Hari kedua di Terengganu.
Awal pagi aku ambil kesempatan untuk hirup udara segar..Cuaca pagi yang sungguh best..kawasan tepi Hotel Felda Residence ni macam ada track untuk orang jogging..so aku sempat lah jogging 20 minit.
a
a
Ada jugak Orang lain yang duk jogging sama..Ada Chinese yang buat Tai Chi..dan tak kurang juga yang walking di pagi selasa ni..Entah camana tersilap langkah kot aku terjatuh masa tengah jogging.berdarah gak la lutut.tapi sikit jer pun.no big deal.
a
a
suasana pagi sekitar kawasan Hotel
a
a
Dekat Pukul 8 pagi balik ke Hotel mandi dan bersiap siap untuk ke Kuala Berang pula..tapi sebelum tu sarapan pagi di Tingkat 17.Makanan standard lah yang ada..Nasi Lemak,Kuteau Goreng,Bubur,omelette dan macam lagi.yang paling menarik depa hidang Ubi Kayu cicah ngan Nyiur..Setel sarapan pagi terus bergerak ke tempat kursus.
a
a
Kursus ni untuk para auditor.Ni semua auditor dari seluruh Malaysia berkumpul.Nak tetapkan tempat unbtuk diaudit dan macam refresher jugak bagi apa yang perlu di audit.Bulan Jun nanti Insya Allah aku akan ke PD.audit seminggu kat situ.
a
a
Time break yang best.sebab makanan ada disediakan.hari ni diorang bagi makan Nasi Kerabu..makanan tempatan lah kiranya..memang berselera gila aku makan cuma takder lah bertambah ker apa.nak kontrol jugak.haha..Terasa keaslian nasi kerabu ni..sekarang semua negeri dah ada nasi kerabu cuma bila makan di Terengganu lain macam sedapnya..Kuah golek tu paling mabeles!!
a
a
Tak terliur ke wehh korang tengok??muhahahaha
a
a
Hari ni kursus abis awal dalam pukul 4.aku bersama 3 rakan lain ambil kesempatan untuk lihat empangan kenyir dengan lebih dekat..jauh masuk ke dalam lagi..tak jauh.cuma 15km jer.
a
a
Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.
a
Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
a
a
Here i am at Tasik Kenyir.Indah!!
a
a
Senang kerja aku kan Kopi pes jer dari Wikipedia pasal Info Empangan Kenyir ni.hehee..actually kali terakhir aku datang Tasik Kenyir masa aku tingkatan dua dulu.dah berkurun zaman lah kiranya.Ni ada kesempatan macam ni baru datang balik..
a
a
Dari Empangan Kenyir tu kitorang bergegas gerak ke Bandar Kuala Terengganu sebab nak ke Pasar Besar Kedai Payang kejap..pasar ni tutup awal.Pukul 6 pm dah tutup waktu operasinya..aku actually nak sangat ke pasar payang sebab nak beli Telur penyu..kat lain payah nak jumpa.ada orang pesan suh beli.
sampai on time masa nak tutup..banyak kedai dah bungkus
a
a
Masuk juga lah ke dalam cari kot kot ada rezeki lagi..terus terjumpa gerai makcik yang jual telur penyu.siap ada jenis jenis lagi..yang dari Terengganu sendiri dan dari Sabah pun ada..kalau yang dari Terengganu mahal sikit sebijik dalam RM4.50..yang dari Sabah sebijik RM3..harga telur penyu pun dah mahal sekarang.dulu aku ingat lagi baru RM2 sebijik..tu citer dua tahun lepas lah.
a
a
Colleagues lain sibuk beli kopok keping.
a
a
Alhamdulillah dapat apa yang di hajati
a
a
Sekarang kan musim durian so kat luar pasar Payang ni berderet orang duk jual durian.Mahal ker murah ker wallahualam sebab tak tanya pun.i tak minat lah durian durian ni.i kan lahir kat London.mana makan durian yang busuk ni.hahaha..Tapi tempoyak aku hantu.camano tuh?pelik bin ajaib kan.
a
a
Bazar warisan dekat Bukit Puteri
a
a
Singgah solat asar kejap di sini..
a
a
Dari pasar Payang diorang ajak pergi makan ICT(ikan celup Tepung) kat Pantai Teluk Ketapang lagi skali..aku ON jer lah bab bab makan ni..memang sedap..walaupun semalam dah pergi hari ni kena pergi lagi skali..aku pun takder plan apa pun,just nak straight balik Kemaman lepas makan jap lagi.
a
a
Aku terlewat sampai.Orang lain dah abis makan
a
a
Sotong Goreng Tepung ngan Tuka Goreng Tepung ni memang lah sangat lazat..aku suka sangat..siap tapau bawak balik ke Rumah lagi..hehe..tapi Bila sejuk tak berapa mengancam sangat.kena makan time panas panas.
a
a
waktu operasi sampai 7.30 PM sahaja.
a
a
Terima kasih la pada Encik Aziz sebab belanja makan ICT tadi tuh..Lepas siap makan diorang ke Airport sebab ada member kami yang naik flight malam ni jugak,dan aku straight balik ke Kemasek Rumah tercinta..sampai Kemasek dalam pukul 9.30pm..Then malam tu sembang panjang ngan Shuk dan Kak Ija pasal hal macam macam..
a
*To be Continued.a
yg paling rasa terliur adalah ubi kayu rebus tu...
ReplyDeleteTanya sikit boleh? Tuka goreng tepung tu apa? Tuka ?
ReplyDeleteNORH,
ReplyDeletesedap jugak ubi kayu cicah kelapa..
NIEDA,
ReplyDeleteTuka tu macam ikan pari tapi yang saiz kecik..
sotong goreng tepung memang sedap sangat diwaktu mkn tengahari.. lek tu pekena air kelapa.. puyoo!!
ReplyDeleteKAMI,
ReplyDeletesaya sangat bersetuju dengan kenyataan anda tu.takyah makan nasik pun takper..makan ni jer pun dah cukup..:)