Hari ni aku rasa malas tahap gaban.
Malas nak buat apa-apa pun.tak taw pasai apa.maybe sebab hari isnin.tapi takleh nak salahkan hari isnin.sebab aku memang malas hari ni.tkder mood lansung nak buat kerja.fikiran melayang-layang.apa kena aku tak taw.mungkin juga sebab kerja sangaatttt banyak sampai aku malas nak buat semua kerja..entah lah.sebenarnya hari-hari pun malas.entah bila nak rajin aku tak taw.duk menaip Blog ni rajin pulak..Help!!help!!aku perlukan pertolongan..macam demoralized pun ada gak..apa yang aku nak sebenarnya??
a
a
Apa apa pun,Jom flashback cerita masa Outstation ke Terengganu dua minggu lepas..Hari ketiga aku tak stay di Terengganu dah.Balik ke Rumah sendiri lah di Kemaman..
13 APRIL 2011
Hari ni aku akan balik Ke Penang dah.esok lusa kerja maa.so bangun awal awal pagi sebab nak hantar ayah ke Pusat Hemodialisis di Hospital Kemaman.Selang dua hari sekali sekarang ni ayah memang akan ke Pusat Hemodialisis.Cuci darah.
Keadaan ayah sekarang aku pun tak taw nak eksplen macam mana..Dari segi luarannya memang lah ayah nampak sihat.. sihat cara orang sakit lah.cuma nya sekarang ni rasa lega sikit sebab ayah dah lebih ceria dari biasa.makan pun selera jer..Risau juga sebenarnya tengok selera dia makan.tapi tak sampai hati nak larang.
a
Sementara ayah buat Hemodialisis keluar ke kedai makan berhampiran kejap cari Nasik Minyak untuk dia.pastu letak kalsium dalam bentuk pil kena gaul dalam nasik..Kalsium untuk tulang kan.
Ni aku sajalah duk gatal cek tekanan darah jugak dah alang alang ada di Hospital.macam tinggi jer kan bacaan 123/82.bila aku cek lagi sekali jadi 117/76.Nurse situ kata normal lah.tekanan ni kena ambik dua tiga kali then average kan untuk bacaan yang tepat..so far alhamdulillah.sihat lagi Allah kurniakan.
Then sementara nak tunggu ayah siap Hemodialisis aku,abang E,Mak dan Faiz ke Pasar besar Kemaman untuk bersarapan pagi..
a
Yang ni aku cari cari..Nasi Dagang terengganu.sedap!!
Keropok celup tepung dan nasik minyak
a
a
Habis sarapan pagi cari ikan dan sayur untuk buat masak tengahari..abang E tetiba kata nak buat ketupat sotong so cari lah sotong yang besar besar..sedapnya ketupat sotong..lama tak makan.Kat bawah ni aku sediakan cara cara penyediaan ketupat sotong:
a
Mesin kelapa dulu dan perah untuk mendapatkan santan
Basuh dan bersihkan Sotong
Masak Pulut separa masak dan letak santan sikit dalam pulut
a
Isikan pulut dalam badan Sotong
a
Ambik lidi dan kelipkan pada bahagian atas Sotong supaya pulut tidak terkeluar
a
Kemudian masak santan dan masukkan garam,Gula,halba tapi jangan masak santan lama sangat.letak sotong sekali..dan sentiasa kacau supaya santan tidak berkepala.
Dan akhirnya siap lah ketupat sotong ni..sedap yang amat nak nak kalau sotong tu ada telur kat dalam.hehe..lauk pauk makan tengahari pun dah siap.masa time lunch aku pi ambik ayah yang dah siap Buat Hemodialisis then lepas lunch sama sama aku siap siap nak balik Penang dah.
Sebelum balik..malasnya nak drive sorang sorang..
a
si kecik ni nak bawak kereta..
a
a
Dari rumah bertolak pulang dan singgah di Kijal untuk beli Lemang.Then singgah di Kuala kemaman untuk cari Satar dan keropok lekor..boleh la bawak balik untuk kawan kawan..ni semua makanan tradisional Terengganu..keropok lekor memang aku hantu.setakat menghadap sebungkus RM10 sorang sorang pun aku boleh jer..
a
Then perjalanan diteruskan..punyalah mengantuk drive time matahari memancar mancar atas kepala..tapi nak buat camana.Longway to go..sampai KL jam 6 petang aku sempat singgah lawat Mak Teh di IJN(sekarang dia dah boleh balik dan berada di Kemaman.Alhamdulillah..)Then malam tu straight balik ke Penang..Berakhir sudah cerita aoutstation di Kuala Terengganu.Yang syoknya outstation ke Terengganu ni sebab boleh balik rumah.Tu yang paling syok.Rindu lah kat my family..
*Hari ni ada acara derma darah kat Carrefour seberang Jaya so orang tak ramai kat stesen.aku nak start buat kerja dah..nak kena sprint banyak lagi kerja duk pending.nanti ada masa aku story lagi apa yang patut.Bai.
i pun akan syiok kalo gi outstation..
ReplyDeleteleh balik kampung skali...
bonus tu....
gamaknya u letih kot zim...
dok pi sana sini....
tu yg mood ke laut tu....
try to have a gud rest nanti...
probly it will bring back the mood :)
aku seumur hidup penah sekali ja makan ketupat sotong masa opis ada buat makan-makan opismate aku buat.
ReplyDeleteerrrr ntah aku mcm tak boleh terima sangat sebab berasa hanyir la sotong tu. mungkin cara dia buat tu tak betul.
hmmm
jim, ikan yang kalerpul tu ada orang makan gak ke? tak de racun erkk
ReplyDeletehopefully ayah ajim cepat sembuh