Salam buat semua Pembaca Budiman.
Sebetulnya banyak cerita aku nak kongsi kan di sini dengan kalian..since bulan Puasa haritu sampai lah ke bulan Syawal hingga ke hari ini,banyak perkara berlaku..suka duka semua ada..cuma untuk aku lakarkan kisah kehidupan di ruangan maya ini waktu agak terbatas kerana ada komitmen lain yang lebih penting untuk aku kerjakan..Rutin harian sekarang juga sudah banyak berbeza dari rutin harian dulu,makanya masa yang diperuntukkan untuk aku bercerita di Blog semakin kurang.Niat di hati memang nak cerita semua.In fact,dalam draft entry pending ada lebih kurang 16 entri..Insya Allah,kalau ada izin dari Tuhan aku akan cerita satu persatu.
Kisah hari Raya di Kampung halaman masih belum aku coretkan di sini..Mungkin later lah aku bercerita pasal tu.aku just nak memulakan cerita dengan cerita selepas raya,bilamana keluargaku datang bertandang ke Penang pada 9-11 September yang lalu.
Terimalah.
10 SEPTEMBER 2011
Sebelum my family datang,aku masih belum pindah ke rumah baru sepenuhnya lagi..Alhamdulillah berkat mak dan ayah nak datang Penang aku berjaya pindah dengan sepenuhnya sebelum diorang sampai..masa diorang sampai rumah ni baru aku tidur satu malam sahaja..jadi keluargaku merupakan orang paling awal bertandang ke rumah dan merasmikan rumah baru ni.Insya Allah nanti aku akan buat separate entry bercerita oasal rumah baru VS rumah lama..(entah bila nak buat entry tu kan..).Malam masa mak dan ayah sampai dari Terengganu bahagian dapur masih tak siap berkemas..Mak lah yang banyak tolong kemas sampai dapur aku kembali berseri..Terima Kasih mak tolong anak teruna ini kemas.nak harap aku siap kemas sorang sorang memang lah lambat jawabnya..so ada hikmah jugak my family datang ke Penang ni.hehehee.:)
Sebelum my family datang,aku masih belum pindah ke rumah baru sepenuhnya lagi..Alhamdulillah berkat mak dan ayah nak datang Penang aku berjaya pindah dengan sepenuhnya sebelum diorang sampai..masa diorang sampai rumah ni baru aku tidur satu malam sahaja..jadi keluargaku merupakan orang paling awal bertandang ke rumah dan merasmikan rumah baru ni.Insya Allah nanti aku akan buat separate entry bercerita oasal rumah baru VS rumah lama..(entah bila nak buat entry tu kan..).Malam masa mak dan ayah sampai dari Terengganu bahagian dapur masih tak siap berkemas..Mak lah yang banyak tolong kemas sampai dapur aku kembali berseri..Terima Kasih mak tolong anak teruna ini kemas.nak harap aku siap kemas sorang sorang memang lah lambat jawabnya..so ada hikmah jugak my family datang ke Penang ni.hehehee.:)
Diorang plan untuk datang ke Penang ni dah lama..since bulan June 2011 haritu lagik.Ayah la yang nak datang sangat nak tengok rumah baru..akhirnya sampai juga mereka..Terharu aku.Hari jumaat( 9 September 2011) aku tak cuti sebab cuti aku dah nak habis (umrah raitu dah ambik 14 hari cuti)..so hari jumaat tak buat apa apa just keluar makan malam ngan diorang di area butterworth..jumaat malam tu pergi Open House my Boss yang kebetulannya duduk sebelah rumah aku jer..ajak shuk dan Adam sekali join.Hari sabtu (10 September 2011) kitorang plan berjalan jalan ke Rumah Kak Lela di Parit Buntar..mood hari raya masih segar lagi so kiranya nak berjalan raya lah ni.
Adam Syahmi Al-Wafiy yang semakin besar..semakin galak dan semakin lincah..gambar ni aku rakam on the way ke Parit Buntar..manja dia ni..tak boleh berenggang ngan ibu dia lama sikit..tapi tetap comel kan.:)
Akhirnya kami sampai juga ke Rumah Kak Lela.Kak Lela ni kiranya macam sedara lama yang dah tak jumpa since aku kecil lagi..a quick story - dulu masa mak kecik mak dibela keluarga angkat..keluarga kak Lela ni lah yang bela mak..so kak lela dan mak sebenarnya macam adik beradik angkat,menjadikan kami semua sebenarnya tiada hubungan persaudaraan yang sah.tapi sebab keakraban mak dan dia so consider macam sedara jugak lah..nak cari rumah mula mula agak keliru tapi boleh jumpa akhirnya..Alhamdulillah.
here we are at Rumah kak lela,Parit Buntaq,Perak
Masa ni jari ayah berdarah.nak di jadikan cerita masa pagi tadi ayah mandi di bilik air rumah baru ku itu,sinki boleh jatuh dan pecah..agaknya sebab lama orang tak duduk sinki tu pun dah rosak..nasib baik tak ada kecederaan yang serius.tapi luka kat jari ayah ni macam dalam jugak aku tengok..sinki tu pun dah berganti sinki baru..Hopefully kejadian macam ni tak berulang lagi lah selepas ni..
Untuk menyambut kedatangan kami,kak lela buat Nasi Tomato..kitorang pun memang tak makan tengahari lagi..Alhamdulillah ada rezeki..jom jemput makan.aku perasan orang belah utara ni suka sungguh jamu orang dengan Nasi Tomato.Rasanya memang nasi tomato ni macam menu spesial lah untuk menjamu orang..
Kak lela dan anak bongsunya yang manja..masa ni husband kak lela tak ada..Kerja.aku pun bagi short notice kata nak mai.kak lela kata kalau tak sebab family sampai sini mesti aku tak datang datang kan jengah dia..busy yer kak lela tu yang tak sempat nak pi ke parit buntaq..lagi pun segan sebab lama tak jumpa..ada Family ramai macam ni lain sikit lah caranya.
First time kak Lela jumpa kak Feeza,Bini abang Shuk.dulu masa kecik kecik selalu duk bergaduh ngan Kak Lela..sekarang dah besar siap ada isteri dan ada anak dah..aku macam biasa masih single.ada jodoh ada lah tu nanti.aku percaya dengan ketentuan Allah.Bukankah Jodoh,ajal maut dan rezeki itu sebahagian dari Rahsia Allah?kena percaya dengan qada dan qadar dari Nya.
sekarang masing masing dah besar..
Meh jemput makan meh..
Kak Lela dah lama teringin nak berjumpa Mak..akhirnya Allah kabulkan permintaan..Maha suci Allah yang Maha berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara itu kenyataan..Hanya jangan pernah putus doa dan putus harap..Allah Maha berkuasa ke atas tiap tiap sesuatu..Dah lama tak jumpa macam macam lah perkara yang disembangkan..
Most of the Topic Perbincangan ialah pasal zaman dulu dulu..masa dulu zaman aku kecik kecik lama jugak Kak Lela ni duk ngan Family aku..dulu nestfriend kak Tie lah ni (Kak Tie kakak aku yang paling sulung)..aku masa tu kecik lagi tak berapa ingat sangat kenangan antara aku dan kak lela.Cuma aku ingat yang dia ni ada..
Siap tengok album lama lagik..kalau korang terer cuba carik mana satu azim ashaary?haha..mak masih muda,kak tie kecik lagi..aku lagi lah kecik..ami dan Faiz takder dalam gambar..yang paling kecik adik da..aku yang bahagian bawah belah kanan yang pakai kemeja tu..Patut lah sampai dewasa ni aku suka benor pakai kemeja..memang dari kecik lagi suka pakai kemeja macam ni.hahaha..suka sangat dapat tengok gambar dulu dulu ni..
sambung sembang sembang atas sofa pulak..
sambung makan kuih raya pulak..kuih tat nenas.
Dah puas sembang ayah minta untuk beransur..Keadaan ayah sekarang di tahap yang sihat..sihat cara orang sakit macam mana sangat.semalam pun buat Dialisis di Chai Leng Park tempat DialisIS amal..Semoga Allah akan mengurniakan kesihata yang berpanjangan buat ayah..Ameen.
bergambar kenangan..ada umur kita jumpa lagi ya kak ..
Awat nampak aku macam gorgon je dalam gambar ni..aku terlebih besor atau kak lela yang terlebih kecik..kak lela kata dulu aku kecik dari dia sekarang dah besar panjang lagi besar dari dia..Dia jugak macam tu lah since sekolah menengah dulu..tapi muka kak lela makin putih nooo..apa rahsianya ya??hehehee
'ada umuq kita jumpa lagi yer kak nooo..' - Kak Lela
Setiap pertemuan pasti akan disusuli perpisahan..berakhirlah sudah kunjungan kami ke Rumah Kak Lela..semoga kita akan bertemu lagi di lain masa dan ketika.kalau saya lalu ke area sana lepas ni saya bagitau kak Lela yek..Boleh la simggah jumpa husband kak lela Pulak..terima kasih kak Lela atas budi baik menerima tetamu jauh..ada Umur kita jumpa lagi..Insya Allah.Dengan Izin Nya.Dari rumah Kak Lela kitorang straight away balik ke Penang dan masuk ke Pulau untuk jalan jalan di Chowrasta dan Padang Kota lama..
*To be continued..
cayalah! kecik² dah stylo dengan kemeja lengan panjang, hehe...
ReplyDelete