Hari ahad yang aku manfaatkan untuk berehat di rumah.
Bukan senang aku nak dapat masa sendiri duk kat rumah..hujung minggu kali ini takder aktiviti yang mengganggu..actually ada jugak member yang ajak keluar jalan jalan tapi aku tak nak keluar..nak rest satu hari kat rumah dengan tenang..just layan tengok tv ngan DVD yang duk ada..Masterchef Australia season 2 ni pun macam best.dah nak ke Finale dah..tak sabar nak tengok sapa menang..
oh ya.malam tadi ada satu majlis perpisahan rakan baik di tempat kerja yang dapat promotion dan ditukarkan ke stesen Manjung,perak..Majlis perpisahan bertempat di Restoran Pen Mutiara Taman Selat Butterworth..Terima kasih pada organizer,Shahirwan yang aturkan this majlis.walaupun jumlah kehadiran tak ramai seperti yang diharapkan,at least we still manage to show our appreciation to those whom get transferred.jom layan gambor kat bawah.
cawangan satu lagi di Batu Maung..dalam Pulau Pinang
.
.
Ketibaan rakan rakan yang diraikan..
.
.
Target Participant dalam 37 orang..yang hadir dalam 18 sahaja..maklum lah ramai yang outstation dan ada agenda masing masing bila hujung minggu..sebab tu biasanya kalau majlis farewell macam ni akan dibuat pada weekdays,semua orang Insya Allah dapat attend.tapi mengambil kira kesenangan pihak yang diraikan tu yang kami buat hujung minggu.
.
.
Lauk dah penuh atas meja..nyamm nyamm nyammm..
so here it goes..ni lah Haji daud dan encik Rosli,sahabat di stesen sekarang tempat aku bekerja..kenal dua tiga tahun jugak dah ngan depa ni.masa aku mula mula masuk kerja pun diorang dah ada..hari ni genap 5 tahun aku bekerja dalam kompeni sekarang..Alhamdulillah banyak rintangan dan cabaran yang aku lalui dengan tabah..semoga kalian berdua seronok di tempat baru ya..adat lah kan kalau dapat promotion kena lah pi tempat baru..
memberi ucapan dulu sebelum makan makan..
.
.
Jom kita makan!!Bismillah..
.
.
Signature Dish di Restoran ini - KARI KEPALA IKAN..memang terbaik dulu kini dan selamanya..itu aku tak nafikan..memang sedap.
.
.
KERABU MANGGA
.
.
Satu lagi dish yang berjaya menambat hati aku dari dulu lagi - SOTONG GORENG TEPUNG..memang best.pernah satu ketika aku duk teringat sotong goreng tepung ni then mai restoran pen mutiara semata mata makan This sotong Goreng Tepung.agak berhantu jugak lah.atau aku yang hantu makan sebenarnya.hahaaa
SAYUR CAMPUR
.
.
TELUR BISTIK.
.
.
UDANG MASAK MERAH ni first time aku rasa kat sini..udangnya best sebab besar tapi sambalnya lebih pedas sikit..memang berapi api..but sedap.
.
.
ishhh bila nak habis review pasal lauk ni.macam banyak giler lauk kan..KERAPU TIGA RASA.best dan recommended.semua best jer kan dari tadi.tapi for me memang makanan at this restaurant mutunya dijaga.
.
.
ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
.
.
BUAH BUAHAN PENCUCI MULUT..phewww habis jugak seleksi lauk..actually banyak lauk pauk yang lebih sebab order ni untuk 30 orang..yang datang cuma 18 orang..so memang aku tak makan nasik ler.just ratah ratah lauk.kalau makan nasik alamat lauk lagi banyak lah tak habis..
.
.
Dah siap makan sessi menyerahkan cenderamata kenang kenangan kepada dua sahabat kami yang akan bertukar..jasa bakti kalian akan kami kenang..biasalah tu,patah tumbuh hilang berganti..hilang di mata tapi di hati jangan..
.
.
Apa-apa pun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Rosli dan Haji Daud!semoga seronok bekerja di tempat baru..khabarnya cabaran di tempat baru lebih banyak dari stesen sedia ada di sini..Cabarn lah yang menjadikan kita lebih berpengalaman dalam hidup..After all,Learning is a longlife journey..it will never end.All the best to both of you.Good Luck!!
*gembira rasa hati bilamana mengetahui Ramadhan Al-Mubarak semakin hampir..
dapnyer pen mutiara ni. dapnye. nak pi. nanti bawak lah. nak pi.
ReplyDeletesemua staff laki ja?