About AXIMUD

Tuesday, April 26, 2011

FOOD REVIEW : SERABAI KUIH MAYAT!!

Korang pernah makan SERABAI tak??aku yakin ramai antara korang yang tak pernah dengar nama kuih macam ni..Kalau rambut berserabai tu ramai lah biasa dengar kan..ni nama kuih..Serabai..Dengar kata kuih ni biasa dihidang masa kenduri arwah..wallahualam.sebabnya tidak lah aku ketahui.siap dikenali dengan nama Kuih mayat lagi.aku rasa berkurun lama dulu aku pernah makan kuih ni.
a

Hujung minggu lalu,hari ahad..aku ke Astaka Taman Tun Sardon.Punya lah gigih nak mencari Serabai sampai merentas jambatan Pulau Pinang ke Taman Tun Sardon sebab nak cari Serabai.haha.demi makanan ku tempuhi jua..Kat sini ada satu Gerai namanya Serabai Istimewa Tun Sardon.


Menurut penjual kuih serabai, Jamaliah Hassan, 51, walaupun hanya menggunakan bahan-bahan ringkas iaitu beras, santan dan yis tetapi proses pembuatan kuih tersebut mengambil masa yang agak lama.
“Nak buat kuih ini bukan mudah. Hanya orang yang sabar dan mahir sahaja boleh membuatnya. Bagi memastikan beras benar-benar kembang ia perlu direndam semalaman.
“Beras pulut yang sudah kembang akan dikisar dan dicampur dengan santan,” katanya kuih itu hanya mengambil selama tiga minit untuk dimasak. Menyentuh perniagaan warisan itu kata Jamaliah, semuanya bermula daripada arwah ibunya, Zaiton Hassan yang merupakan seorang pembuat kuih warisan itu suatu ketika dulu.
a
Kat Penang ni ingat Nasi Kandar Beratur saja ker yang ada??nak makan Serabai ni pun kena beratur ok..lama jugak aku beratur dalam 10 minit baru lah sampai giliran..aku nak makan 3 keping jer.Sekeping di jual pada harga RM0.60..tengok pekerja diorang cekap dan pantas.tak menang tangan..dari sumber yang sahih mereka mampu menyediakan kira-kira 600 hingga 3,000 keping serabai sehari dengan menggunakan 20 kilogram (kg) beras.wow..kaya lah depa kan.
a

Rasa kuih ni macam apam tapi ada rasa masam masam sikit sebab depa letak Yis..Cicah ngan Kuah manis pekat likat tu memang terangkat lah..fuyoooooo..sedap..sedap..tekak aku ni sedap ajer.ntah bila masa jadi tak sedap tak taw lah.haha..tapi still aku wonder pasai apa kuih ni biasa orang hidang masa kenduri arwah.ada sapa sapa boleh eksplen tak?
a

Makan 3 bijik macam ni pun dah cukup kenyang..

Astaka Taman Tun Sardon memang best kalau nak sarapan pagi pagi..macam macam pilihan makanan ada..dari Sandwich,kuih kuih dan makanan tradisional semua ada..sandwich kat sini pun aku suka jugak..nasi lemuni pun best..Ikut selera korang lah nak makan apa.tapi kalau datang sini sila lah cuba makan SERABAI ISTIMEWA ni yek..dijamin unik dan sedap!!kalau korang rajin nak buat sendiri boleh rujuk link ini.
a
*seronok duk kat Penang sebab ni lah.macam macam makanan ada:)maaf lah yek gambar tak berapa best sebab pakai kamera BB Torch9800 sahaja.Korang perasan tak Followers aku dah nak sampai ke-300?sapa followers aku yang ke-300 akan dapat hadiah misteri..meh la follow AXIMUD.

16 comments:

  1. smlm saya bertembung ngan diana. yang keje kat lhdn tu.. siap tegur lagik.. dia ada cakap kat azim tak?

    ReplyDelete
  2. owh betoi ka??tak penah dengaq pun lah dihidangkan msa knduri arwah..slalu depa jamu biskut ampat segi dgn teh o/kopi o...
    penah try hat yg kaler cekelat x?

    ReplyDelete
  3. wahh x pernah merasa kuih serabai nie..kuah dier kuah aper? nampak mcm kaya jerk....sedap nampak....

    ReplyDelete
  4. macam pernah makan...tapi kalau nak beratur to buy mmg tak sampai seru akak...kalau fendi , dia rela!

    ReplyDelete
  5. NM02,

    owh ye ker..dia takder cakap apa pulak..saya pun dah lama tak tanya khabar dia kak..:)

    ReplyDelete
  6. BUZU,

    ker aku yang silap info?tapi duk tanya orang opis semua duk pamggil ni kuih mayat.haha..mayat pun mayat lah janji sedap..Tak pernah try lagi yang kaler cekelat..

    ReplyDelete
  7. LIZ DUAN,

    nasi kandar beratur nanti takleh makan lah..suh jer Fendi beratur kan.heheee

    ReplyDelete
  8. AZUERINA,

    kuah dia macam sekaya lah.ala ala.tapi pekat dan manis..sedap buat cicah..

    ReplyDelete
  9. pelik giler. 1st time aku tengok kot

    ReplyDelete
  10. tgk tajuk serabai tu dah agak mesttttiiiii yg kat tmn tun sardon....
    terbaeeek tu zim...
    ahkak balik penang WAJIB pi makan kat situ...

    ReplyDelete
  11. serius tak tau..kat selatan mane nak carik..area kl ade ke tak??cam sedap ajo

    ReplyDelete
  12. serius tak tau..kat selatan mane nak carik..area kl ade ke tak??cam sedap ajo

    ReplyDelete
  13. eh, dah terlajak ada org ke 300 dah.

    ReplyDelete
  14. hai..sedapnye tengok serabai tu..lama dah tak makan kuih tu..susah nak dpt kat kl ni

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan.....nampak sedapp tue...
    wajib mau cuba nieeee

    ReplyDelete
  16. serabai memang sedap tambah cicah dengan kuah durian...hmmm nyum3 marvelous...

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..