About AXIMUD

Monday, May 30, 2011

KISAH BALIK KAMPUNG 28 - 29 MEI 2011

Ingin aku berkongsi kisah balik kampung hujung minggu yang lalu


Hari sabtu petang tu jalan jalan ke sekitar pantai kemasek.Tujuan asal nak beli Sotong..sekarang kan musim mencandat sotong so harap harap sotong ada lah..tapi di pesisir pantai kemasek ni talder pulak sotong..bila tanya peraih diorang semua kata sotong tu orang dah tempah.so takder rejeki kami beralih ke tepi pantai di Kerteh.


Alhamdulillah nasib kitorang baik..sotong ada tapi sekilogram sekarang dah RM16..mahal dah..sekarang semua mender nak naik..so beli lah 3 kilo sotong.ayah yang pesan sebab dia nak makan ketupat sotong..Dari kerteh kami bergerak ke Mesra Mall Kemasek.


Tujuan datang Mesra Mall sebab nak ambik gambar Faiz saiz Passport,dia akan daftar di USIM pada 1 Jun ni..Tahniah adikku!!dah besar dah adik bongsu aku ni..masuk Uni dah..aku pulak yang terasa makin tua..


ada Show Power of ur dream..Honda


Sementara tunggu gambar passport Faiz Siap bawak anak sedara ni nak cari sandal dan selipar..Along takder sandal tapi macam biasalah,diorang kan tiga beradik so demi nak adil aku beli untuk tiga orang..hehe..ni baru anak sedara kalau dah ada anak sendiri nanti tak tahu lah camana..:)


Gembira dengan pilihan masing masing..


sambung jalan jalan..Mesra Mall di hatiku.


Beli donat Big apple.teringin pulak duk tengok kalerful macam ni.


Malam tu aku goreng nasi..Buat nasi Goreng Udang Kering..masak simple macam ni tapi sedap jugak..less is more..pekena pulak dengan Keropok keping..agak kekok la pulak nak masuk dapur sebab sangattt lah lama dapur kat rumah di Penang tak berasap..dah malas sekarang ni nak memasak tak taw pasaipa.


Pagi ahad mak buat ketupat Sotong..ni lah mender yang aku suka kalau balik kampung..mesti dapat makan makanan yang takder kat Penang.nak harap aku buat sendiri tak reti..boleh la nak cuba tapi mim alif lam alip sin lorr..nanti dah kawen suh bini aku buat lah..:p


Malam tadi dah buat nasi Goreng Udang kering,pagi ni ada orang request nak makan nasi Goreng sotong pulak...demi menjadi abang yang baik aku gagahkan diri ler bangun pagi pagi buat nasi Goreng..seronok la pulak duk memasak.hehe..pagi ahad takder buat aktiviti apa pun,just sarapan pagi then siap siap nak ke kemaman.

Ke kemaman sebab nak cari tiket balik ke Penang..tapi sebelum beli tiket lawat mak teh di Hospital Kemaman dia di masukkan ke Hospital Jumaat yang lalu sebab air masuk dalam paru paru..tengok dia macam dah stabil..semoga sembuh cepat ya makcik!pray for her ya kawan kawan..Then pukul 1 pm naik bas ke KL..dari KL nanti baru cari bas lain ke Penang..
.
*Sampai di Kuala Lumpur malam tu sempat Dinner bersama rakan di RESTORAN FULL HOUSE jalan Yap Kwan Seng.nantikan Review Restoran tu dalam entri seterusnya.

3 comments:

  1. dari aritu akak soh kawin copek2 kan,, ha kan sonag bini yo yang masakkan,, tapi nanti ontah2 ekau lagi pandai masak ni,,, anak omak la katokan,, kan...

    ReplyDelete
  2. best betul nampak makanan tu...... sotong pun nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa kagum tgk ko bersilat di dapur beb... :)

    I LOVE TERENGGANU! :)
    hr tu blk kg hubby kat KT, sotong sederhana = rm10, besar rm15. mkn smp demam! giler syorga! :)

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..