulu diorang gali dan tapis cara manual tapi dengan kecanggihan teknologi mesin yang buat semua tu..bukan senang nak cari batu permata antara batu batu kat tanah..diorang akan pakai satu sinar UV light untuk detect kilauan dari batu permata.Menarik jugak!!
a

picture in the hallway
a

Ini ialah antara batu batu permata yang ada di bumi Thailand..macam macam nama ada..ada Amazonite,jasper,orpiment dan macam macam lagi lah.yang sebut sampai tergeliat lidah pun ada..kiranya batu permata ni raw material lah sebelum diorang proses jadi gems yang berkilauan..
a

Kami di bawa ke tempat memproses Gems ni..cara manual diorang kena pakai untuk canai batu permata ni supaya punyai sudut sudut yang cantik.Bukan kerja mudah..patut lah harganya mahal..Cuma kat sini aku rasa diorang patut buat kategori kategori kerja yang diorang duk buat..bila aku masuk ke sini aku pun tak sure apa yang diorang duk kerjakan.
a

Gems Gallery punya cawangan di Bangkok,Pattaya, dan Chiang Mai
a

Lepas tengok diorang proses gems tu ada satu hall yang besar tempat jualan batu permata dan juga mutiara.aku tak berapa pandai nak beli gems dan mutiara ni..dari harga rm100 sampai lah rm100000 semua ada..kalau mai dengan pompuan mesti dorang suka tempat ni..sementara tunggu member member lain duk beli batu permata dan mutiara untuk orang rumah aku melepak di cafe. Gambar kat tempat jualan takder sebab diorang tak kasi ambik gambar..
a

Air minuman kat Cafe ni free jer..mintak lah apa yang korang nak..tapi ada satu balang macam derma untuk orang susah..aku tengok yang ambik air semua duk buh duit dalam tu dalam 20 baht or 50 baht so aku pun letak lah juga 20 Baht..Sedekah.semoga beroleh keberkatan.
a

Mari mari minum sambil relaks relaks..
a

Lama jugak kami spend masa kat sini.yang jadi lama tu kat tempat jualan lah,ramai yang duk membeli rantai dan cincin untuk bini diorang.yang takder bini duk dendiam sudah.hehee..dalam pukul 11 am baru kitorang gerak dari tempat ni menuju ke tempat lawatan seterusnya.
a
KILANG MEMBUAT T-SHIRT(PRINTING)
a
Menurut encik Rashid, T-shirt kat Patong beach adalah mahal.so better beli di kilang buat T-Shirt terus..yang penting kualitinya bagus.aku memang nak beli jugak beberapa helai T-Shirt nak bawak balik as souvenir.
a

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum
a

Masuk dalam Kedai T-shirt Tokey kedai ni namanya Madunan dah ready tunggu..dia kemudiannya memberi sedikit penerangan tentang tempat membuat T-Shirt ni..semangat sungguh dia duk cerita pasal kualiti T-Shirt yang dia duk jual..
a

Macam macam design ada..nak yang berunsur lucah sket pun ada..hahaa..tempat membuat T-Shirt ada di belakang kedai aku lupa pulak nak snap kat belakang tu sebab dah ralit duk tengok design mana yang berkenan di hati.tapi agak tensen jugak lah sebab ada dua tiga design yang aku nak semua out of stocked.last last aku beli 10 helai T-Shirt dengan design yang sama.
a

Borong jangan tak borong..harga satu helai T-Shirt yang kualitinya bagus ialah 149 baht SEHELAI..(rm15).beli sepuluh helai dapat satu percuma..aku suka packagingnya dalam bekas bulat..sesuai kalau nak bagi as a souvenir pada member member.aku beli terus banyak banyak so takyah nak pikir dah untuk cari T-shirt Phuket.Tinggal T-shirt Hard rock Cafe je lah nanti kena carik.
a
KILANG GAJUS(SRI BURAPHA ORCHID)
a

Perhentian kami yang seterusnya ialah Kilang membuat dan menjual gajus..masa ni perut dah berkeroncong kelaparan..dah pukul 12.30 pm sebab tu lapar lain macam..Tourist guide dah pesan nanti masuk tempat jualan makan gajus banyak banyak sebab ada gajus untuk test rasa di sediakan secara percuma..ini sudah bagus..heheee.boleh la alas perut sikit.
a

Ada lah mesin lama yang di guna pakai untuk membuka bijik gajus..mesin manual tu eksyen jer..sebab sekarang dah pakai mesin yang besar.Lupa pulak nak snap mesin besar tu.
a

Yang menariknya kat sini macam macam perisa ada untuk Gajus..ada perisa Tomyam,Perisa Butter,Peris garlic,gajus bersalut madu,gajus bersalut cokelat,gajus bersalut wasabi dan macam macam lagi lah..aku paling suka yang bersalut tomyam..memang sedap..dan memang aku balun makan gajus tu kaw kaw punya.. lapar punya pasal.
a

Yang perisa madu ni pun sedap jugak..likes!!
a

Dah rasa banyak banyak rasa bersalah la pulak kalau tak beli..so beli lah jugak sepeket dua.tapi agak mahal lah aku rasa.maybe sebab nak cover kos yang depa duk bagi pelancong makan secara percuma kan..
a

Kat sini bukan Gajus saja ada..makanan Kering yang lain pun ada macam jeruk dan sotong kering..shopping lagi kat sini..baru hari first duit dah habis separuh ni apa cerita?heheee
a
AKOYA PEARL MOOK PHUKET FARM
a

Ini ialah persinggahan terakhir kami untuk sessi pagi ini..
a

Di sini ada satu booth yang disediakan untuk melihat sendiri bagaimana Mutiara di hasilkan dalam tiram..proses tu ada di tunjukkan tapi masa ni mood dah berkurangan sebab lapar.tapi bab bergambar senyum jer..actually menarik juga melihat bagaimana Mutiara terhasil.Subhanallah..sesungguhnya Allah maha Kaya.
a

Besar gila tiram itu!!
a

Tempat jualan wajib ada..dan seperti biasa rakan rakan ku yang lain akan meneliti dan melihat mutiara di sini..aku akui memangs angat cantik mutiara mutiara yang dijual..tapi aku tak berapa minat sebab tak pandai nak beli..lagi pun budget constraint pun yer..beli mutiara kat sini nanti tak boleh beli mender lain dah.
a
LUNCH @ CHARIFA RESTAURANT
a

Dalam pukul 2pm baru lah kami dapat menikmati makan tengahari..mujur lah tadi dah lapik perut dengan gajus gajus pelbagai perisa..so tahan lah sikit.Lokasi kami makan tengahari di Charifa Restaurant,di tengah pekan Phuket..keuntungan datang dengan travel agent macam ni lah,tak payah risau pasal nak makan ngan tempat yang akan dilawati..semua depa akan uruskan.
a

Makanan dah siap hidang masa kami sampai
a

Aku memang suka masakan Thailand.cara diorang masak tu ada ummpph..banyak lauk jugak yang disediakan..ada siakap tiga rasa,Telur Goreng,Sup sayur,Kangkung belacan dan yang wajib ialah Tomyam..satu lagi ada Ulam Timun dan belacan..Timun kat sini rangup dan sedap!cicah pulak dengan sambal.sambal belacan di Thailand rasanya tak sama macam kat tempat kita..apa yang diorang buh aku tak sure tapi sedap lah..makan punya makan akhirnya kami kekenyangan.Alhamdulillah..
a
BANGKOK RESIDENCE HOTEL,PATONG BEACH
a

Selesai makan Perjalanan di teuskan ke PATONG BEACH untuk check in di Hotel sana..perjalann dari Pekan jauh jugak..dalam setengah jam baru akan sampai.Sibuk juga rupanya Phuket ni.Kawasan berbukit no wonder lah namanya Phuket(Bukit).Ada satu bukit dipanggil Bukit Hon sebab setiap kereta yang lalu akan Hon sebagai penghormatan kepada sami yang jaga kawasan tu.
a

Masjid di Phuket
a

Dalam pukul 3.30 pm kami sampai di area Patong Beach dan Checked in di BANGKOK RESIDENCE HOTEL..ada welcoming drink disediakan..air jus guava..Quite nice juga lobi Hotel.Konsep kayu kayan..cantek..
d
Room for two.Quite nice dan besar jugak bilinya..harga satu malam ialah 2000 baht..lebih kurang RM200 kita lah.ni hotel yang paling murah di Patong..hotel hotel lain mahal lagi..maybe sebab kawasan Patong ni International punya attraction..so masuk bilik siap siap mandi sembahyang jamak dan berehat dulu sebelum keluar balik pukul 5 pm kejap lagi untuk ke Rawai Beach dan Phrom Thep Cape menikmati Matahari terbenam di sana..
s
*to be continued..

11 comments:

  1. salam...aii sy mmg suke bab mknan..LOL nape xhalal plak~
    neway, nex time sy nk g thailand mmg mnta awk jd sifu la yer "^^

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat jln2....:D

    saya rasa mcm dah lama sgt tak jln2 mcm ni...;-)

    ReplyDelete
  3. perghhh n3 yg panjanggg ...
    shopping sakan nooo

    ReplyDelete
  4. SIZZLING SUZAI,

    kat phuket tu tak ramai muslim rasanya..tu yang hotel memang makanan tak halal..makan roti je..
    nak jadi sifu no hal..emel me ok kalau nak tanya detail ker apa ker yang berkaitan

    ReplyDelete
  5. MAZ DAUD,

    then try la jalan macam ni balik..seronok jugak.penat,tapi best.:)

    ReplyDelete
  6. KAK ELLY,

    tu lah..sakan shopping..heheee:)

    ReplyDelete
  7. apa nama kilang buat t-shirt tu dan area mana ntah? kalao abam boleh recall la.
    ooo phuket tu berbukit bukit yea.

    ReplyDelete
  8. encik sepul,

    maaf lah abam..saya tak ingat..ni area apa nama ntah..ishh serius aku lupa..

    Phuket tu maksudnya bukit..so memang kawasan sini berbukit yang amat

    ReplyDelete

  9. everyone would want to get married , but the marriage also divorce . like where how to defend marriage forever ۔
    http://l.ly/WZ1

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..