Sessi makan makan diteruskan..
16 SEPTEMBER 2011
Dari Restoran Kapitan kami beralih pula kepada Nasi Kandar Beratur..nasi kandar beratur ni terletak di jalan Masjid Kapitan Keling..such a fenomena kat sini..orang sanggup beratur sejam lebih semata mata kerana sepinggan nasi kandar..hebat sungguh penangan Nasi Kandar ni..
Aku dah beberapa kali,banyak kali jugak lah makan kat sini..Ok lah.aku suka rasa kuah nya yang sedap lazat likat pekat itu..kak Leez ngan Azuan pun tak pernah menerai lagi nasi kandar Beratur so this is the time for them to taste and judge the Nasi Kandar yang menjadi bualan ramai satu Malaysia..
As usual ni pemandangan biasa lah..beratur panjang tak hengat..
memang aku dah warning awal awal kat diorang bahawa tempoh menunggu paling sekejap pun 60 minit..so diorang sanggup jer jadi sama sama lah kami beratur demi mencari sepinggan nasik..malam malam tak elok makan nasik?belasah jer..bukan selalu..sekali sekala bila member datang macam ni baru aku makan tengah tengah malam sebegini..nak raikan kawan kawan..
Kak Leez sebenarnya nak jumpa reader Blog dia,Abang Rosli bin Mat..recently dia pun ada add aku di FB..abang rosli mai dengan wife dia..dari bayan lepas sana..quite jauh jugak..tapi sebab nak bertemu mata dengan blogger popular punya pasal so diorang datang juga..heheeee..
nasi ni nasik kak Leez..sambal nyioq tu aku tak pernah try
Aku ambik lauk telur Ikan..sedap jugak telur ikan ni!!
owh ya lupa nak bagitau Buzu ngan Zul pun join skali..tengahari tadi pi Rumah Terbuka depa,malam ni dapat join sama sam amakan Nasik Kandar beratur..Overall Kak Leez tak suka nasi kandar Beratur ni..teringat aku kat Nikli.dia first time makan nampak sangat kecewa bila rasa nasi kandar ni entah apa apa.bagi aku NKB ni sedap jer..atas mulut masing masing lah kan..
kaum wanita
Setel makan Nasi Kandar beratur kami pun bergerak Pulang..Nice to meet you abang Rosli and wife!ada umur kita berjumpa lagik..malam tu hantar kak leez balik rumah abang kak Zahrah di bandar perda,Then aku ngan Azuan balik ke Villa Azim Ashaary untuk berehat..berakhir lah sudah trip penang hari pertama.nanti sambung yang hari kedua pulak.Adios!!
*to be continued..
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..