Sambungan dari entri sebelum ni.
Hari kedua di kampung halaman.pagi pagi lepas solat subuh makcik aku tepon kata nak datang rumah bawak sarapan pagi..
Macam macam makanan ada..nasi lemak kerang nasi minyak kuih roti canai..nasi goreng abang shuk buat
Mok wok dan pok pin..ain tak datang sebab ada hal lain.
Selesai makan kena sambung buat simen lagi..
serius penat!!
Lunch time.
Penat letak nombor dua.makan kena ramai ramai..
Telur sotong yang padat!!
Setel makan tengahari kitorang ke Mesra Mall sebab nak cari hadiah untuk ayah sempena hari Bapa..
Plannya malam ni kami akan buat BBQ dinner..sempena sambutan hari Bapa
Bakar ayam.aku ngan abang zali setup bara depan rumah.
Sotong dan Ketam pun ada.Ketam nipah beli kat Cherating the day before
terliur siot tengok!!
Bara dah nak habis..kena tunggu lama sket kasi sotong dan ketam masak sempurna
Kak ina pun baru sampai masa tengah buat BBQ dari Dungun..nak sambut ramai ramai walaupun kak tie,adik da ngan kak Ija is not around.Faiz ngan Ami pun takder.ehhh ramai yang takder rupanya..kitorang yang tinggal ni je lah duk pakat pakat untuk makan malam sama sama.merangkap sambutan hari bapa sekali.
Selamat hari Bapa untuk ayahku,Ashaary Chik.semoga Allah merahmati ayahku dan memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada beliau..kami sekeluarga sayang ayah..deep inside my heart i wish my dad boleh berjalan seperti biasa..sekarang kaki dia sakit dan tak boleh berjalan seperti biasa dah since the operation is not an option pun..ada komplikasi lain pulak nanti kalau buat operation.apa apa pun aku berdoa agar Ayah dikurniakan kesihatan yang baik despite of his kidney failure dan arthritis.
Kek Kak Ina sponsor dari Dungun..kek Blueberry
Beli jam tangan ALBA untuk ayah..jam tangan lama dia dah hilang..hopefully ayah suka dengan jam tangan yang kami belikan ni..ada lagi Quran Digital kak ina order next week baru dapat.
Alhamdulillah kami sekeluarga masih di beri kesempatan untuk makan malam dan gather macam ni lagi..lepas makan malam duk bersembang sembang lagi tapi tak leh nak lama lama sebab pagi pagi aku akan bergerak ke Port Dickson..so kena tidor dulu..
Pukul 2 pagi.aku bangun sebab mak kejut..then siap siap dalam 2.45 am aku bertolak ke Por Dickson..sampai PD jam 8.30 pagi.ngam ngam sampai on time sebelum jam 9 pagi..dan begitulah adanya kisah aku balik kampung aritu sebelum berkampung di PD seminggu.
*aku takder mood sangat nak bercerita sebenarnya..so korang layan jer lah gambar..busy lah minggu ni dengan audit..
aduhai seronok tgk :) ly doakan supaya ayah awak akan sihat seperti sediakala yer. amin..
ReplyDeleteehehee, keluarga ni takde event pun mesti makan besar, kan! seronok tengok :D
ReplyDelete