Daripada Restoran Vichuda,aku meneruskan perjalanan untuk ke Port Dickson..Nak daftar Faiz di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai pada esok hari tapi dah booked tempat untuk bermalam di Port Dickson..
31 MEI 2011
Singgah di Hentian Rehat Dengkil untuk solat dulu.Boleh pula bertemu member zaman Uni jugak,Zaidi yang sekarang ni dah jadi Lecturer di Uitm Arau Perlis..hari ni memang hari bertemu kawan kawan gamaknya.hehee..memang sakan lah kitorang bersembang..lama wehh tak jumpa..
Lepas solat singgah minum pulak.baru boleh berbual banyak mender..dia duk share cerita pasal student.actually zaidi on the way ke Melaka ada konferen apa ntah aku pun tak pasti.nak jadi Rezeki lah tu kitorang dapat berjumpa kat sini.
Jemput minum jemput minum jemput minum..
Dari RNR Dengkil tu terus bergerak ke Nilai pula..Nice to meet you zaidi!ada umur kita berjumpa lagik..kali ni my family semua dah sampai area Nilai sebab nak tengok kawasan mana nak kena datang esok..mula mula aku ingat susah la nak cari sekali jumpa signboard besar besar tepi jalan.so memang mudah jer nak cari This University..so dari Nilai kitorang terus bergerak ke Port Dickson pula.
Welcome to Port Dickson.masa ni dah pukul 6 pm lebih..
Sampai PD singgah rumah sedar dulu..mak dah plan ngan diorang nak jumpa dulu.kak na nama sepupu aku ni.husband dia abang khalid kaptain dalam askar.askar or polis aku tak ingat.kan ada kem askar di Port Dickson tu yang diorang duk kat sini.baru dua bulan pindah so alang alang kami semua sefamily sampai diorang ajak singgah makan malam kat sini.
mai layan tv dulu sementara tuan rumah memasak..
Sekarang hangat kan sana sini orang heboh berbicara pasal This drama- NORA ELENA.aku tak ikut sangat pun cerita yang diadaptasi dari Novel ni.tapi aku yakin ramai yang menonton cerita ni sebab aaron aziz berlakon jadi seth tan.cuba shaberi Yunus yang berlakon konpem korang tak mau tengok kan?haha..kali ni aku terlayan satu episod sebab tuan rumah pasang so layan jer lah.best ker korang??kalau best aku pun nak layan gak..
Akhirnya makan malam siap dan tuan rumah jemput kami makan.Alhamdulillah semua lauk sedap..bestnya makan berjemaah..selesai makan sebab macam dah lewat ayah mintak diri kami nak beransur dulu..tak sempat Check in lagi ni kat PD Kondo.tu yang nak cepat.terima kasih kak na dan suami atas makan malam yang lazat ini!!
Dari rumah kak na terus kami ke PD Kondo..
Cukup selesa lah untuk kami yang bertujuh ni untuk duduk satu apartment 3 bilik..mak ngan ayah duk master bedroom,ami ngan faiz satu bilik,Ika dan asik satu bilik.aku ngan abang jalee terbuang kena tidur kat Ruang tamu.haha..aku tak kesah pun asalkan yang lain lain tu selesa.lagipun semua orang mesti penat sebab dah melalui perjalanan yang jauh dari Terengganu since pagi..
masa on the way nak ke PD Kondo aku ada singgah di Satay Kajang Haji samuri.dah ada cawangannya di Port Dickson so singgah lah beli satay ayam,satay daging dan satay perut.buat supper pulak..memang bila dah ada makanan sekali lagi kitorang pakat pakat makan sebelum tidur.hehe.lazat!!malam tu mak duk siapkan barang barang faiz dan gosok baju dia mana yang patut.aku tak mampu nak bertahan lama sebab sangat penat tak tidur lagi dari semalam..so dalam kedaan tak sedar aku dah dibuai mimpi.menanti hari esok tiba..
*to be continued.
Siriyes..USIM dekat ngn umah saya.
ReplyDeleteNati klu dtg USIM..maybe kita leh jumpa.
ENCIK SUAMI,
ReplyDeleteInsya Allah..:)