About AXIMUD

Wednesday, June 1, 2011

JOURNEY FROM PENANG TO SHAH ALAM

Bismillahirrohmanirrohim..

31 MEI 2011

Perjalanan dari Penang dimulakan pada jam 1 pagi tadi..Aku sempat tidor sejam sebelum memulakan perjalanan..Drive sorang sorang dari Penang.


Sampai KL jam 5 pagi..aku ke LCCT dulu sebab dia akan ke Vietnam selama 4 hari 3 malam..jumpa family dia jugak.sampai LCCT kami pergi makan di Old Town.aku makan Mee Kari.lama siot tak makan mee kari kat Old Town..Flight dia pukul 8 pagi.so masuk jam 7..Sayonara awak.semoga selamat pergi dan balik.dari LCCT aku terus ke Shah Alam.ada urusan yang perlu diselesaikan.


Here i am.back in Shah Alam again.


Ni lah antara jalan jalan yang aku biasa lalu zaman belajar dulu.stay di rumah sewa seksyen 4,so memang dekat jer lah dengan Uitm..seksyen 2 dan seksyen 3 adalah tempat bermain.yang paling best sebab rumah sewa dekat dengan taman tasik shah alam,dekat dengan Uitm dan dekat juga dengan masjid.


singgah di taman tasik shah alam.


Entah camana aku decide untuk berjoging pagi ni kat Taman Tasik Shah alam.Dulu zaman belajar takder lah selalu sangat jogging.aku tak minat sangat jogging jogging zaman belajar dulu.kalau bab makan minat lah walaupun duit masa tu tak berapa nak ada.kebetulan dah datang shah alam ni so saja nak try test track di taman tasik ni.


ada beberapa kawasan dah rosak.tunggu masa untuk baiki.


Sekarang bila berlari aku memang suka pakai ENDOMONDO TRACKER..Live GPS,boleh track kita punya run circuit..sempat lah aku berlari dua round satu taman tasik ni dalam masa 30 minit..satu round dalam 2.5 KM..actually ni jugak merupakan preparation sebelum Standard Chartered KL marathon bermula pada 26 Jun nati.aku just sign up untuk Fun Run 5 KM.tu yang beria sangat duk berlari lately.


Lepas dah penat berlari,kelaparan lah pulak..teringat kat This Restaurant belakang McD seksyen 3 -restoran Gembira..dulu zaman belajar selalu menyinggah sini sebab suka makan Roti Canai dengan kuah sambal bilis pedas..signboard Restaurant ni dah buruk.patutnya diorang tukar lah kan.


Jemput sarapan pagi..makan Roti canai kosong sekeping ngan sambal bilis.


Lepas dah siap sarapan aku singgah di masjid shah alam dulu,mandi mandi dan bersihkan badan sebelum masuk ke Uitm.ada urusan sikit di Uitm berkaitan dengan Pinjaman PTPTN masa belajar dulu.nak buat pengecualian bayaran tapi borang isi tak lengkap so nak dapatkan pengesahan dari bahagian Rekod dan Konvo..that's why i'm back again in Shah Alam.i know.orang lain dah lama setel bab ni tapi aku baru nak setelkan..


Thanks Nuar sebab tolong aku.Nuar dah jadi Lecturer dah sekarang di Fakulti yang sama,iaitu Fakulti sains Gunaan.dulu sama sama belajar sama sam aGrad sekarang dia dah jadi Lecturer kat sini.senang sikit kerja aku..Alhamdulillah kerja di Uitm shah Alam setel..next bila tengahari perut berkeroncong..

*To be continued.

1 comment:

  1. restoran Gembira! lama seyyy x lepak sana. roti canai die mmg terbaekkk!

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..