About AXIMUD

Thursday, July 21, 2011

TRIP LANGKAWI PART 5 - GOOODBYE LANGKAWI ISLAND!!

Hari ni kembali masuk opis seperti biasa..

Tapi rasa malas yang amat..dah outstation 3 hari tu yang jadi rasa malas semacam..tapi mengenangkan esok dah jumaat so tabahkan hati lah kerja hari ni..Kerja as usual lah,takkan pernah habis punya..buat lah mana yang penting penting dulu.Lunch time ni aku malas nak keluar..rasa malas.semalam sampai dari langkawi sebelum maghrib..letih tu letih lah tapi enjoy.sementara waktu rehat ni meh nak sambung citer pasal trip langkawi part last.


20 Julai 2011

Pagi tadi lepas subuh aku sambung tidur balik.nak qada balik tidur yang tak cukup semalam..terjaga pukul 9.30am then siap siap mandi dan terus aku kemas barang sebab kejap lagi dah nak Checked out..pukul 10.30am turun dari Hotel nak pi cari sarapan pagi..terserempak dengan Tuan Haji syed,Haji Ibrahim,haji shukri ngan Faiz tengah duk sarapan pagi..see,ngan pak pak aji ni aku join this konvensyen..heheee..ambil berkat untung untung boleh buat haji cepat cepat..ameen.Join diorang sarapan then jalan jalan cari barang di Haji Ismail Group.
.


Aku beli gajus ngan kain pelekat untuk ayah,kain batik untuk mak,Cokelat Daim tu kak tie pesan..cokelat yang lain lain tu nanti boleh la bawak balik skali kat kampung bagi bagi kat anak sedara..not much pun aku beli..lagipun boleh kata selalu dah mai langkawi so tak rasa teruja sangat.Tiap kali datang Langkawi konpem beli barang di Haji Ismail Group sahaja.
.

Pukul 12 pm,masa untuk Checked out.berkumpul di lobi dahulu.
.


Banyak jugak barang barang yang nak dibawak balik..
.

Pengangkutan sepanjang berada di Langkawi pakai van stesen Teluk Ewa..terima kasih sebab bagi pinjam van..senang kami semua nak bergerak ke sana ke mari.ngam ngam pukal tu jumlah AJK semua 9 orang..lepas ni kita buat lawatan tempat lain pulak yek.kalau terpilih ke peringkat nasional nanti mesti lagi syiok.
.


Sampai kat Jeti staff teluk ewa dah standby nak ambik van semula..Tiket feri dah beli pukul 1pm..orang macam biasa lah,ramai sebab nak attend this konvensyen.rata rata aku tengok yang duk nak masuk ke terminal feri semua muka peserta konvensyen..bye bye Langkawi nanti kami datang lagik.
.

ada satu cerita lawak.masa duk sakan sangat nak ambik gambar di kawasan terminal feri ni,aku boleh terlupa pulak beg pakaian aku.elok jer parkingtengah tengah jalan aku menonong pi masuk feri.masa dah nak masuk feri baru perasan beg pakaian which is beg tarik takder..nasib teringat..cepat cepat patah balik tengok ada lagi tengah tengah jalan..nasib baik..padah sakan sangat nak bergambar tu lah dia nya..kalau tak banyak benda berharga hilang..
.

Feri bergerak jam 1.30pm..biasalah bila dah ramai sangat penumpang tu yang jadi delay..dalam feri diorang pasang cerita Kongsi..tergelak gelak penumpang ketawa..aku tengok dah citer tu..sekadar hiburan ringan boleh laa.aku lagi prefer citer KL gangster..sebab dah tengok citer Kongsi so aku tidor jer lah..layan mata lagi baik..sedar sedar dah sampai Kuala Perlis..


Dekat pukul 3 petang dah masa ni..kelaparan dah masing masing sebab masih belum lunch..ambik kereta yang di parking then ke Restoran Nelayan belakang Terminal Feri Kuala Perlis.kat restoran ni terkenal dengan Pasembur ketam resepi sendiri..ada laksa penang juga. 
.

Order Pasembur ketam.sedap pasembur ni!!recommended!!
.


Laksa Penang nya juga sedap..lepas ni kalau mai Kuala Perlis wajib makan laksa dan pasembur kat sini.Terima kasih abang nazri belanja makan..lepas dah siap makan masing masing bertolak pulang lah.aku ngan Haji Ibrahim tumpang kereta Faiz,Terima kasih banyak banyak bagi kami tumpang..straight balik ke Penang.tapi singgah di Bertam dulu Faiz nak tengok rumah dia yang tengah renovate..suka lah tengok rumah orang..hopefully nanti aku akan ada rumah sendiri pula.
.

Singgah makan ais kacang di area Bertam..cendol dah habis.
.


cempedak goreng pun sodap!!makan skali ngan biji nya
.

Akhirnya pada jam 7pm kami semua selamat sampai ke Penang..gambar sunset ni aku rakamkan dari balkoni rumah..Terima kasih pada semua kawan kawan yang join this koncensyen.korang semua memang sempoi dan best.ada rezeki kita berkonvensyen lagi nanti.Insya Allah.
.
Betapa indahnya dunia, bila berhiaskan Islam.
Betapa indahnya Islam, bila berhiaskan taqwa.
Betapa indahnya taqwa,bila berhiaskan ilmu.
Betapa indahnya ilmu, bila berhiaskan amal.
Betapa indahnya Amal, bila berhiaskan kasih sayang.

3 comments:

  1. bilik air azio hotel tu gorjes kannnn







    ^_^

    ReplyDelete
  2. hahaha lawok lah hang. Camana ler beg leh tertinggal hehehe???
    Sib baik tak hilang kan :p

    ReplyDelete
  3. motip laksa penang kat kuala perlis? dah tentu laksa kuala perlis. restoran nelayan tu memang tempat feveret mak dgn bapak aku. sejak dari kecik-kecik lagi depa duk bawak aku mai. kalo aku mai mesti beli laksa dgn cucoq ketam. bai

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..